BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 18 February 2014

Kisah dan Tauladan 6

SIRI 1
Dalam Ambo dok belek-belek seketul fosil Ambo teringat kisah berkaitan dalam usaha mendapatnya. Kadang-kadang air mata menitis sendiri tanpa disedari. Bila mengenangkan bertapa hebatnya dan Agungnya ciptaan ALLAH S.W.T. Kadang-kadang Ambo terlintas lansung tiada logik pada permikiran akal fikiran kita manusia biasa. Tetapi jika direnungkan secara mendalam apalah yang aneh jika dibandingkan kejadian alam serta langit yang tidak berbumbung..! Betapa Agung dan hebatnya ciptaan mu Ya ALLAH. ALLAH HU AKBAR. Apa yang Ambo ingin paparkan adalah berkhaitan kisah benar. Walaubagaimanapun kisah yang Ambo ingin ceritakan tidaklah sehebat kisah-kisah dari AL QUR’AN atau kisah para-para nabi. Sesungguhnya kisah dari AL QUR’AN wajib dipercayai dan diyakini. Sedangkan cerita yang akan Ambo paparkan hanyalah bersifat sekadar berkongsi berdasarkan pengalaman seorang hamba ALLAH... Mudah-mudahan kita bersama mengambil ikhtibar dan pedoman betapa Agungnya dan hebatnya rahsia-rahsia ALLAH S.W.T. Semua yang berlaku adalah antara bukti kekuasaannya atas segala sesuatu. Ingatlah, ALLAH S.W.T menjadikan sesuatu itu tidak sia-sia hatta kejadian seekor nyamuk sekalipun..!
Kisah yang Ambo ingin ceritakan ini telah berlaku lebih dari 10 tahun yang lalu. Kisah ini bermula lebih kurang begini. Pada suatu malam hamba ALLAH ini mendapat alamat melalui mimpi berkhaitan ‘raja harimau putih’. Kononnya didalam sebuah hutan belantara kelihatan berpuluh-puluh ekor harimau berlari kearah sebuah bukit. Terdapat pelbagai jenis harimau belang dari harimau jantan yang besar, harimau betina dan juga anak harimau. Semuanya menuju ke satu arah. Mereka menuju kearah sebuah gua. Dan gua ini pula terletak diatas bukit kira-kira lebih 300 meter dari aras bawah. Semuanya  berusaha memanjat kearah gua. Gua ini sangat sukar untuk dipanjat kerana kedudukan bukit ini yang 90 darjah menegak ditambah bukit ini jenis batu kapur. Akhirnya dengan bersusah payah sampai juga harimau yang paling besar ini didalam gua tersebut. Dan harimau ini mengelilingi beberapa kali sebuah batu yang terdapat ditengah-tengah gua. Dan selepas itu harimau ini mencium dan tunduk hormat pada batu tersebut. Seolah-olah batu ini sangat istimewa. Begitulah yang berlaku pada harimau-harimau yang lain. Rasanya sungguh aneh dan pelik mimpi hamba ALLAH ini. Hamba ALLAH ini mengambil keputusan untuk membuat sembahyang hajat dan sembahyang istikharah berkhaitan dengan mimpinya semoga ALLAH S.W.T memberi pedoman berkhaitan mimpinya. Selepas hamba ALLAH ini berdoa maka menjelmallah seorang tua memberi salam dan berkata ’jika ingin tahu rahsianya pergilah sendiri kedalam gua itu. Maka kamu akan tahu rahsianya’. 
     Selepas menunaikan sembahyang subuh maka berangkatlah hamba ALLAH ini menuju kearah sebuah gua mengikut alamat dan pedoman yang diberitahu oleh orang tua tersebut. Maka bermulalah pengembaraan hamba ALLAH ini untuk sekian kalinya. Perjalanang hamba ALLAH  ini dengan berjalan kaki bermula dari rumahnya.  Maka berkelanalah hamba ALLAH ini dimana perjalanangnya mengambil masa lebih dari 3 hari juga untuk sampai kegua tersebut. Apabila hamba ALLAH ini melalui satu laluan berbukit maka teringatlah itulah laluan kumpulan harimau dalam mimpinya. Maka hamba ALLAH ini berjalan mengikut laluan sang harimau sebagai mana dalam mimpinya. Bagi dirinya tiada istilah perkataan ‘takut’ dalam kamus hidupnya. Soal ajal dan maut diserahkan bulat-bulat kepada ALLAH S.W.T. Dan bila tiba malam hari dimana kakinya berhenti disitulah dia berehat. Bila malam menjelma setelah berehat sekejap maka hamba ALLAH ini akan menunaikan solat sunat tahajud dan berselang seli dengan bacaan AL QUR’AN sehingga menjelang waktu subuh. Baginya selagi dikandung hayat setiap inci kawasan muka bumi akan terisi dengan tempatnya beramal ibadat terutama didalam hutan belantara dan puncak gunung. Dan biasanya hamba ALLAH ini akan memilih puncak gunung atau kawasan paling tinggi sebagai salah satu tempatnya beramal ibadat.
 Maka berkelanalah hamba ALLAH ini dimana perjalanangnya mengambil masa lebih 3 hari juga untuk sampai kegua tersebut. Apabila hamba ALLAH ini melalui satu laluan berbukit maka teringatlah laluan kumpulan harimau dalam mimpinya. Maka hamba ALLAH ini berjalan mengikut laluan sang harimau sebagai mana dalam mimpinya. Bagi dirinya tiada istilah perkataan ‘takut’ dalam kamus hidupnya. Soal ajal dan maut diserahkan bulat-bulat kepada ALLAH S.W.T. Dan bila tiba malam hari dimana kakinya berhenti disitulah dia berehat. Bila malam menjelma setelah berehat sekejap maka hamba ALLAH ini akan menunaikan solat sunat tahajud dan berselang seli dengan bacaan AL QUR’AN sehingga menjelang waktu subuh. Baginya selagi nyawa dikandung hayat setiap inci kawasan muka bumi akan terisi dengan tempatnya beramal ibadat terutama didalam hutan belantara dan puncak gunung. Dan biasanya hamba ALLAH ini akan memilih puncak gunung atau kawasan paling tinggi sebagai salah satu tempatnya beramal ibadat.
               Begitulah rutin hidupnya sebaik sahaja menamatkan pengajian disalah satu pengajian pondok tahfiz di Kelantan. Berliau pernah bertanya kepada salah seorang guru pondoknya, ‘ada tak orang yang  beramal ibadat didalam gua atau didalam hutan belantara..? Maka dijawab gurunya ‘pasti ada.. Cuma kita tidak tahu siapa ‘insan istimewa’ yang dipilih oleh ALLAH S.W.T. dan berliau pernah mengajak gurunya untuk sama-sama masuk kedalam hutan dan gua untuk beramal ibadat, tetapi gurunya memaklumkan berliau hanya boleh memberi panduan serta pedoman sahaja tetapi tiada cukup kekuatan dan keberanian untuk menempuhnya. Seingat berliau telah ramai orang yang bergelar guru dan ustaz telah berliau jumpa. Tiada seorang pun yang sanggup malahan ada yang melarang niatnya itu. Dan ketika itu berliau hanya berumur 15 tahun. Dan seingat berliau semasa berliau berumur 16 tahun berliau sudah mula masuk kedalam gua dan tinggal didalamnya seorang diri. Bukan sehari dua tetapi lebih dari 3 bulan sebelum berliau mula berkelana dari satu gua ke satu gua, dari satu gunung ke satu gunung, dari satu pulau ke satu pulau, dari satu negeri ke satu negeri, dari satu kawasan kubur ke satu kawasan kubur serta dari satu masjid ke satu masjid untuk beramal ibadat dan mengabdikan diri kepada ALLAH S.WT. Biasanya berliau tinggal disatu-satu tempat sehingga habis berliau khatam senaskah AL QUR’AN atau 30 juzuk   baru berliau mula beralih tempat. Dan biasanya selepas dia mendapat arahan melalui pedoman tertentu atau melalui alamat mimpi. Kisah ini Ambo akan sambung sedikit demi sedikit ya.. atau mungkin juga Ambo akan cuba ringkaskan seberapa yang boleh.. atau mungkin juga Ambo buat secara bersiri..