BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 31 December 2015

Permata Besi Campur Istimewa



Pelbagai campuran besi iaitu sejumlah 33 jenis besi terpilih telah dicairkan dan kemudian dicanai dijadikan permata. Antaranya termasuk besi 7 par (puting patah) besi misteri, besi 1000 khasiat, meriam pecah, serta lain-lain campuran besi.  Tempahan dari seorang sahabat. Permata ini dimasukkan doa khusus untuk dijadikan sekadar jalan ikhtiar pakaian diri. Cincin ukiran tebuk buatan tangan dimana pada ukiran bunga serta kuku dibuat dari suasa. Satu gabungan yang sangat istimewa. Cincin ersaiz 21

Status : Alhamdulillah.. Telah Ditempah



Friday 18 December 2015

Cincin Permata air Mani Gajah Jalur - 04



Permata fosil mani gajah ini pada asalnya bewarna putih atau jernih biasa tanpa jalur atau coklat. Tetapi apabila telah dicanai dijadikan permata jalur dan warna coklat mula kelihatan dan semakin jelas dari sehari ke sehari. Permata bersaiz S (syiling 5 sen) Permata ini telah berada dalam simpanan kami lebih dari 10 tahun. Dan telah tiba masanya untuk berpindah milik. Permata ini akan terasa lembab atau sedikit melekit terutama bila cuaca lembab. Cincin perak alloy ukiran bunga tebuk. Cincin buatan tangan tukang Kelantan. Cincin bersaiz 19 (boleh ubah saiz)
 
Status : Tawaran Dibuka



Sunday 6 December 2015

Tahi Bintang Emas - 14

Tahi bintang emas jenis besi atau meteorite emas  atau juga batu petir emas sangat-sangat sukar didapati serta diperolehi dan dikategori hyper rare.. Juga ada setengah menyifatkan sebagai ‘raja batu pertir’. Walaupun terdapat pelbagai nama panggilan atau sebutan, ianya tetap menunding ke satu arah. Pangillah apa jua yang anda ingin sebut. Begitulah nama atau gelaran yang dipangil atau diberi gelaran pada batu (besi) yang luarbiasa atau ajaib ini. Usia meteorite emas ini menjangkau usia lebih dari 10,000 tahun dan bahkan lebih. Mungkin juga jutaan tahun.. Terdapat beberapa kategori meteorite
1-    Meteorite jenis batu
2-    Meteorite batu bercampur besi
3-    Meteorite besi bewarna perak (rare)
4-    Meteorite besi warna emas (hyper rare)
Beberapa tahun lepas diceritakan atau heboh didalam surat khabar bahawa meteorite atau tahi bintang jatuh atau luruh di Negara Rusia. Ketika ia bergerak melintasi bumi banyak dilaporkan kerosakkan pada bangunan, cermin tingkat, kereta serta bangunan ketika ia melintasinya. Apa yang menghairankan, dengan teknologi yang dikatakan serba serbi canggih meterote ini tidak dapat dikesan. Hanya serpihan-serpihan kecil yang ditemui. Tetapi tempat dimana meteorite ini luruh atau jatuh telah gagal dikesan. Mereorite atau tahi bintang ini berasal dari angkasa lepas. Dan dikatakan ianya bergerak atau berlegar-legar diruang angkasa menggunakan tenaga atau bersumberkan percikan api dan bergerak secara teramat laju. Tahi bintang ini juga dikategori tahi bintang emas. Jika batu petir jenis biasa iaitu kategori batu dikatakan mempunyai khasiat yang amat besar apatahlagi batu petir atau besi petir emas ini. Dikatakan batu petir emas atau meteorite emas ini hanya jatuh kebumi dalam masa beberapa ribu tahun sekali. Maksudnya peluang untuk memperolehinya sangat terhad atau terlalu sedikit. Ada setengah pendapat mengatakan jika syaitan atau iblis yang berada dibumi dipanah dengan batu petir manakala syaitan atau iblis yang berpangkat tinggi yang bergerak atau berada diruang angkasa ianya dipanah dengan meteorite. Wallahualam.
Dengan izin Allah meteorite emas (hyper rare) dikatakan dapat dijadikan sekadar jalan ikhtiar seperti berkhaitan dengan aura tubuh yang sangat mantap, berwibawa, menarik rezeki atau kekayaan (berkhaitan ikhtiar) mengelak dari gangguan iblis, syaitan, ditakuti pengamal ilmu hitam, mengelak dari tipu daya pukau serta dikatakan kebal dikala kecemasan atau perperangan. Dalam ikhtiar sifat sabar, doa serta tawakkal adalah sangat penting. Wallahualam
Cincin perak aloy ukiran bunga tebuk buatan tangan tukang Kelantan. Batu petir emas dicanai bentuk bujur dan dijadikan permata . Sangat menyerlah warna emas pada batu petir ini selepas digilapkan menggunakn mesin. Seolah permata dibuat dari emas. Cincin bersaiz 19

