Tasbih buah ibor dijadikan tasbih. Tasbih ini
sebenarnya dibuat oleh sahabat Ambo dari Pulau Pinang. Jika tuan-tuan berminat
boleh hubungi pihak kami untuk tempahan.
ADMIN –
Bila sebut saja buah ibor Ambo teringat satu cerita yang berkaitan dengan
buah ibor. Seingat Ambo cerita ini berlaku lebih kurang 20 tahun lepas. Pada
suatu hari Ambo bersama sepupu Ambo pergi menziarahi Tok Ayah Li di Bachok. (
Tok Ayah Li dalam cerita ‘ayam’ adalah orang yang sama) Perangai Ambo dan
sepupu sama sahaja, bila anda masa lapang kami suka menziarahi orang-orang tua
terutama orang tua yang berilmu...
Pada masa itu Ambo dan sepupu sampai dirumah Tok Ayah
Li lebih kurang pukul 11 pagi.. Pada masa itu Ambo tengok dia tengah memasukkan
benang kedalam biji tasbih buah ibor.. Untuk makluman tuan-tuan Tok Ayah Li ini
tinggal seorang. Isteri dan anaknya tinggal berdekatan Kota Bharu. Sebenarnya
dia berkelana seorang diri dan memencilkan diri.. Katanya senang untuk dia
beramal ibadat. Semasa dia mula-mula datang ke dalam kampung itu ( didaerah
Bachok) tempat dia membina pondok (bangsal kecil @ rumah kecil yang dibina
secara ala kadar) jarak diantara bangsalnya dengan rumah yang terdekat
terpaksa berjalan kaki lebih kurang 3 jam. Pada masa itu tiada jalan tar.
Terpaksa merempuh semak-semak dan berlukar untuk kerumahnya.
Ambo pendekkan cerita, Selepas bertanya khabar dan
bersembang kosong. Ambo perhatikan hampir setiap kali Ambo bertandang kerumah
Tok Ayah Li jarang-jarang sekali Ambo tengok dia makan atau minum.
Sebabnya Tok Ayah Li lebih banyak mengamalkan puasa sunat dalam kehidupan
sehariannya. Kecuali jika dia uzur ataupun jika ada kenduri kendara.
Kemudian Tok Ayah menceritakan sesuatu kejadian yang
berlaku pada 2 hari lepas yang berkhaitan dengan buah ibor. Tok Ayah
menceritakan 2 hari lepas selepas menunaikan sembahyang magrib dan
berbuka puasa. Sementara menunggu waktu isyak dia mengambil buah ibor untuk
ditebuk lubang. Untuk makluman pondok Tok Ayah tiada lampu elektrik, yang ada
hanyalah lampu pelita minyak tanah dan lilin.. Dipendekkan cerita ketika
dia ingin menebuk lubang buah ibor tiba-tiba Tok Ayah terbau sesuatu yang
pelik seperti benda hangus terbakar.. Sekilas pandang dia sempat melihat ada
beberapa biji buah ibor terbakar kerana terkena api lilin didalam piring yang
telah mencair.. Dan tidak semena-mena Tok Ayah li rasa gelap dan terus
pengsan.. Akhirnya pada keesokkan malam lebih kurang waktu yang sama
barulah dia tersedar dari pengsan.. Ketika tersedar dia rasa ada sesuatu yang
tidak kena.. Tetapi mungkin ini hanyalah khayalan sahaja.
Pada
keesokkan pagi seorang jiran seberang jalan datang menegurnya dan bertanya
semalam Tok Ayah Li pergi kemana. Dia panggil beberapa kali.. Dia bertanya Tok
Ayah Li pergi kemana sampaikan reban ayam pun tidak dibuka menyebabkan ayam
kelaparan. Nasib baik ada sedikit lebihan nasi diberikan kepada ayam Tok Ayah
Li. Selepas termenung seketika barulah dia terfikir dia telah pengsan selama
lebih kurang 24 jam.. Terus dia teringatkan sembahyang 5 waktu yang perlu
diqadha.. Semenjak dari itu berliau sangat berhati-hati takut kejadian yang
sama berlaku. Sebelum kami balik Tok Ayah Li sempat berpesan kepada Ambo
samada buah ataupun teras ibor
jika dibuat cincin atau tasbih jangan sesekali direndam dijadikan penawar.
Dibimbangi akan menjadi racun.. Jika terkena bisa ibor carilah dibahagian akar
pokok ibor untuk dijadikan penawar.. Sekadar
makluman sebatang pokok ibor seperti batang, pelepah, teras dan termasuk
buah adalah antara kategori jenis bisa.. Wallahualam
ADMIN
- Jika ada masa dan
kelapangan Ambo ingin berkongsi mengenai 'kisah pokok ibor' berdasarkan pengalaman sepupu Ambo