Friday, 10 January 2014
Kisah Teras Kayu
Bila kawan-kawan Ambo bercerita mengenai teras
kayu teringat Ambo satu cerita lama yang benar-benar berlaku. Hingga kini Ambo
masih lagi terfikir rahsia disebalik kejadian yang berlaku. Dimana Ambo
rasa sesuai diberi tajuk 'Kisah Teras
Kayu". Peristiwa ini
berlaku lebih dari 10 tahun yang lepas.. Seingat-ingat Ambo kisahnya lebih
kurang begini, pada suatu pagi yang indah, lebih kurang jam 10 pagi seorang
hamba ALLAH ini tengah menyiapkan kerja-kerja membuat sebutir permata dari
campuran pelbagai jenis teras kayu. Kalau tak silap campuran 121 jenis teras
kayu. Biasanya untuk menyiapkan sebutir permata teras campur mengambil masa 2-3
hari.Teras-teras kayu ini adalah hasil pencarian hamba ALLAH ini dibeberapa
buah gunung dan bukit. Antara negeri yang diredah oleh hamba ALLAH ini
diseluruh semenanjung Malaysia dan juga termasuk negara Thailand.
Hampir 10 tahun juga hamba ALLAH ini mengambil
masa mencari dan mengumpul teras kayu tersebut. Hamba ALLAH ini berkelana
seorang diri dari satu gua ke satu gua yang lain semenjak berliau habis
berlajar dipondok tahfiz.. Dari satu gunung ke satu gunung. Dari satu pulau ke
satu pulau yang lain. Tujuannya hanya satu, untuk mengabdikan diri kepada
ALLLAH S.W.T. Untuk pengetahuan teras-teras kayu ini dikumpul sepanjang perjalanang
berliau berkelana.. Hinggalah ke hari ini, hamba ALLAH ini masih lagi berkelana
seorang diri dari sebuah gua ke sebuah gua bergantung kepada masa dan
keadaan... Kalau dihintung rasanya sudah lebih dari 18 tahun hamba ALLAH ini
berkelana. Telah banyak peristiwa yang pelik,aneh dan ganjil yang berlaku
sepanjang masa berliau berkelana.
Disini Ambo ringkaskan cerita, pada hari itu entah
kenapa hamba ALLAH ini rasa tidak sedap hati. Rasanya macam ada sesuatu yang
tidak kena.. Gerak hatinya mungkin ada sesuatu yang akan berlaku. Permata teras
kayu campur ini telah hampir seminggu berliau cuba menyiapkan. Sepatutnya hanya
beberapa hari. Maka pada petang itu akhirnya siap juga permata teras kayu
campur itu. Sedang hamba ALLAH ini merenung dan membelek permata ini, tiba-tiba
ada sesuatu yang berlaku. Kelihatan berapa ekor lipas datang dan menyerang
berliau. Dan seketika kemudian datang lagi beratus-ratus ekor lipas menyerang
berliau sekali gus..lipas ini ada sebahagiannya menyerang bahagian muka,
sebahagiannya pula masuk kedalam baju dan seluar. Yang peliknya setahu berliau
sebelum ini tidak terdapat pun seekor lipas pun didalam bangsal tempat berliau
bekerja. Peristiwa ini berlaku seolah-olah macam perperangan antara manusia dan
lipas.
Pelik. Tiba-tiba hamba ALLAH ini terlintas akan
permata teras kayu yang baru disiapkannya tadi. Terlintas dihatinya mungkin
perkara ini berlaku ada kena mengena dengan permata teras kayu tersebut. Maka
segera dibuangnya permata teras kayu campur itu ke atas tanah. Seketika kemudian
ghaiblah lipas-lipas yang beratus ekor itu. Hamba ALLAH ini termenung sejenak,
rasanya telah berpuluh-puluh bahkan mungkin beratus permata teras kayu
campur telah dibuat oleh hamba ALLAH ini. Hanya permata teras kayu campur ini
berlaku peristiwa begini. Pelik...kedatangan lipas ini sekelip mata dan
perginya juga sekelip mata. Akhirnya permata ini telah dilempar dan dibuang
begitu sahaja..Berkubur diatas tanah. Wallahualam. Hamba ALLAH ini hanya
berserah kepada ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI.. Untuk makluman, kisah ini Ambo
berkongsi dengan tuan-tuan tiada apa-apa niat. Cuma mungkin boleh dibuat
renungan dan ikhtibar kita bersama.Wallahualam
Posted by Muhammad at 1/10/2014 10:16:00 pm
Labels: Kisah Dan Tauladan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment