BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 3 February 2014

Teras kayu Terbaik Diantara Terbaik

ADMIN – Sekadar berkongsi pendapat sahaja. Jika dibuat perbandingan diantara teras gemunggal @ kilo, teras betik dan teras pisang gala, teras apakah yang terbaik? Sudah tentu teras yang paling sukar didapati itulah teras yang terbaik. Dan telah menjadi hukum alam bila teras itu lebih sukar didapati maka ianya yang paling banyak hikmah serta sekaligus paling bernilai. Ambo bagi contoh yang mudah difahami. Cuba tuan-tuan fikirkan. Jika dibuat perbandingan yang mudah antara pokok gemunggal, pokok betik dan juga pokok pisang. Sudah tentu batang pokok betik lebih lembut berbanding pokok gemunggal manakala batang pokok pisang lebih lembut berbanding pokok betik. Perbandingan teras pula sudah tentu teras pokok betik lebih sukar berbanding teras gemunggal manakala teras pokok pisang lebih sukar berbanding teras pokok betik. Ini disebabkan pokok pisang lembut dan berair. Sudah menjadi lumrah alam semakin sesuatu batang pokok itu lebih lembut maka makin sukar pokok itu mempunyai terasnya. Sudah menjadi lumrah dunia sesuatu yang sukar didapati lebih berkhasiat atau lebih bernilai berbanding sesuatu yang banyak dan senang didapati.
 *Arwah bapa saudara Ambo sepanjang hidupnya mengumpul lebih dari 3,500 jenis teras kayu dibuat tasbih (hampir penuh guni beras)
*Tasbih ini dibawanya ketika masuk bersuluk atau bertapa. Orang lain masuk gua pikul beg pakaian atau bekalan makanan manakala bapa saudara Ambo pikul tasbih masuk gua.. Berat pulak tu..! Jika dibawa ke Masjid rasanya Tok Imam dan Tok siak boleh terkejut dan cabut lari ha..ha.ha.. Kira-kira 30 tahun dahulu pernah ditawarkan untuk ditukar dengan seekor lembu jantan..!
**Sekadar dibuat perbandingan diantara teras terbaik
*Untuk mendapatkan teras betik asli 100 kali ganda lebih sukar berbanding teras gemunggal @ kilo asli
*Untuk mendapatkan fosil teras betik asli 100 kali ganda lebih sukar berbanding teras betik asli
*Untuk mendapatkan teras pisang gala asli 100 kali ganda lebih sukar berbanding teras betik asli
*Untuk mendapatkan fosil teras pisang gala asli 100 kali ganda lebih sukar berbanding teras pisang gala asli
#Kesukaran untuk mendapatkan teras asli 1000 kali ganda lebih sukar berbanding teras palsu
##Biasanya teras terbaik jika dibuat tasbih akan dijadikan imam (kepala tasbih). Fosil teras pisang gala dijadikan kepala tasbih arwah bapa saudara Ambo dimana makmunnya berjumlah 3,500 jenis pelbagai teras kayu
###Biasanya untuk membuktikan yang asli kita gabungkan antara teras dan induk biasanya pusaran dan urat kayu adalah sama. Juga dalam bentuk bongkah asal.

####Walaubagaimanapun setiap sesuatu kejadian yang dijadikan oleh ALLAH S.W.T mempunyai hikmah dan kelebihan masing-masing. Dan setiap sesuatu kejadian itu mempunyai rahsia-rahsia  ALLAH TA'ALA. WALLAHUALAM.



GAMBAR TERAS PISANG GALA JADI BATU (FOSIL)






Sekadar Renungan


 Dahulu arwah bapa saudara Ambo ada menceritakan sesuatu kisah yang pernah berlaku didalam kampungnya. Bapa saudara Ambo yang dipanggil Pak Da menceritakan dimana kisahnya bermula bergini. Terlebih dahulu apa yang Ambo paparkan disini hanyalah bersifat berkongsi sahaja. Kisah ini berdasarkan kisah benar. Kisah ini telah lama berlaku iaitu pada zaman penjajahan Inggeris, kira-kira lebih dari 50 tahun yang lalu sebelum negara kita menyambut kemerdekaan. Dimana pada zaman itu kezaliman komunis berleluasa diserata tempat. Kisahnya seingat Ambo lebih kurang begini. Pada pagi itu seperti biasa, pada waktu subuh kelihatan beberapa orang  penduduk menunaikan sembahyang subuh secara berjemaah disebuah surau yang terletak dipenghujung kampung. Dan seperti biasa juga selepas berwirid dan berdoa maka berangkatlah jemaah ini pulang kerumah masing-masing. Tinggallah seorang imam tua seorang diri membersihkan surau itu disamping melipat sejadah. Sudah menjadi rutin hidup berliau, dialah imam dan dia jugalah tok siak. Surau ini sebenarnya dibina dari hasil titik peluhnya sendiri dan mewakafkan untuk kegunaan orang kampung diatas sebidang tanah miliknya. Selepas membersihkan surau itu maka berliau pun menutup pintu surau untuk pulang kerumahnya kira-kira 100 meter dari rumahnya. Tiba-tiba sebaik berliau melangkah kaki memijak anak tangga maka kedengaran bunyi tembakan bertalu-talu. Dan bunyi tembakkan ini memekakkan telinga, seolah-olah dekat sahaja. Rupa-rupanya disebalik semak berhadapan dengan surau itu kelihatan beberapa orang komunis sedang menembak kearahnya. Maka bergemalah bunyi tembakkan bertalu-talu memecah keheningan pagi. Kalau mengikut asbab sepatutnya Tok Imam ini mati atau sekurang-kurangnya cedera parah akibat tembakkan peluru yang bertalu-talu kearahnya. Namun apa yang berlaku diluar kotak pemikiran kita, lansung tiada kesan peluru atau terkena tembakan pada tubuh berliau. Malah kelihatan banyak butir peluru jatuh berselerakkan disekitar kaki Tok Imam ini. Seolah-olah peluru ini disekat oleh sesuatu yang ghaib.

Maka kelihatan beberapa orang komunis dihadapannya menggeletar dan tidak dapat bergerak disebalik semak dihadapan surau. Seketika kemudian datanglah orang-orang kampung menangkap komunis ini. Yang peliknya komunis ini lansung tidak melawan bahkan seolah-olah menyerahkan diri serta seolah takutkan kepada sesuatu.. Dan orang kampung ini juga kehairanan melihat banyak peluru yang bertaburan disekitar kaki Tok Imam. Maka tersebarlah cerita ini dari mulut ke mulut sehingga ke kampung berdekatan. Dan dengar khabarnya kisah ini  menduduki carta top ten no. 1 selama beberapa minggu berturut-turut dikedai kopi Pak Hamid duda (nama sebenar) mengalahkan kisah 'sensasi janda zaiton' (bukan nama sebenar) buat seketika...Ha..ha..ha.. Ops.. jangan marah yea, Iklan ini percuma daa..!Seminggu kemudian setelah cerita ini reda sedikit, maka berangkatlah bapa saudara Ambo kerumah tok imam itu tadi. Kebetulan pula ketika itu tiada orang. Maka bertanyalah bapa saudara Ambo kepada tok imam ini “Apakah yang berliau pakai semasa kejadian tersebut?” Maka termenunglah Tok Imam ini seketika. Dan kemudian berbisiklah Tok Imam ini kepada bapa saudara Ambo, “Seingat berliau ketika kejadian itu berlaku, dia memegang seutas tasbih diperbuat dari teras pisang gala” Maka bapa saudara Ambo pun terlintaslah akan sesuatu..Memang benarlah kata-kata orang tua, sesuatu benda berasaskan besi seperti pisau,parang serta penggunaan bahan api seperti pistol dan senapang akan menjadi lemah atau tumpul ‘dengan asbab’ bila berhadapan dengan orang yang memakai teras pisang gala. Kisah ini masih lagi diceritakan dari generasi lama kepada generasi baru sehingga kehari ini. Apapun penggunaan teras pisang gala ini hanyalah berupa sekadar jalan ikhtiar sahaja. Sesungguhnya ALLAH S.W.T menjadikan sesuatu itu tidak sia-sia dan mengandungi hikmah. Tetapi jika kita melakukan kezaliman atau membuat pekerjaan yang salah dari hukum syarak pasti kita akan binasa. Kerana doa orang yang dizalimi mudah dimakbulkan ALLAH S.W.T.  Apapun bacaan AL QUR’AN dan doa juga wajib dibaca seiring dalam kita berikhtiar. Juga bergantung kepada qada dan qadar ALLAH S.W.T. Wallahualam.


TERAS PISANG GALA