BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 20 March 2014

Cincin Permata Zamrud Air Menitik


Permata Zamrud columbia air kaca dan bersih bentuk air menitik. Anggaran berat permata -+8 carat. Diikat dengan cincin perak berlian swiss 2 lapis dibuat secara bertingkat. Gabungan 2 warna berlian swiss putih dan hijau yang menarik. Tidak jemu mata memandang. Hasil kerja tangan pertukangan Kelantan. Cincin bersaiz 19 (boleh ubah saiz) Ditawarkan pada harga mampu berdasarkan rundingan bersama.


Status : Tawaran Dibuka 




Tasbih Kayu Abanuh


 Tasbih teras kayu abanuh dijadikan seutas tasbih bersaiz M. Manakala bahagian imam (kepala) dan bilal (penyekat) dibuat dari tulang unta. Satu gabungan yang menarik. Kayu abanuh diambil dari negara Arab atau timur tengah. Antara teras kayu rare. Sebenarnya ada satu kisah berkaitan dengan kayu ini di zaman Rasullullah s.a.w. Disini Ambo akan cerita secara ringkas sahaja. Ambo rasa tuan-tuan pun mengetahui akan kisah ini. Kisahnya lebih kurang begini.
Pada permulaaan agama islam disebarkan ramai orang-orang kafir Quraisy menentang Nabi Muhammad s.a.w.  Maka pada satu peringkat berpakatlah ketua-kabilah atau ketua kaum untuk berpakat membunuh Rasullullah. Setelah diadakan mesyuarat dan sebulat suara maka diputuskan setiap kabilah akan menghantar wakil untuk membunuh Rasullullah. Maka pada waktu ditetapkan maka berangkatkan mereka untuk meneruskan perbuatan keji mereka dimalam hari.
Maka berita kedatangan wakil orang kafir quraisy untuk membunuh Rasullullah akhirnya telah sampai ke pengetahuan Rasullullah. Ketika peristiwa itu berlaku Rasullullah ada bersama sahabat baiknya Saidina Abu Bakar r.a dan sepupunya Saidina Ali r.a yang waktu ketika itu dikhabarkan berumur 10 tahun. Setelah berfikir dan berbincang akhirnya Rasullullah mengambil keputusan meninggalkan rumahnya buat seketika. Walaupun pada ketika itu saidina Ali r.a masih berumur 10 tahun tapi berliau telah menunjukkan satu sifat berani yang luar biasa. Dia mengambil keputusan untuk mengantikan tempat tidur Rasullullah ketika itu. Pada waktu itu kawasan sekitar dan keliling rumah Rasullullah telah pun dikepung oleh orang-orang kafir quraisy.
Maka Rasullullah mengambil segenggam pasir setelah membaca sepotong ayat dan doa maka dilemparnya kearah luar rumah. Tiba-tiba dengan izin ALLAH S.W.T  semua orang-orang kafir laknatullah yang mengepung rumah Rasullullah akhirnya tertidur dan tidak sedarkan diri. Maka keluarlah Rasullullah bersama sahabatnya Saidina Abu Bakar r.a menuju ke arah sebuah bukit. Selepas Rasullullah hilang pada pandangan maka tersedarlah orang-orang kafir quraisy dari tertidur dan terpingga-pingga. Seketika kemudian mereka masuk kedalam rumah Rasullullah menuju ke arah bilik tidur. Maka jelas kelihatan seperti orang yang sedang berselimut sedang tidur ditempat tidur Rasullullah. Maka diangkatnya mereka pedang untuk memancung orang didalam selimut yang disangka Rasullullah. Maka sebelum mereka terus menikam maka salah seorang dari mereka menarik kain selimut tersebut. Maka terkejutlah mereka didalam selimut itu hanya seorang budak kecil yang berumur 10 tahun. Dan mereka semua mengambil keputusan membatalkan hasrat mereka dan pulang kerumah kabilah masing-masing dengan hampa dan kecewa.. Betapa malunya mereka dan kabilah mereka jika seluruh masyarakat Arab mengetahuinya. Sesungguhnya perancangan ALLAH S.W.T Maha bijaksana mengatasi perancangan manusia yang penuh dengan kelemahan dan penuh tipu daya. Untuk pengetahuan tuan-tuan ‘pelapik tidur yang ’Saidina Ali r.a tidur adalah dibuat dari ‘kayu abanuh’, tempat beradu Rasullullah. Wallahualam


Status : Telah Dimilki






Wednesday 19 March 2014

Permata Delima Hijau


Permata delima hijau asli. Dengan izin ALLAH S.W.T dapat dijadikan jalan ikhtiar sekadar bersifat pelaris dan murah rezeki. Tawaran dibuka berdasarkan rundingan harga bersama.


Status : Tawaran Dibuka 


Tuesday 18 March 2014

Tasbih Buluh Tumpat 100 Jenis


                          Antara tasbih paling rare tahun ini. Diambil dan dikumpul dari seluruh dunia. 100 jenis buluh tumpat pelbagai jenis diambil dari seluruh dunia dicanai dijadikan seutas tasbih. Bermakna setiap satu buluh tidak sama dengan buluh yang lainnya.Untuk proses pencarian dan mengumpul saja ambik masa lebih dari 20 tahun.Untuk pengetahuan tuan-tuan semua buluh-buluh tumpat ini bukan buluh biasa tetapi telah menjadi batu! Ada bermacam-macam jenis dan warna seperti hijau, putih, kuning, merah, hitam, jenis bercabang, pelbagai jenis saiz, bentuk  dan lain-lain yang sukar dinyatakan disini. Diringkaskan ibarat 'Tasbih Buluh Cindai" Mungkin dimasa hadapan jika panjang umur dan diluangkan masa, saya siarkan satu persatu fosil buluh tumpat ini dalam bentuk asal. Sekadar untuk makluman semua, segala barangan dalam blog ini bukan dibeli dari tanah seberang atau dibeli dari orang perseorangan. Semuanya dari hasil pencarian guru kami. Proses untuk mencanai dan menebuk buluh ini satu persatu saja mengambil masa lebih dari setahun. Antara buktinya ini adalah fosil buluh: Jika tuan-tuan perhatikan pada urat-urat pada fosil ini, walaupun telah bertukar menjadi batu tetapi urat-urat buluh yang kasar jelas kelihatan. Subhanallah. Itulah tanda kebesarannya.Jika difikir dan direnung pada buluh ini betapa hebatnya ciptaan dan kekuasaan ALLAH SWT.  
                            Dengan  izin ALLAH SWT  dapat dijadikan jalan ikhtiar dan asbab sekadar menakutkan dan melemahkan binatang bisa,binatang buas, sangat ditakuti dan melemahkan pengamal ilmu hitam, pengamal ilmu santau, ditakuti dan melemahkan jin kafir, kategori pembisa iaitu lebih bisa dari kayu bisa yang lain, walaupun kategori pembisa ianya juga dapat digunakan sebagai penawar dari segi perubatan seperti orang yang kerasukkan, orang terkena ilmu hitam , minyak dagu, besi bat,abu mayat dan lain-lain sepertinya : direndam dalam air zam-zam dan diberi minum  Jangan lupa bacaan AL QUR'AN dan SELAWAT wajib dibaca dalam ikhtiar. Bacalah walaupun sekadar BISMILLAH....Selawat Nabi.Jika sentiasa diamal berzikir dengan tasbih ini : aura tubuh badan lebih mantap, ketahanan kulit dan sukar diresapi makluk halus, ketahanan tubuh. Jika dibawa kemedan peperangan musuh menjadi lemah dan berdebar-debar bila berhadapan dengan kita dan tidak mustahil kebal diwaktu kecemasan.(selagi belum tiba ajal yang ditetapkan)  Jika tasbih ini dibawa bersama masuk ke dalam hutan,bukit,gunung,gua insyaALLAH dijauhi dari gangguan makluk halus, dijauhi binatang bisa,binatang buas (boleh dikatakan lansung tidak berjumpa dengan izinNya) jika diletakkan didalam rumah dapat dielakkan dari ilmu pukau,tuju, buatan khianat, dan lain-lain khasiat yang tidak dapat nyatakan satu persatu denhan izinNYA. Jika ditanya lagi Wallahualam. Hanya ALLAH yang Maha mengetahui setiap sesuatu yang dijadikannya.Kita hanya sekadar tahu tetapi ALLAH SWT lebih Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana atas ciptaanNya..
                            Kami ingin maharkan dengan harga RM7,000. Harga ini kami fikirkan berpatutan dan mampu untuk dimiliki. Sekadar untuk renungan bersama, jika diambil kira dari segi upah untuk mencanai saja sebiji permata RM12 X 100 biji =RM1,200. Belum dicampur kos tebuk, kos perbelanjaan dalam usaha pencarian dan lain-lain kos termasuk harga fosil ini. Tidak termasuk nyawa yang dipertaruhkan dalam usaha pencarian ini. Tetapi disini kami ingin memaharkan separuh dari nilai  harga diatas. Ditawarkan pada harga berdasarkan rundingan bersama..Telah ada beberapa utas yang telah siap dan sedia untuk diposkan terus kepada tuan-tuan.Jika tuan-tuan rasa berminat dan berhajat boleh terus hubungi kami.Jika ada sebarang pertanyaan dan pendapat boleh terus hubungi kami.Harap maaf kali ini banyak celoteh..

 ADMIN - Sambil dok berzikir sambil dok fikir akan kebesaranNYA.
                  SUBHANALLAH...ALLAHUKBAR.......


Status : Tawaran Dibuka


Cincin Tepak Sirih Permata Jarum Emas A+++


Cincin perak ukiran tangan tempahan khas. Yang istimewanya cincin perak ini bentuk 'tepak sirih' dari hasil kerja penuh seni tukang tersohor Kelantan. Tempahan untuk cincin sahaja mengambil masa lebih dari 3 bulan. Digabungkan dengan permata jarum emas gred A++. Permata jarum emas bahagian umbi ini bersaiz XL ini sangat jernih dan sangat menyerlah ketika dipakai dijari. Ukiran kehalusan bunga yang halus dan berseni disekeliling permata. Tawaran dibuka berdasarkan rundingan harga bersama.


Status : Tawaran Dibuka 




Monday 17 March 2014

Permata Cendrawasih


Permata cendrawasih bersaiz S atau bentuk bulat syiling 5sen. Milik seorang rakan untuk dijual. Ditawarkan pada harga mampu RM90.


Status : Tawaran Dibuka



Tasbih Kemuning Hitam 33


Tasbih teras kemuning hitam asli bersaiz M manakala makmum adalah 33 biji. . Kayu teras kemuning hitam kami cari sendiri didalam bukit  sekitar gunung-ganang Kelantan dan Trengganu. Saiz yang sesuai untuk dibawa kemana-mana serta dimasukkan didalam poket baju untuk dibawa ke Masjid. Tasbih kayu teras kemuning hitam bersifat sejuk dan jika diletakkan didalam rumah atau didalam kereta.  Sekiranya rasa berminat tuan-tuan kami tawarkan harga RM1XX (termasuk pos M’sia)

ADMIN  – Rasanya sudah lebih dari 2 tahun Ambo tidak menjual tasbih teras kemuning hitam. Untuk masuk dalam bukit mencarinya satu hal. Untuk mencari tukang larik tasbih juga satu hal. Apapun syukur alhamdulillah. Disini juga Ambo sekadar ingin berkongsi pendapat. Apapun terpulanglah atas kebijaksanaan tuan-tuan untuk menilainya. Ramai dikalangan sahabat Ambo sendiri telah terkena tasbih teras kemuning hitam palsu yang kini berlambak-lambak dipasaran.. Ada beberapa cara yang mudah untuk menentukan tasbih teras kemuning hitam samada asli atau tidak. Antaranya :-
      1.      Gosok dengan kertas pasir jika warna didalam (selepas digosok)  berwarna putih     
      atau cerah, coklat muda (perbezaan ketara) maka ianya palsu
      2.      Boleh juga gunakan pisau dihiris sedikit jika ada perubahan warna cerah pada  
      dalamnya maka ianya palsu (maksudnya hitam diluar cerah didalam) kemudian cuba
      pula cara dibawah
      3.      Rendam dalam air panas jika warna air bertukar menjadi warna teh o’ mungkin ianya
      asli (Maksudnya teras kemuning hitam bila direndam didalam air maka air akan
      bertukar menjadi warna emas atau teh o'. Jika air tidak bertukar maka ianya palsu).   
      Cuba pula cara dibawah
      4.      Dan cuba  pula cium air itu jika terdapat bau bahan kimia atau bau pewarna kain
      atau berbau dakwat atau berbau kuat yang tidak menyenangkan ianya palsu.  
      5.      Biasanya tasbih kemuning hitam yang palsu ringan berbanding yang asli
      6.      Kemuning hitam palsu bila sering digunakan atau disimpan lama kelamaan  
      warnanya  akan berubah menjadi pudar. Sedangkan kemuning hitam asli warnanya
      akan menjadi semakin hitam dan berkilat.
      7.      Antara jenis penipuan yang saya pernah jumpa, ada juga tasbih dibuat dari kayu,
      butir   buah, plastik dan lain-lain maka ianya  dispray cat berwarna hitam, ada juga  
      direndam  dengan pewarna kain, dakwat hitam dan lain-lain
      8.      Biasanya tasbih palsu harganya sangat murah berbanding tasbih kemuning hitam
            yang asli ( tidak semua... tetapi kebanyakkan )
      9.     Awas..! air rendaman tasbih palsu jangan diminum kerana ianya beracun. Manakala
            air  rendaman teras kemuning hitam asli boleh diminum dan dijadikan penawar
            untuk kencing manis,darah tinggi, candu rokok, racun santau dan lain-lain dengan   
            izinNYA.
     10. Tasbih teras kemuning Hitam palsu biasanya mudah rosak atau pecah
     11. Kemuning hitam juga jika digores pada kertas putih akan berbekas warna hitam   
           (maksudnya boleh menulis)
     12. Walaubagaimanapun masih terdapat ramai penjual dan blogger-blogger yang  
           beramanah dalam menjual tasbih kemuning hitam yang asli. Wallahualam


Status : Tawaran Dibuka




Teras Kayu 7 Jenis Fosil


Permata gabungan campuran 7  jenis Teras dari teras kayu terpilih yang dikategorikan ‘rare’. Apa yang istimewa kesemua teras ini telah bertukar sifat menjadi batu. Permata campuran 7 jenis fosil ini bersaiz XL atau syiling 20sen.. Dengan izin ALLAH S.W.T sesuai dibuat pakaian diri, melemahkan binatang, Kebal dikala kecemasan, tahan kulit, Menjadi pendinding ampuh, pengerun, menaikkan aura peminpin dan lain-lain. Hanya sekadar jalan ikhtiar sahaja. Khasiat bersifat semulajadi. Jika tuan-tuan berminat bolehlah masuk merisik. Harga berdasarkan rundingan bersama dan pastinya mampu dimiliki. Kami berjanji hanya barangan yang asli dari kami. Hasil dari pencarian dihutan belantara selama berpuluh-puluh tahun.   
@ Fossil Teras Pisang
@ Fosil Teras Betik
@ Fosil Teras Buluh Hitam (Raja Buluh)
@ fosil Teras Kokka Mekah (Raja Kayu Dunia)
@ Fosil Teras Gemunggal Kursani
@ Fosil Semambu Kursani
@ Fosil Teras Tas Kursani


Status : Tawaran Dibuka



Permata Kokka Dari Tukul Tambat Lembu 2


Penunggul atau acang atau penukul penambat lembu telah dicanai dijadikan permata. Tuan-tuan boleh rujuk dalam kisah dan tauladan 7 asal kejadiannya. Berasal dari kayu teras kokka menjadi batu. Ada rahsia yang terkandung disebalik kejadiannya. Dengan izin ALLAH S.W.T dapat dijadikan sekadar jalan ikhtiar semua jenis kayu menjadi tunduk, menjadi pengerun, pengunci langkah musuh, jika disimpan didalam rumah menjadi pagar atau pengunci dari kecurian dan lain-lain. Sekadar jalan ikhtiar. Jika tuan-tuan berminat hanya pada barangan yang asli dan  ingin dijadikan koleksi peribadi bolehlah mula merisik harga. Stok terhad dan kami tidak bercadang untuk menjual keseluruhan cuma sebahagian sahaja. Manakala sebahagian lagi kami simpan sebagai sebahagian khazanah koleksi kami. Harga dimaharkan berdasarkan rundingan bersama dan pastinya mampu dimiliki.

