Wednesday, 22 October 2014
Cincin Permata Paruh Burung Menilir XL
Cincin perak kuku suasa permata paruh burung
menilir @ nilir. Cincin ukiran bunga pahat buatan tangan. Hasil kerja tangan
pertukangan tukang Kelantan. Permata paruh burung bersaiz XL. Dan sangat-sangat
sukar didapati paruh burung menilir bersaiz mega. Menurut kitab
lama dengan izin ALLAH SWT dapat dijadikan sekadar jalan ikhtiar untuk mengelak
dari terkena racun santau dan juga racun kimia. Sangat disyorkan paruh ini
disimpan untuk dijadikan penawar kerana keadaan dunia hari ini banyak
berlegar-legar racun santau yang tidak dapat dilihat pada pandangan kasar
manusia. Ibarat sediakan payung sebelum hujan. Antara jutaan spesis
burung yang dijadikan ALLAH SWT burung menilir ada keistimewaan yang sangat
hebat yang tiada pada burung lain. Keistimewaannya ialah burung ini boleh makan
apa sahaja makananan ataupun minuman yang terdapat diatas muka bumi ini samada
ianya baik ataupun beracun..! Boleh dikatakan burung ini kebal kepada racun.
Boleh dikatakan bagi apa sahaja racun baik berupa makanan ataupun minuman
burung ini boleh makan atau minum tanpa ada masalah. Menurut kitab lama boleh
dikatakan semua bahagian pada burung ini mengandungi penawar padanya. Rahsianya
atau penawarnya yang terbesar terletak pada paruhnya. Apabila ia makan
atau minum burung ini akan menjilat-jilat pada paruhnya. Maka racun yang
diminum atau dimakan akan menjadi tawar selepascianya menjilat pada paruhnya.
Pernah diuji diambil sejenis racun kimia yang sangat kuat diletak didalam
gelas. Kemudian diambil dititik beberapa titis sahaja minyak yang dihasilkan
dari lemak burung ini. Maka dalam beberapa saat sahaja racun kimia yang
berwarna biru bertukar menjadi jernih. Jika ALLAH SWT menjadikan binatang lain
mengandungi racun maka ALLAH SWT menjadikan burung ini sebagai penawar racun.
Tetapi masalahnya burung ini sangat sukar didapati dan ramai rakan-rakan saya
telah tertukar paruh burung menilir dengan paruh burung enggang. Kekeliruan ini
berlaku kerana dari segi warna dan corak paruh ini agak serupa kelihatan.. Ibarat
hanya jauhari mengenal maknikam.. Jika tuan-tuan rasa berminat boleh
menghubungi saya melalui wasap ataupun talian telefon.. Cincin dimaharkan
berdasarkan rundingan bersama..
Status : Tawaran Dibuka
Posted by Muhammad at 10/22/2014 05:00:00 am 0 comments
Labels: Koleksi Cincin
Subscribe to:
Posts (Atom)