1- Meteorite jenis batu
2- Meteorite batu bercampur besi
3- Meteorite besi bewarna perak (rare)
4- Meteorite besi warna emas (hyper rare)
Beberapa tahun lepas diceritakan atau heboh didalam surat khabar bahawa meteorite atau tahi bintang jatuh atau luruh di Negara Rusia. Ketika ia bergerak melintasi bumi banyak dilaporkan kerosakkan pada bangunan, cermin tingkat, kereta serta bangunan ketika ia melintasinya. Apa yang menghairankan, dengan teknologi yang dikatakan serba serbi canggih meterote ini tidak dapat dikesan. Hanya serpihan-serpihan kecil yang ditemui. Tetapi tempat dimana meteorite ini luruh atau jatuh telah gagal dikesan. Mereorite atau tahi bintang ini berasal dari angkasa lepas. Dan dikatakan ianya bergerak atau berlegar-legar diruang angkasa menggunakan tenaga atau bersumberkan percikan api dan bergerak secara teramat laju. Tahi bintang ini juga dikategori tahi bintang emas. Jika batu petir jenis biasa iaitu kategori batu dikatakan mempunyai khasiat yang amat besar apatahlagi batu petir atau besi petir emas ini. Dikatakan batu petir emas atau meteorite emas ini hanya jatuh kebumi dalam masa beberapa ribu tahun sekali. Maksudnya peluang untuk memperolehinya sangat terhad atau terlalu sedikit. Ada setengah pendapat mengatakan jika syaitan atau iblis yang berada dibumi dipanah dengan batu petir manakala syaitan atau iblis yang berpangkat tinggi yang bergerak atau berada diruang angkasa ianya dipanah dengan meteorite. Wallahualam.
Dengan izin Allah meteorite emas (hyper rare) dikatakan dapat dijadikan sekadar jalan ikhtiar seperti berkhaitan dengan aura tubuh yang sangat mantap, berwibawa, menarik rezeki atau kekayaan (berkhaitan ikhtiar) mengelak dari gangguan iblis, syaitan, ditakuti pengamal ilmu hitam, mengelak dari tipu daya pukau serta dikatakan kebal dikala kecemasan atau perperangan. Dalam ikhtiar sifat sabar, doa serta tawakkal adalah sangat penting. Wallahualam
Cincin perak aloy ukiran lam alif tebuk buatan tangan tukang Kelantan. Batu petir emas dicanai bentuk 4segi bersaiz anggaran 10sen dan dijadikan permata . Permata dibahagian permukaan atas dibiarkan dalam bentuk asal. Sangat menyerlah warna emas pada batu petir ini selepas digilapkan menggunakn mesin. Seolah permata dibuat dari emas. Cincin bersaiz 22
ADMIN – Apabila batu petir emas digosok pada batu petir biasa jelas kelihatan warna emas seakan suasa melekat pada batu petir. Sekadar makluman warna batu petir emas ini mungkin akan berubah-ubah mengikut amalan atau aura tubuh badan seseorang. Dan aura setiap individu tidak akan sama dengan individu yang lain. Wallaualam
Status : Telah Ditempah