 Status : Tawaran Dibuka

                                                      PERMATA B DAN C TELAH DITEBUS


Sunday 16 March 2014

Cincin Permata Meteorite


Cincin perak permata meteorite jenis besi saiz M (10sen). Cincin peak tangkai kendi  ini bersaiz 19 (boleh ubah suai saiz). Dililit berlian swis disekeliling permata meteorite untuk menaikkan seri permata. Hasil kerja tangan pertukangan tukang Kelantan. Dengan Izin Allah S.W.T dapat dijadikan sekadar jalan ikhtiar sekadar melancarkan peredaran darah, membaiki urat saraf, menghilangkan perasaan gemuruh didalam diri, memberi keyakinan, membaiki aura didalam diri, mengelak dari gangguan ilmu hitam, pukau, santau dan lain-lain dengan izinnya. Tiada perantaraan jin atau jampi serapah atau bersifat khadam yang pelik-pelik. Khasiat bersifat semulajadi atau alami. Meteorite ini diambil dari salah satu hutan belantara di negara Barat. Diambil dengan cara istimewa dengan izinNya. Sekadar dijadikan jalan ikhtiar sahaja. Sekiranya tuan-tuan rasa berkenan dihati bolehlah mula masuk merisik mahar.


 Status : Tawaran Dibuka 


Cincin Tempahan


Tempahan dari Seorang Hamba Allah iaitu 2 cincin perak tangkai kendi Permata 3 campuran fosil dan permata nyor buta dan bisu mengikut tempahan tuan telah pun siap. Hasil kerja tangan pertukangan tukang Kelantan. Tempahan tuan telah dipos no. ruj EF 18865920 9MY. Sekiranya terdapat apa-apa masalah terhadap ‘item’ diminta sms/what appas atau hubungi saya terus. Dan akan dipos kepada Tuan selepas 2 lagi item disiapkan.. Jutaan terima kasih kami ucapkan atas kepercayaan pihak tuan kepada pihak kami. Dan kami mendoakan semoga tuan sekeluaga dipermurahkan rezeki oleh Allah S.W.T. Amin


Status : Alhamdulillah, Telah Ditempah


Tempahan Dari Kedah


Tempahan dari Tuan Mohd Arief dari Changlun, Kedah iaitu cincin perak aloi bunga tampal manakala permata teras kemuning hitam menjadi batu mengikut tempahan tuan telah pun siap. Hasil kerja tangan pertukangan tukang Kelantan. Tempahan tuan telah dipos laju no.ruj EF 18865914 1MY. Sekiranya terdapat apa-apa masalah terhadap ‘item’ diminta sms/what appas atau hubungi saya terus. Dan akan dipos kepada Tuan selepas 2 lagi item disiapkan.. Jutaan terima kasih kami ucapkan atas kepercayaan pihak tuan kepada pihak kami. Dan kami mendoakan semoga tuan sekeluaga dipermurahkan rezeki oleh Allah S.W.T. Amin


Status : Alhamdulillah, Telah Ditempah



Cincin Perak Tempahan Dari Selangor


Tempahan dari Tuan Adli dari Selangor iaitu cincin perak tangkai kendi dan cincin perak ukir tebuk permata manakala permata kayu milik berliau mengikut tempahan tuan telah pun siap. Hasil kerja tangan pertukangan tukang Kelantan. Tempaha tuan telah dipos laju no.ruj EF18865917 2MY. Sekiranya terdapat apa-apa masalah terhadap ‘item’ diminta sms/what appas atau hubungi saya terus. Dan akan dipos kepada Tuan selepas 2 lagi item disiapkan.. Jutaan terima kasih kami ucapkan atas kepercayaan pihak tuan kepada pihak kami. Dan kami mendoakan semoga tuan sekeluaga dipermurahkan rezeki oleh Allah S.W.T. Amin


Status : Alhamdulillah, Telah Ditempah


Friday 14 March 2014

Penukul Penambat Lembu dari Kayu Kokka Dijadikan Permata


Penunggul atau acang atau kawan saya dari dari negeri Sembilan memanggilnya penukul penambat lembu telah dicanai dijadikan permata. Tuan-tuan boleh rujuk dalam kisah dan tauladan 7 asal kejadiannya. Berasal dari kayu teras kokka menjadi batu. Jika tuan rujuk pada gambar masih terdapat kesan tapak kaki semasa memijak penukul penambat lembu. Juga terdapat kesan ikatan tali pada bahagian tengah penukul penambat lembu.   Hanya ALLAH S.W.T yang Maha mengetahui rahsia disebalik hikmah kejadian. Jika tuan-tuan berminat hanya pada barangan yang asli dan  ingin dijadikan koleksi peribadi bolehlah mula merisik harga. Stok terhad dan kami tidak bercadang untuk menjual keseluruhan cuma sebahagian sahaja. Manakala sebahagian lagi kami simpan sebagai sebahagian khazanah koleksi kami. Penukul penambat lembu dari kayu kokka ni bukan ada dua atau tiga cuma satu sahaja. Harga dimaharkan berdasarkan rundingan bersama dan pastinya mampu dimiliki.

 Status : Alhamdulillah, Semua Sudah Ditebus. Terima Kasih..



                                                    TELAH DITEMPAH A,B,C DAN D


Thursday 13 March 2014

Kisah dan Tauladan 7


       Apa yang Ambo ingin paparkan disini serta kisah-kisah lain adalah berdasarkan  kisah yang benar-benar berlaku. Kadang-kadang tidak terlintas diakal fikiran kita sebagai manusia biasa. Selepas baca, tuan-tuan renunglah dengan mata hati serta perhatikan kebesaran Ilahi tentang keindahan alam disekeliling anda. Mungkin jawapannya ada disitu.. Bila melihat fosil kayu kokka maka terlintaslah satu kisah yang berlaku lebih dari 20 tahun yang lepas dimana kisahnya berlaku lebih kurang begini. Pada suatu petang  kelihatan seorang lelaki tua berjalan menghala ke padang rumput dimana disitulah tempat dia menambat seekor lembu jantan yang dibelanya bertahun-tahun. Entah mengapa hendak dijadikan cerita, penunggul atau acang (kayu bentuk panjang dimana dibahagian bawah dipotong tajam manakala bahagian atas diikat tali) tiba-tiba patah.
Orang tua ini pun mengheret lembunya ke arah sebuah masjid. Apabila sampai dimasjid maka dia pun mencari imam masjid tersebut. Setelah terjumpa dengan iman masjid tersebut dia memberitahu untuk menyedekahkan lembu itu kepada pihak masjid. Dan memberitahu selepas subuh esok dia akan bertolak ke Mekah. Maka bertanya imam masjid tersebut buat apa dia hendak ke Mekah dan dengan menaiki apa?”. Sedangkan pada ketika itu bukan musim haji manakala orang tua bukanlah seorang yang banyak duit. Maka berkatalah orang tua ini “dia akan pergi ke Mekah untuk mencari kayu kokka Mekah untuk dibuat penunggul baru dan dia akan bertolak ke Mekah dengan berjalan kaki”. Maka tercenganglah imam tersebut bila mendengar jawapan dari orang tua tersebut.
Maka selepas subuh keesokkan harinya, berkelanalah orang tua ini seorang diri ke Mekah untuk mencari kayu kokka dengan berjalan kaki. Selepas 15 tahun orang tua ini tinggal di Mekah maka suatu hari beliau tiba-tiba sahaja muncul dikampungnya. Maka bertanyalah orang kampung kemana berliau menghilangkan diri? Maka dijawabnya jawapan serupa yang telah diberitahu kepada imam masjid dahulu bahawa berliau ke Mekah mencari kayu kokka untuk dibuat penunggul@ ancang lembu.
Maka keesokkan harinya kelihatan orang tua ini sedang menarik seekor lembu jantan yang dibelinya kearah padang rumput. Untuk pengetahuan tuan-tuan orang tua ini tinggal seorang diri didalam rumahnya. Maka hendak dijadikan cerita 3 bulan kemudian ketika orang tua ini cuba mengalih penunggul@ ancang lembu berliau merasa kayu kokka yang dibuat penunggul itu terasa berat. Setelah dibeleknya berulang kali dan diketuk dengan sabit maka kedengaran seperti bunyi batu. Maka terlintaslah diakal fikiran berliau bahawa penunggulnya dari kayu kokka telah bertukar menjadi batu.
Maka sekali lagi orang tua ini mengheret lembunya ke arah masjid juga mencari imam tersebut. Setelah berjumpa dengan imam tersebut maka berliau sekali lagi memberi sedekah lembunya kepada pihak masjid. Dan imam ini hanya mampu memeluk sahabatnya ini sambil mendoakan keselamatan semasa dalam perjalanang menuju ke Mekah. Manakala penunggulnya kayu kokka yang telah menjadi batu diserahkan kepada seorang hamba ALLAH. Maka berpesanlah orang tua ini kepada hamba ALLAH ini bahawa berliau akan pergi ke Mekah sekali lagi selepas subuh nanti  dan tidak akan kembali ke kampungnya lagi. Jika ingin berjumpa dengannya carilah disalah satu tiang yang berada didalam masjid diMekah. Dan sekali lagi orang tua ini berangkat ke Mekah dengan berjalan kaki dimana usiannya pada ketika itu dalam anggaran 70an dan sehinngga kini lebih dari 5 tahun berlalu namun tiada khabar berita dari orang tua ini. Wallahualam


Admin – Sekadar berkongsi pendapat dengan tuan-tuan kayu kokka asli bukanlah terdiri dari buah kokka yang berlambak-lambak dipasaran yang dijadikan permata ataupun tasbih. Kebanyakkan yang berada dipasaran adalah buah kelapa laut Afrika atau buah  pokok palma ataupun kayu pokok palma. Pokok kokka tidak berbuah dan terlindung daripada pandangan mata kasar manusia. Sedangkan dipasaran berlambak-lambak didakwa buah kokka, kalau buahnya sampai berlambak-lambak pasti pokoknya juga berlambak-lambak. Bagi pendapat Ambo, kayu kokka asli sangat-sangat sukar didapati. Arwah datuk saudara Ambo tinggal diMekah selama lebih dari 40 tahun disana sampai mati pun berliau tidak ketemu dengan pokok kokka asli. Juga pada sahabat yang pernah Email atau komen kepada Ambo ampun dan maaf andai terlepas pandang. Saya mohon agar hubungi saya melalui sms, whatappas atau terus hubungi saya. Maklumlah orang tua katakan.. Wallahualam  

                                   JELAS KELIHATAN SEPERTI PENUNGGUL DAN MASIH
                                   TERDAPAT KESAN TAPAK KAKI DIATAS PENUNGGUL
                                           BERASAL DARI KAYU KOKKA MENJADI BATU
                                                SETELAH DICANAI DIBELAH DUA

Cincin Permata Kelapa Buta & Bisu


Cincin Perak tangkai kendi permata Kelapa buta dan Bisu menjadi batu. Cincin perak tangkai kendi hasil kerja tangan pertukangan tukang kelantan manakala permata bersaiz 20sen. Cincin bersaiz 19 dan boleh diubah suai mengikut kesesuaian tangan tuan-tuan.


Status : Tawaran Dibuka


Permata Gabungan 7 Jenis Teras Berpasak


Permata gabungan campuran 7  jenis Teras dari teras kayu terpilih yang dikategorikan ‘rare’. Apa yang istimewa kesemua teras ini telah bertukar sifat menjadi batu. Permata campuran 7 jenis fosil ini bersaiz XXL. Permata ini lebih istimewa apabila dipasak besi istimewa. Dengan izin ALLAH S.W.T sesuai dibuat pakaian diri sekadar jalan ikhtiar sahaja. Telah ditempah oleh Tuan Ahmad Hilmy dari Pekan, Pahang. Dan pihak kami telah pos laju no.ruj. EF18865905 3MY bersama 2 biji permata teras kokka penukul penambat lembu. Jutaan terima kasih kami ucapkan atas kepercayaan pihak tuan kepada pihak kami. Dan kami mendoakan semoga tuan sekeluaga dipermurahkan rezeki oleh Allah S.W.T. Amin
@ Fossil Teras Pisang
@ Fosil Teras Betik
@ Fosil Teras Buluh Hitam (Raja Buluh)
@ fosil Teras Kokka Mekah (Raja Kayu Dunia)
@ Fosil Teras Gemunggal Kursani
@ Fosil Semambu Kursani
@ Fosil Teras Tas Kursani


Status : Telah Ditempah



Cincin Ukiran Bunga Tebuk Permata Istimewa


Cincin perak ukiran bunga tebuk penuh dari bahagian badan cincin sampailah bahagian tangkai bawah. Untuk mengelak dari bengkok bahagian tangkai bawah cincin dibuat tebal. Manakala kuku mahkota cincin dari suasa. Diikat dengan permata istimewa. Cincin perak aloi ini bersaiz 19. Hasil kerja tangan pertukangan tukang Kelantan. Sebenarnya ada kisah berkhaitan permata ini. Dengan izin ALLAH S.W.T dapat dijadikan sekadar jalan ikhtiar sekadar sangat baik berkaitan untuk mengelakkan dari gangguan dari terkena santau, ilmu tuju, ilmu hitam, pukau, minyak dagu juga dapat dijadikan sekadar jalan ikhtiar untuk mengubati mereka yang termakan atau terkena minyak dagu, minyak mati terbunuh. Diasah bersama minyak kelapa diberi minum sedikit dan disapu seluruh anggota badan. Mudah-mudahan ianya akan keluar melalui muntah atau melalui saluran najis dan lain-lain. Kadang-kadang ada setengah penyakit yang tidak dapat disembuhkan dengan perubatan moden. Tidak salah beriktiar selagi tidak melanggar hukum syarak. Bacaan AL QUR’AN wajib dibaca dalam beriktiar. Antara cara yang mudah dalam kita berdoa (juga boleh diamalkan ketika kita ikhtiar makan ubat) bacalah :-
1) Mengucap dua kalimah sekali
2) Membaca  Ø¨Ø³Ù… الله  Ø§Ù„رحمن الرحيم sekali
3) selawat 3 kali
4) Berdoa kepada ALLAH S.W.T yang MAHA PENCIPTA LAGI MAHA BERKUASA semoga kita dipermudahkan segala urusan kita dan diberi pertolongan dan bergantung sepenuh pengharapan hanya pada ALLAH S.W.T  dan barangan ini hanyalah sekadar jalan ikhtiar sahaja. Contohnya ‘ YA ALLAH YA TUHANKU JADIKAN......HIKMAH DAN PENAWAR UNTUKKU. DAN DISAMBUNG
بسم الله توكلت على الله لا حول ولا قوة ا لا بالله العلي Ø§Ù„عظيم
Apapun senantiasa berserah diri kepada ALLAH. Mudah-mudahan kita mendapat pertolongan dari ALLAH S.W.T dengan ‘asbab’ dikala kita menghadapi kesusahan dan memerlukan pertolongannya.. Juga selain dari kita sentiasa berserah diri, menyerahkan segalanya dan kuasa muttlak hanya kepada ALLAH S.W.T yang Maha Berkuasa. 'WAJIB JAGA AKIDAH KITA'. Kita manusia biasa hanya mampu sekadar ikhtiar dan tawakkal sahaja. Juga diingatkan, jika kita membuat sesuatu pekerjaan yang menyalahi hukum syarak atau menzalimi manusia maka kita akan binasa akhirnya. Sekiranya tuan-tuan berminat kami bersedia menerima tempahan samada dijadikan cincin. permata, loket, gelang, tasbih dan lain-lain yang sekadar yang kami mampu.


 Status : Tawaran Dibuka 




Cincin Permata Cendrawasih Dan Permata Nilam



Tempahan dari Tuan Adli dari Selangor iaitu cincin perak tangkai kendi kuku kambing manakala permata nilam, cincin perak ukir tebuk permata permata cendrawasih mengikut tempahan tuan telah pun siap. Hasil kerja tangan pertukangan tukang Kelantan. Sekiranya terdapat apa-apa masalah terhadap ‘item’ diminta sms/what appas atau hubungi saya terus. Dan akan dipos kepada Tuan selepas 2 lagi item disiapkan.. Jutaan terima kasih kami ucapkan atas kepercayaan pihak tuan kepada pihak kami. Dan kami mendoakan semoga tuan sekeluaga dipermurahkan rezeki oleh Allah S.W.T. Amin


Status : Alhamdulillah, Telah Ditempah