ADMIN –  Apabila batu petir emas digosok pada batu petir biasa jelas kelihatan warna emas seakan suasa melekat pada batu petir. Sekadar makluman warna batu petir emas ini mungkin akan berubah-ubah mengikut amalan atau aura tubuh badan seseorang. Dan aura setiap individu tidak akan sama dengan individu yang lain. Wallaualam

Status : Tawaran Dibuka





Monday 30 November 2015

Gemunggal Emas - 04



Permata gemunggal emas menjadi batu. Sekilas imbas permata fosil ini seperti teras kayu biasa. Walaupun telah menjadi batu urat kayu jelas kelihatan. Fosil gemunggal ini berasal dari teras gemunggal emas yang telah menjadi batu.  Apa yang uniknya tentang fosil ini sebahagiannya masih lagi teras kayu biasa manakala sebahagian kecil telah bertukar menjadi batu..!   Permata saiz syiling 10sen. Cincin perak aloi tangkai kendi ‘Lam alif’ cincin bersaiz 18 manakala kuku dibuat dari tembaga kuning. (Boleh ubah saiz) 

Status : Tawaran Dibuka



Cincin Perak Aloi Bunga Tebuk Amber - 02



Permata amber atau getah pokok dicanai da dijadikan permata. Permata ini bila dibakar akan terbau bau wangi yang sungguh harum. Permata dicanai bersaiz XL ( syiling 20 sen) Cincin perak aloi ukiran bunga tebuk buatan tangan bersaiz 19 (boleh ubah saiz ) Dengan izin ALLAH S.W.T dapat dijadikan sekadar jalan ikhtiar bersifat pelaris dan pengasih. 

Status : Tawaran Dibuka


Friday 20 November 2015

Permata 33 Jenis Teras - 02



Campuran 33 jenis teras kayu digabungkan menjadi sebutir perrmata. Apa yang unuk gabungan teras kayu ini  berselang seli dengan campuran besi campuran istimewa. (pelbagai jenis besi campuran dicairkan dan kemudian digelek menjadi kepingan) Manakala bahagian dibawah permata dipasak dengan 7 jenis campuran besi. Cincin perak aloi ukiran lam alif buatan tangan bersaiz 19 (boleh ubah saiz)
33 jenis TERAS KAYU dijadikan permata adalah seperti :-  

KATEGORI PENAWAR -Senduduk putih, Mengkudu, Pine, Semeru, Teras ubi, Kemuning hitam
KATEGORI PELARIS – Cempaka kuning, Cendana, Bedak sejuk, Cindai, Kemuning kuning, Ulacintamani
KATEGORI PEMBISA – Ibor, Tas hitam, Tas merah, Sulur bertam, Buluh tumpat, Nibong tunggal, KATEGORI PENUNDUK – Penunduk hitam, Penunduk putih, Rotan semambu
KATEGORI PELBAGAI KHASIAT – Hitam arang, Hantu takut, inai, gemunggal bukit, nagasari, Gemunggal pulau, Gemunggal kampong, Damar minyak, Ara, Keluat Merah, asam jawa dan Kokka mekah

7 JENIS BESI YANG DIPASAK ADALAH :-
1) Meteorite emas
2) Meteorite perak
3) Besi Pemagar diri
4) 1000 Khasiat
5) Besi penunduk
6) Besi kursani emas
7) Besi aura tahan tubuh



Cincin perak aloi ukiran ‘Lam Alif” bersaiz 19 (boleh ubah saiz) manakala permata saiz sedan atau syiling 10sen.

