Sebenarnya perkara ini Ambo perhatikan telah berlaku lebih dari 10 tahun yang lalu.. Cukuplah..! Ambo tak mahu nanti bangsa Ambo diketawakan oleh bangsa lain.. Bila bangsa lain tahu kami salah seorang tukang, maka berkatalah mereka ‘ambiklah mangga banyak-banyak, kami jual murah-murah.. Nanti balik awak canai buat permata dan jual. Awak punya bangsa cukup suka dengan permata dari mangga’ (pengunci). Rasanya cukup pedih hingga menusuk kalbu dan seolah-olah masih kedengaran ditelinga sehingga kehari ini....! Untuk pengetahuan tuan-tuan, besi kuning yang asli sangat-sangat sukar didapati. Menurut mereka yang arif dan berilmu (ahli kitab) 'jika umur kita ditambah 100 tahun lagi pun belum tentu lagi kita akan berjumpa atau memiliki dengan 'BESI KUNING YANG BENAR-BENAR ASLI'...! Kecuali jika kita tergolong dalam insan istimewa yang terpilih kerana amal ibadat yang berterusan serta hafiz AL QUR'AN. Saya ringkaskan disini untuk mendapatkan besi kuning yang asli ibarat 1 dalam sejuta. Walaubagaimanapun Ambo yakin adanya besi kuning asli diluar sana... Wallahulam.
Tuesday, 28 January 2014
Besi Kuning Dijadikan Dari Mangga Tembaga...?
Assalamualaikum.
Terlebih dahulu Ambo
menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf andainya tulisan Ambo disini
menyentuh setengah pihak.. Disini Ambo hanya sekadar berkongsi pendapat sahaja.
Terpulanglah kepada kebijaksaan tuan-tuan untuk menilainya.. Tuan-tuan pasti kenal
akan barang dalam gambar ini. Biasanya banyak digunakan dipagar rumah. Pengunci
atau mangga ini dibuat dari tembaga. Dan sifat tembaga tentunya berwarna
kuning. Antara kelebihan tembaga yang dijadikan mangga ianya tahan karat.
Tetapi jika dicanai mangga ini dijadikan permata adakah sifatnya bertukar dari tembaga
menjadi besi kuning..?
Untuk pengetahuan tuan-tuan
kami adalah salah seorang tukang canai permata di Kelantan. Sudah ramai orang
datang ketempat kami dan membawa mangga untuk dicanai dijadikan permata. Dan
kami juga tidak tahu sudah berapa ramai orang yang pihak kami terpaksa menolak
permintaan tersebut. Ambo juga pernah terjumpa ada sebahagian tukang mengambil
upah mencanai mangga dijadikan permata. Dan kemudiannya dijual sebagai 'permata
besi kuning'. Sepatutnya jika nak jual juga gunalah istilah 'permata tembaga kuning'. Tapi masalahnya, jika orang mengetahui permata yang didakwa
'besi kuning' itu berasal dari mangga, adakah
orang ingin memakainya...? Tebuk
dada tanyalah hati. Bahkan ada yang dijadikan keris, badik, pisau dan
lain-lain. Maka akan bertukarlah mangga itu tadi menjadi keris besi kuning atau
badik besi kuning dan lain-lain 'kuning' lagi..
Fenomena ini berlaku
kerana kesukaran untuk mendapatkan 'besi kuning asli' serta permintaan yang
terlalu banyak kerana kehebatan hikmatnya.. Maka akan adalah setengah individu
atau peniaga mula mengambil kesempatan.. Bahkan jika diperhatikan
berlambak-lambak dipasaran, bermula dari harga puluhan ringgit hinggalah
keribuan ringgit. Bahkan ada yang mendakwa diperolehi dari alam bunian. Maka
bila berlaku perkara ini akhirnya bunian yang tiada kena mengena pun turut
terlibat sama.. Kesian kat bunian.. Sabor ajerlah yea.. Jangan pelik jika suatu
masa nanti bunian pun kena jual..! Antara cara yang mudah untuk mengesan 'BESI KUNING
PALSU' dan ianya dibuat dari tembaga adalah biasanya
1) Ia melekat pada magnet. Juga bergantung pada gred
atau kualiti magnet itu sendiri. Jika kita ke negara Thailand terdapat terdapat
bermacam-macam gred mangga. Dari yang melekat magnet sehinggalah yang tidak
melekat magnet. Tetapi kebanykkannya permata yang dibuat dari mangga Ambo
perhatikan kebanyakkannya melekat pada magnet sebab
ianya mangga dari gred yang rendah dan murah.
2)Ada mangga berwarna
kuning muda dan juga terdapat warna kuning tua.
3) Permata yang kononnya besi kuning juga ianya
berkilat dan jika diperhatikan lansung tiada mengandungi urat besi. Sedangkan besi kuning asli tergolong dalam golongan besi tua dan sudah semestinya sifat besi tua ianya ber'pamor'.
4) Dan permata palsu ini juga diperhatikan seperti permata
baru berkilat-kilat
5) BESI KUNING ASLI TIADA CAMPURAN BESI LAIN DAN JUGA
TIDAK BOLEH SAMA SEKALI DIIKAT CINCIN. JIKA DIIKAT ATAU DICAMPUR JUGA NESCAYA
PERAK ATAU BESI CAMPURAN AKAN MENJADI CAIR..! Dan Besi Kuning asli juga jika diletakkan diatas besi lain nescaya besi lain dibawahnya akan menjadi cair..! Sebab itu ianya layak digelar 'RAJA BESI' Dan bersifat 'tunggal'. (tidak bercampur dengan besi lain)
*Ini hanyalah sekadar pendapat Ambo sahaja, jika teringin
memakai Ambo syorkan pakailah 'besi kursani kuning' dari memakai permata palsu dibuat
dari tembaga kuning.
Sebenarnya perkara ini Ambo perhatikan telah berlaku lebih dari 10 tahun yang lalu.. Cukuplah..! Ambo tak mahu nanti bangsa Ambo diketawakan oleh bangsa lain.. Bila bangsa lain tahu kami salah seorang tukang, maka berkatalah mereka ‘ambiklah mangga banyak-banyak, kami jual murah-murah.. Nanti balik awak canai buat permata dan jual. Awak punya bangsa cukup suka dengan permata dari mangga’ (pengunci). Rasanya cukup pedih hingga menusuk kalbu dan seolah-olah masih kedengaran ditelinga sehingga kehari ini....! Untuk pengetahuan tuan-tuan, besi kuning yang asli sangat-sangat sukar didapati. Menurut mereka yang arif dan berilmu (ahli kitab) 'jika umur kita ditambah 100 tahun lagi pun belum tentu lagi kita akan berjumpa atau memiliki dengan 'BESI KUNING YANG BENAR-BENAR ASLI'...! Kecuali jika kita tergolong dalam insan istimewa yang terpilih kerana amal ibadat yang berterusan serta hafiz AL QUR'AN. Saya ringkaskan disini untuk mendapatkan besi kuning yang asli ibarat 1 dalam sejuta. Walaubagaimanapun Ambo yakin adanya besi kuning asli diluar sana... Wallahulam.
Sebenarnya perkara ini Ambo perhatikan telah berlaku lebih dari 10 tahun yang lalu.. Cukuplah..! Ambo tak mahu nanti bangsa Ambo diketawakan oleh bangsa lain.. Bila bangsa lain tahu kami salah seorang tukang, maka berkatalah mereka ‘ambiklah mangga banyak-banyak, kami jual murah-murah.. Nanti balik awak canai buat permata dan jual. Awak punya bangsa cukup suka dengan permata dari mangga’ (pengunci). Rasanya cukup pedih hingga menusuk kalbu dan seolah-olah masih kedengaran ditelinga sehingga kehari ini....! Untuk pengetahuan tuan-tuan, besi kuning yang asli sangat-sangat sukar didapati. Menurut mereka yang arif dan berilmu (ahli kitab) 'jika umur kita ditambah 100 tahun lagi pun belum tentu lagi kita akan berjumpa atau memiliki dengan 'BESI KUNING YANG BENAR-BENAR ASLI'...! Kecuali jika kita tergolong dalam insan istimewa yang terpilih kerana amal ibadat yang berterusan serta hafiz AL QUR'AN. Saya ringkaskan disini untuk mendapatkan besi kuning yang asli ibarat 1 dalam sejuta. Walaubagaimanapun Ambo yakin adanya besi kuning asli diluar sana... Wallahulam.
Posted by Muhammad at 1/28/2014 10:23:00 am 7 comments
Labels: Sekadar Renungan
Cincin Permata Teras Gemunggal Hyper Rare
Permata teras gemunggal jadi batu. Apa yang menakjubkan sebahagian besar fosil teras gemunggal telah bertukar menjadi besi kursani. Sangat menakjubkan dan sukar didapati. Saya sifatkan antara teras gemunggal hyper rare yang perlu dimiliki. Bukan sahaja dibahagian atas mengandungi kursani tetapi turut meliputi bahagian bawah. Cincin perak saiz 19 (boleh ubah saiz) manakala kuku suasa. Hasil kerja tangan tukang Kelantan. Tawaran harga berdasarkan rundingan bersama.
Hamba ALLAH KK, SABAH
Posted by Muhammad at 1/28/2014 09:48:00 am 0 comments
Labels: Koleksi Cincin
Tasbih Teras Raja Kayu / Damar Minyak
Teras damar minyak @ raja kayu dijadikan seutas tasbih
bersaiz S . Jumlah makmun 99 biji. Teras kayu ini hasil pencarian kami sendiri
disalah satu gunung Di Trengganu. Manakala tukang tasbih kami upah perlajar
pondok di Patani,Thailand. Hasil kerja tangan. Atara kelebihan tasbih ini, jika
sering dibuat zikir warnanya akan semakin berkilat dan berminyak. Bahkan saya
pernah jumpa dengan tasbih yang telah lama digunakan menjadi bersinar-sinar
seperti tiger eye. Dengan izin ALLAH S.W.T dapat dijadikan jalan ikhtiar
sekadar untuk mengelak gangguan makluk halus, jika disimpan didalam rumah
dapat mengelakkan rumah dari terkena ribut dan lain-lain.
Status : Tawaran Dibuka
Posted by Muhammad at 1/28/2014 07:44:00 am 0 comments
Labels: Koleksi Tasbih
Subscribe to:
Posts (Atom)