Thursday, 6 February 2014
Teras Kayu Tas Menjadi Batu (Fosil)
Sejak bertahun dahulu Ambo banyak menerima tempahan
khas dari mereka yang memelihara beruk. Dalam pengetahuan Ambo beruk ini
dipelihara untuk tujuan mengambil kelapa dan ada juga dikalangan kawan Ambo
memelihara beruk untuk menjaga kawasan sekitar rumahnya dari penceroboh. Dan
setakat ini Ambo belum pernah mendengar dikalangan mereka memelihara
beruk untuk dijadikan amah atau menghantar anak ke sekolah.. Rasanya jika ini
terjadi semua sekali termasuk guru besar akan cabut lari he..he..he.. Dan
sudah menjadi sifat binatang kelakuan liar dan garang pastinya ada. Dan sudah
pastinya sifat beruk juga sukar diduga. Walaupun sejinak manapun dan dibela
bertahun-tahun adakalanya beruk bukan setakat gigit orang berdekatan
malahan tuannya sendiri turut menjadi mangsa. Disini Ambo ingin syorkan satu
teras untuk dijadikan jalan ikhtiar dan tawakkal. Teras ini ambo syorkan untuk
dibuat gelang. Ambo syorkan untuk dibuat gelang kerana ketika kita memakainya
supaya disekeliling deria urat saraf dan nadi kita menyerap aura dari teras
ini. Dan mudah-mudahan aura teras ini yang bersifat penunduk atau gelombang
aura ini akan melemahkan sifat garang beruk itu. Dan jangan tersilap tu..
Jangan pulak bagi beruk tu pakai.. Nanti terbalik kot.. Takut nanti beruk pulak
rilek kat bawah, tuan dia pulak kena panjat pokok kelapa. Tak ke kes naya..
Jangan pulak salahkan Ambo nanti.. ha..ha..ha.. Ambo bergurau ajer tu.. Teras
istimewa yang Ambo maksudkan adalah teras kayu tas menjadi batu. Mudah-mudahan
dengan izin ALLAH S.W.T dapat dijadikan sekadar jalan ikhitiar. Selain
dari amalan bacaan AL QUR'AN dan Doa. Semoga dipermudahkan segala urusan kita.
Pihak kami juga menerima tempahan dijadikan cincin, loket dan lain-lain
mengikut citarasa tuan-tuan. Harga berdasarkan rundingan bersama. Jika tuan-tuan berminat hanya pada barangan yang 'asli' boleh hubungi kami. Wallahualam
GAMBAR TERAS KAYU TAS (FOSIL)
SATU KELUARGA MERONDA..! (GAMBAR DARI INTERNET)
Posted by Muhammad at 2/06/2014 02:46:00 pm 1 comments
Labels: Koleksi Fosil
Subscribe to:
Posts (Atom)