Status : Alhamdulillah.. Telah Ditebus





Friday 6 November 2015

Permata Batu Petir Campur Mani Gajah - 03



Permata batu petir campur 8 jenis diambik dari serata temapt serta pelbagai  jenis dicanai dijadikan permata dan berselang seli dengan air mani gajah menjadi batu. Permata dicanai dan digabungkan dalam bentuk dadu serta berselang seli dengan besi campur. Besi campuran adalah dari pelbagai jenis campuran besi dan emas dicairkan. Untuk membuat gabungan ini sangat sukar serta memerlukan sifat sabar yang tinggi.  Warnanya  sangat menarik seakan emas dan menimbulkan lagi seri serta aura pada permata. Satu gabungan yang sangat unik. Manakala dibahagian dibawah cincin dipasak dengan 44 jenis iaitu :- belalai singa laut, kulit harimau, kulit kijang, meteorite emas, meteorite perak, besi istimewa, rantai gajah putus, mata besi  istimewa, paruh burung menilir, buluh hitam, raja kayu, kemuning hitam, kemuning kuning, kokka mekah, gemungal bukit, gemungal pulau, gemungal kampong, dammar minyak, penawar hitam, hitam arang, ibor, rotan semambu, nibung tunggal, rotan semambu, buluh tumpat bukit, buluh tumpat air, keluat, rya kayu hitam, semalu, tas jantan, tas betina, raja satung, gajah sekawan, kayu takut, cindai, cendana, naga, inai, palas, belalai nyor tikam buah, cinctamani laut, cintamani darat, sulur bertam, tempurung jantan, sulur bertam. Cincin perak aloi ukiran ‘lam alif’ buatan tangan bersaiz 19.

Status : Tawaran Dibuka



Friday 23 October 2015

Batu Petir Campur Ukiran Keris

Permata campur 10 jenis  pelbagai jenis batu petir diambil dari serata tempat dan pelbagai jenis. Manakala ukiran keris dibuat dari batu petir emas (meteorite emas) Permata bentuk bujur bersaiz Jantan. Ianya berselang seli dengan campuran besi campuran istimewa. (pelbagai jenis besi dicairkan bersama campuran emas dan kemudian digelek menjadi kepingan) Manakala kuku dibuat dari tembaga gred A. Cincin perak aloi ukiran bunga tebuk buatan tangan bersaiz 20 (boleh ubah saiz)

Status : Tawaran Dibuka 










Thursday 15 October 2015

Loket Ikhtiar 21

Cincin gabungan dari 21 jenis iaitu campuran teras + batu + besi. Campuran ini digabungkan dari bahan-bahan yang terdapat dibumi dan juga dari atas langit. Campuran istimewa ini adalah seperti berikut :-
      @Batu Petir Asli
Senjata yang digunakan oleh malaikat untuk memanah iblis dan syaitan
      @ Kayu Penunduk Jin
Untuk menunduk, menglemahkan dan menghalau makluk berupa jin dari menganggu kita
      @ Kayu Penunduk Makluk Halus
Untuk menunduk, menglemahkan dan menghalau makluk berupa iblis dan syaitan dari menganggu kita
       @ Kayu Pembuang Saka
Untuk menunduk, menglemahkan dan menghalau makluk berupa saka seperti hantu raya, pelesit dan lain-lain saka keturunan dari menganggu kita
      @ Cintamani
Mengelak, menunduk dan melemahkan makluk halus dari bangsa jin yang bertukar atau menyerupai ular  
      @  Besi Mengelak Gangguan
Menurut kitab lama terdapat sejenis besi yang dapat dijadikan jalan ikhtiar menjadi pendinding kepada sesuatu  barangan yang dipuja seperti minyak dagu, minyak mati terbunuh dan lain-lain.
@ Besi 1000 Khasiat
Sejenis besi lama yang menurut kitab mengandungi 1000 khasiat untuk kegunaan manusia samada pakaian biasa atau digunakan dalam perperangan
@ Tongkat Khutbah Masjid Lama
Tongkat khutbah lama yang diambil dari sebuah masjid ratusan tahun mengandungi rahsia dan hikmahnya seperti sebagai penunduk, pengerun, menakutkan musuh.
@Teras Ubi Kayu
Salah satu teras yang sangat sukar didapati dan sangat rare. Hampir 20 tahun usaha untuk mencari teras ini. Dapat dijadikan pakaian untuk ketahanan kulit, mengelak dari ilmu sihir, membuat pukulan yang bisa serta sangat ditakuti pengamal ilmu hitam dan lain-lain.
@Teras Keladi
 Salah satu teras yang sangat sukar didapati dan sangat rare. Lebih dari 20 tahun usaha untuk mencari teras ini. Dapat dijadikan pakaian untuk ketahanan kulit, mengelak dari ilmu sihir, serta sangat ditakuti pengamal ilmu hitam dan lain-lain.
@Teras Pisang Gala
Salah satu teras yang sangat sukar didapati dan sangat rare. Hampir 20 tahun usaha untuk mencari teras ini. Dapat dijadikan pakaian untuk ketahanan kulit, mengelak dan melemahkan senjata, mengelak dari ilmu sihir serta sangat ditakuti pengamal ilmu hitam dan lain-lain.
@Teras Kemuning Hitam
Dapat dijadikan pakaian dan penawar racun
@ Kemuning kuning
Dapat dijadikan pakaian dan penawar racun
@ Keluat Hitam
Dapat dijadikan pakaian dan tahan kulit
@ Keluat darah
Dapat dijadikan pakaian dan tahan kulit
@ Buluh tumpat
Dapat dijadikan pendinding dari musuh dan gangguan puaka
@ Damar Minyak
Mengelak dari ribut  dan tahan kulit
@ Hitam Arang
Dapat dijadikan pakaian dan tahan kulit
@ Meriam Pecah
Mengelak, melemahkan senjata berupa besi
@ Meteorite
Menjadi pendinding dari gangguan makluk halus, tahan kulit dan lain-lain


Sebagai jalan ikhtiar pendinding diri dan juga penawar

*** Antara perkara yang berlaku pada mereka yang pernah memakai cincin ‘ikhtiar 21’ ini biasanya jika terdapat gangguan dalam tubuh kita akan merasa pening, sakit kepala, berdebar-debar. Jika pernah termakan benda yang tidak elok akan muntah, cirit birit. Jika pernah mengamalkan sesuatu yang tidak elok atau terdapat saka dalam tubuh akan merasa pening, gementar, kerap sendawa, mudah panas baran, merasa sesuatu yang ingin keluar dari tubuh, pengerun, pakaian dalam perperangan, penunduk, dibawa berjalan dan lain-lain. Mudah-mudahan dengan izin ALLAH SWT usaha kita Berjaya. Penggunaan cincin hanyalah sebagai jalan ikhtiar sahaja. Perbanyakkan bersabar serta berdoa dalam berikhtiar. Wallahualam

Cincin perak aloi saiz 19 (boleh ubah saiz)  permata ikhtiar 21 dibuat 18 jenis dibahagian atas manakala 4 jenis lagi diletakkan dibahagian bawah supaya rapat dengan kulit. Ada sebab dan hikmahnya kenapa permata dibuat demikian

 Dimaharkan RM300 ( Pos laju percuma seluruh M'sia)

Status : Alhamdulilah, Telah Ditempah 


Monday 5 October 2015

Cincin Tahi Bintang Emas - 13

Tahi bintang emas jenis besi atau meteorite emas  atau juga batu petir emas sangat-sangat sukar didapati serta diperolehi dan dikategori hyper rare.. Juga ada setengah menyifatkan sebagai ‘raja batu pertir’. Walaupun terdapat pelbagai nama panggilan atau sebutan, ianya tetap menunding ke satu arah. Pangillah apa jua yang anda ingin sebut. Begitulah nama atau gelaran yang dipangil atau diberi gelaran pada batu (besi) yang luarbiasa atau ajaib ini. Usia meteorite emas ini menjangkau usia lebih dari 10,000 tahun dan bahkan lebih. Mungkin juga jutaan tahun.. Terdapat beberapa kategori meteorite
1-    Meteorite jenis batu
2-    Meteorite batu bercampur besi
3-    Meteorite besi bewarna perak (rare)
4-    Meteorite besi warna emas (hyper rare)
Beberapa tahun lepas diceritakan atau heboh didalam surat khabar bahawa meteorite atau tahi bintang jatuh atau luruh di Negara Rusia. Ketika ia bergerak melintasi bumi banyak dilaporkan kerosakkan pada bangunan, cermin tingkat, kereta serta bangunan ketika ia melintasinya. Apa yang menghairankan, dengan teknologi yang dikatakan serba serbi canggih meterote ini tidak dapat dikesan. Hanya serpihan-serpihan kecil yang ditemui. Tetapi tempat dimana meteorite ini luruh atau jatuh telah gagal dikesan. Mereorite atau tahi bintang ini berasal dari angkasa lepas. Dan dikatakan ianya bergerak atau berlegar-legar diruang angkasa menggunakan tenaga atau bersumberkan percikan api dan bergerak secara teramat laju. Tahi bintang ini juga dikategori tahi bintang emas. Jika batu petir jenis biasa iaitu kategori batu dikatakan mempunyai khasiat yang amat besar apatahlagi batu petir atau besi petir emas ini. Dikatakan batu petir emas atau meteorite emas ini hanya jatuh kebumi dalam masa beberapa ribu tahun sekali. Maksudnya peluang untuk memperolehinya sangat terhad atau terlalu sedikit. Ada setengah pendapat mengatakan jika syaitan atau iblis yang berada dibumi dipanah dengan batu petir manakala syaitan atau iblis yang berpangkat tinggi yang bergerak atau berada diruang angkasa ianya dipanah dengan meteorite. Wallahualam.
Dengan izin Allah meteorite emas (hyper rare) dikatakan dapat dijadikan sekadar jalan ikhtiar seperti berkhaitan dengan aura tubuh yang sangat mantap, berwibawa, menarik rezeki atau kekayaan (berkhaitan ikhtiar) mengelak dari gangguan iblis, syaitan, ditakuti pengamal ilmu hitam, mengelak dari tipu daya pukau serta dikatakan kebal dikala kecemasan atau perperangan. Dalam ikhtiar sifat sabar, doa serta tawakkal adalah sangat penting. Wallahualam
Cincin perak aloy ukiran bunga tebuk buatan tangan tukang Kelantan. Batu petir emas dicanai bentuk bujur dan dijadikan permata . Sangat menyerlah warna emas pada batu petir ini selepas digilapkan menggunakn mesin. Seolah permata dibuat dari emas. Cincin bersaiz 19

ADMIN –  Apabila batu petir emas digosok pada batu petir biasa jelas kelihatan warna emas seakan suasa melekat pada batu petir. Sekadar makluman warna batu petir emas ini mungkin akan berubah-ubah mengikut amalan atau aura tubuh badan seseorang. Dan aura setiap individu tidak akan sama dengan individu yang lain. Wallaualam

Status : Tawaran Dibuka



Tuesday 29 September 2015

Teras Ulacintamani



Permata teras ulacintamani bersaiz XL. Permata ulacintamni ini diambil dari bahagian umbi dicanai dijadikan permata. Permata ini sangat unik kerana mengandungi urat pusat teras dan biasannya bahagian ini sukardiperolehi. Cincin perak aloi bersaiz 19 manakala kuku dibuat daripada tembaga gred A 

Status : Tawaran Dibuka