Friday, 10 January 2014
Kisah Teras Kayu
Bila kawan-kawan Ambo bercerita mengenai teras
kayu teringat Ambo satu cerita lama yang benar-benar berlaku. Hingga kini Ambo
masih lagi terfikir rahsia disebalik kejadian yang berlaku. Dimana Ambo
rasa sesuai diberi tajuk 'Kisah Teras
Kayu". Peristiwa ini
berlaku lebih dari 10 tahun yang lepas.. Seingat-ingat Ambo kisahnya lebih
kurang begini, pada suatu pagi yang indah, lebih kurang jam 10 pagi seorang
hamba ALLAH ini tengah menyiapkan kerja-kerja membuat sebutir permata dari
campuran pelbagai jenis teras kayu. Kalau tak silap campuran 121 jenis teras
kayu. Biasanya untuk menyiapkan sebutir permata teras campur mengambil masa 2-3
hari.Teras-teras kayu ini adalah hasil pencarian hamba ALLAH ini dibeberapa
buah gunung dan bukit. Antara negeri yang diredah oleh hamba ALLAH ini
diseluruh semenanjung Malaysia dan juga termasuk negara Thailand.
Hampir 10 tahun juga hamba ALLAH ini mengambil
masa mencari dan mengumpul teras kayu tersebut. Hamba ALLAH ini berkelana
seorang diri dari satu gua ke satu gua yang lain semenjak berliau habis
berlajar dipondok tahfiz.. Dari satu gunung ke satu gunung. Dari satu pulau ke
satu pulau yang lain. Tujuannya hanya satu, untuk mengabdikan diri kepada
ALLLAH S.W.T. Untuk pengetahuan teras-teras kayu ini dikumpul sepanjang perjalanang
berliau berkelana.. Hinggalah ke hari ini, hamba ALLAH ini masih lagi berkelana
seorang diri dari sebuah gua ke sebuah gua bergantung kepada masa dan
keadaan... Kalau dihintung rasanya sudah lebih dari 18 tahun hamba ALLAH ini
berkelana. Telah banyak peristiwa yang pelik,aneh dan ganjil yang berlaku
sepanjang masa berliau berkelana.
Disini Ambo ringkaskan cerita, pada hari itu entah
kenapa hamba ALLAH ini rasa tidak sedap hati. Rasanya macam ada sesuatu yang
tidak kena.. Gerak hatinya mungkin ada sesuatu yang akan berlaku. Permata teras
kayu campur ini telah hampir seminggu berliau cuba menyiapkan. Sepatutnya hanya
beberapa hari. Maka pada petang itu akhirnya siap juga permata teras kayu
campur itu. Sedang hamba ALLAH ini merenung dan membelek permata ini, tiba-tiba
ada sesuatu yang berlaku. Kelihatan berapa ekor lipas datang dan menyerang
berliau. Dan seketika kemudian datang lagi beratus-ratus ekor lipas menyerang
berliau sekali gus..lipas ini ada sebahagiannya menyerang bahagian muka,
sebahagiannya pula masuk kedalam baju dan seluar. Yang peliknya setahu berliau
sebelum ini tidak terdapat pun seekor lipas pun didalam bangsal tempat berliau
bekerja. Peristiwa ini berlaku seolah-olah macam perperangan antara manusia dan
lipas.
Pelik. Tiba-tiba hamba ALLAH ini terlintas akan
permata teras kayu yang baru disiapkannya tadi. Terlintas dihatinya mungkin
perkara ini berlaku ada kena mengena dengan permata teras kayu tersebut. Maka
segera dibuangnya permata teras kayu campur itu ke atas tanah. Seketika kemudian
ghaiblah lipas-lipas yang beratus ekor itu. Hamba ALLAH ini termenung sejenak,
rasanya telah berpuluh-puluh bahkan mungkin beratus permata teras kayu
campur telah dibuat oleh hamba ALLAH ini. Hanya permata teras kayu campur ini
berlaku peristiwa begini. Pelik...kedatangan lipas ini sekelip mata dan
perginya juga sekelip mata. Akhirnya permata ini telah dilempar dan dibuang
begitu sahaja..Berkubur diatas tanah. Wallahualam. Hamba ALLAH ini hanya
berserah kepada ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI.. Untuk makluman, kisah ini Ambo
berkongsi dengan tuan-tuan tiada apa-apa niat. Cuma mungkin boleh dibuat
renungan dan ikhtibar kita bersama.Wallahualam
Posted by Muhammad at 1/10/2014 10:16:00 pm 0 comments
Labels: Kisah Dan Tauladan
Permata Teras kayu Campur 41 Jenis Dipasak Tahi Bintang
Teras kayu campuran 41 jenis teras kayu serta dipasak
tahi bintang (meteorite) dijadikan satu bentuk permata. Antara campurannya
seperti teras menang, sepelas, raja kayu jantan & betina, nibong tunggal,
badi, panas, kemuning hitam, kemuning tahi ayam, kemuning kunyit, kemuning
kuning, kemuning emas, kemuning putih, akar, ibor merah, canang, guni hitam,
tongkat ali, beluru merah, penawar hitam, buluh tumpat, kokka mekah, tempurung
buta, ular cintamani putih, ulacintamani emas, larak salah,ular cintamani hitam,
bedak sejuk, asam jawa, betik, kemenyan, inai, cendana, gemunggal, penunduk
jantan & betina, tas jantan & betina, beluru gajah,damar minyak,haji
samad dan naga sari. Hanya ada 2
biji sahaja. Buat masa ini belum lagi sedia dimaharkan. Dalam proses diikat
cincin.
ADMIN- Perbanyakkan bersabar dalam berikhtiar..
Kadang-kadang sesuatu rahsia itu mengambil masa yang lama untuk
dijelaskan...
Status : On Hold
Posted by Muhammad at 1/10/2014 10:13:00 pm 9 comments
Labels: Koleksi Permata Teras
Teras Kayu Penawar Hitam Menjadi Batu
Fosil teras kayu penawar hitam dalam bentuk asal
sebelum dicanai dijadikan permata. Fosil ini pada asalnya dijumpai tertanam
didalam sebuah bukit di Pantai timur. Usia fosil ini dianggarkan lebih dari
ribuan tahun. Sebahagian teras yang dijumpai masih dalam bentuk kayu manakala
sebahagiannya telah bertukar menjadi batu. Antara kaedah atau cara mengesan
teras ini banyak binatang yang berkeliaran secara berkumpulan dikawasan
sekitar. Biasanya binatang terutama yang sakit menjilat teras@fosil untuk
dijadikan penawar akibat kerana terkena gigitan, patukan atau terkena racun.
Antara kategori 'teras rare' yang perlu dimiliki oleh pengumpul teras..
Fosil ini belum dicuci sepenuhnya. Masih kelihatan debu tanah yang masih
melekat pada fosil ini.. Juga sesuai jika bongkah ini diletakkan didalam
pasu dan ditabur batu kecil putih ( biasanya terdapat dalam akuarium
ikan) buat hiasan didalam rumah. Selain cantik dan unik dapat dijadikan
jalan ikhtiar sebagai penawar dan menyejukkan aura didalam rumah dengan izin
ALLAH S.W.T. Sekadar untuk makluman khasiat ini bersifat semulajadi dan tiada
kena mengena dengan makluk jin atau lain-lain. InsyaALLAH setiap barangan kami
tiada berkhaitan dengan unsur syirik atau makluk jin dan lain-lain.. Sekadar
ikhtiar dan tawakkal. Ibarat seperti angin walaupun tidak kelihatan tetapi kita
masih lagi merasai kehadirannya. Ubat sebagai asbab penawar, Oksigen walaupun
tidak dapat dilihat atau dirasai tetapi kita yakin adanya oksigen untuk
membantu manusia bernafas . Begitu juga dengan sesuatu yang ghaib walaupun
tidak dapat dilihat dan dirasai tetapi kita yakin adanya pertolongan dengan
asbab dengan keizinanan ALLAH S.WT. Ibarat doa walaupun tidak berupa dan
berjasad tetapi kita yakin pasti adanya pertolongan melalui ‘doa’ dengan
izin ALLAH S.W.T. Ingatlah setiap sesuatu itu dijadikan oleh ALLAH S.W.T untuk
berkhidmat dan memberi pertolongan kepada manusia. Sesungguhnya ALLAH S.W.T
tidak akan menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.. Apakah akan terjadi jika
manusia itu menafikan makanan untuk hidup, angin untuk kehidupan terutama kapal
nelayan dilaut, ubat sebagai penawar,oksigen untuk pernafasan dan doa kepada
YANG MAHA PENCIPTA? Wallahualam, Hanya ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI... Harap
dimaafkan..Sekadar berkongsi
jer.. Hanya sekadar
pandangan dari seorang yang jahil seperti Ambo.... Tawaran harga dibuka
berdasarkan rundingan bersama. Pihak kami sedia menerima tempahan
mengikut citarasa tuan-tuan samada hendak dijadikan permata, loket,
gelang, dalam bentuk bongkah dan lain-lain. Juga terdapat dalam bentuk teras
kayu. Tawaran harga dibuka berdasarkan rundingan bersama.
Posted by Muhammad at 1/10/2014 03:23:00 pm 0 comments
Labels: Koleksi Fosil
Buluh Kuning Jadi Batu
Fosil buluh tumpat kuning atau buluh gading dalam bentuk asal
sebelum dicanai dijadikan permata. Dijumpai tertanam didalam tanah manakala
disebelah atas tanah masih ditumbuhi rimbunan pokok buluh. Keadaan rimbunan
pokok buluh ini biasanya terdapat keganjilan dan biasanya rimbunan buluh ini
hilang pada pandangan umum.. Walaupun telah bertukar menjadi batu tetapi masih
lagi jelas kelihatan buku atau ruas buluh pada fosil ini.Tempahan dibuka
mengikut citarasa tuan-tuan samada hendak dijadikan permata, loket, gelang,
dalam bentuk bongkah dan lain-lain. Juga sesuai jika bongkah ini diletakkan
didalam pasu dan ditabur batu kecil putih ( biasanya terdapat dalam akuarium
ikan) buat hiasan didalam rumah. Selain cantik dan unik dapat dijadikan
jalan ikhtiar sebagai pendinding rumah dengan izin ALLAH S.W.T( seperti contoh
gambar dibawah). Sekadar untuk makluman khasiat ini bersifat semulajadi dan
tiada kena mengena dengan makluk jin atau lain-lain. InsyaALLAH setiap barangan
kami tiada berkhaitan dengan unsur syirik atau makluk jin dan lain-lain..
Tawaran harga dibuka berdasarkan rundingan bersama.
Posted by Muhammad at 1/10/2014 03:04:00 pm 0 comments
Labels: Koleksi Fosil
Subscribe to:
Posts (Atom)