BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 10 January 2014

Kisah Teras Kayu

 Bila kawan-kawan Ambo bercerita mengenai teras kayu teringat Ambo satu cerita lama yang benar-benar berlaku. Hingga kini Ambo masih lagi terfikir rahsia disebalik kejadian yang berlaku.  Dimana Ambo rasa sesuai diberi tajuk 'Kisah Teras Kayu". Peristiwa ini berlaku lebih dari 10 tahun yang lepas.. Seingat-ingat Ambo kisahnya lebih kurang begini, pada suatu pagi yang indah, lebih kurang jam 10 pagi seorang hamba ALLAH ini tengah menyiapkan kerja-kerja membuat sebutir permata dari campuran pelbagai jenis teras kayu. Kalau tak silap campuran 121 jenis teras kayu. Biasanya untuk menyiapkan sebutir permata teras campur mengambil masa 2-3 hari.Teras-teras kayu ini adalah hasil pencarian hamba ALLAH ini dibeberapa buah gunung dan bukit. Antara negeri yang diredah oleh hamba ALLAH ini diseluruh semenanjung Malaysia dan juga termasuk negara Thailand.
Hampir 10 tahun juga hamba ALLAH  ini mengambil masa mencari dan mengumpul teras kayu tersebut. Hamba ALLAH ini berkelana seorang diri dari satu gua ke satu gua yang lain semenjak berliau habis berlajar dipondok tahfiz.. Dari satu gunung ke satu gunung. Dari satu pulau ke satu pulau yang lain. Tujuannya hanya satu, untuk mengabdikan diri kepada ALLLAH S.W.T. Untuk pengetahuan teras-teras kayu ini dikumpul sepanjang perjalanang berliau berkelana.. Hinggalah ke hari ini, hamba ALLAH ini masih lagi berkelana seorang diri dari sebuah gua ke sebuah gua bergantung kepada masa dan keadaan... Kalau dihintung rasanya sudah lebih dari 18 tahun hamba ALLAH ini berkelana. Telah banyak peristiwa yang pelik,aneh dan ganjil  yang berlaku sepanjang masa berliau berkelana.
Disini Ambo ringkaskan cerita, pada hari itu entah kenapa hamba ALLAH ini rasa tidak sedap hati. Rasanya macam ada sesuatu yang tidak kena.. Gerak hatinya mungkin ada sesuatu yang akan berlaku. Permata teras kayu campur ini telah hampir seminggu berliau cuba menyiapkan. Sepatutnya hanya beberapa hari. Maka pada petang itu akhirnya siap juga permata teras kayu campur itu. Sedang hamba ALLAH ini merenung dan membelek permata ini, tiba-tiba ada sesuatu yang berlaku. Kelihatan berapa ekor lipas datang dan menyerang berliau. Dan seketika kemudian datang lagi beratus-ratus ekor lipas menyerang berliau sekali gus..lipas ini ada sebahagiannya menyerang bahagian muka, sebahagiannya pula masuk kedalam baju dan seluar. Yang peliknya setahu berliau sebelum ini tidak terdapat pun seekor lipas pun didalam bangsal tempat berliau bekerja. Peristiwa ini berlaku seolah-olah macam perperangan antara manusia dan lipas.

Pelik. Tiba-tiba hamba ALLAH ini terlintas akan permata teras kayu yang baru disiapkannya tadi. Terlintas dihatinya mungkin perkara ini berlaku ada kena mengena dengan permata teras kayu tersebut. Maka segera dibuangnya permata teras kayu campur itu ke atas tanah. Seketika kemudian ghaiblah lipas-lipas yang beratus ekor itu. Hamba ALLAH ini termenung sejenak, rasanya telah berpuluh-puluh bahkan mungkin beratus  permata teras kayu campur telah dibuat oleh hamba ALLAH ini. Hanya permata teras kayu campur ini berlaku peristiwa begini.  Pelik...kedatangan lipas ini sekelip mata dan perginya juga sekelip mata. Akhirnya permata ini telah dilempar dan dibuang begitu sahaja..Berkubur diatas tanah. Wallahualam. Hamba ALLAH ini hanya berserah kepada ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI.. Untuk makluman, kisah ini Ambo berkongsi dengan tuan-tuan tiada apa-apa niat. Cuma mungkin boleh dibuat renungan dan ikhtibar kita bersama.Wallahualam

0 comments: