ADMIN - Ambo banyak terima tempahan tapi apakan daya...
Tuesday, 20 August 2013
Batu Istimewa
Batu istimewa milik seorang teman dipondok untuk
dimaharkan.Nama batu ini terpaksa dirahsiakan kerana jika ada orang yang
mengetahui rahsia dan khasiatnya pasti menjadi rebutan. Walaubagaimanapun nama
batu ini akan diberitahu hanya kepada orang yang menebusnya. Panjang batu ini 2.3cm.Lebar batu ini 1.9cm.Tebal
batu 1.1 cm. Berat batu ini 56.90 carat. Tawaran harga mampu.
ADMIN - Ambo banyak terima tempahan tapi apakan daya...
ADMIN - Ambo banyak terima tempahan tapi apakan daya...
Status : Ditempah
Posted by Muhammad at 8/20/2013 03:38:00 pm 0 comments
Labels: Batu Istimewa
Gambar Batu Istimewa
Batu istimewa milik seorang teman untuk
dimaharkan.Nama batu ini terpaksa dirahsiakan kerana jika ada orang yang
mengetahui rahsia dan khasiatnya pasti menjadi rebutan.Walaubagaimanapun nama
batu ini akan diberitahu hanya kepada orang yang menebusnya. Panjang batu
ini 3.5cm.Lebar batu ini 2cm.Tebal batu 1.2 cm. Berat batu ini 81.30
carat.Tawaran harga mampu.
Status : Ditempah
Posted by Muhammad at 8/20/2013 03:24:00 pm 0 comments
Labels: Batu Istimewa
Kayu Ditakuti Hantu
Kayu ditakuti hantu ini diambil disalah satu hutan
diPahang. Jarak pokok ini untuk ditebang dan diangkut keluar ke jalan raya yang
terdekat lebih kurang 6 kilometer. Batang kayu ini diambil dengan cara memikul.
Sebenarnya istilah ‘kayu ditakuti hantu’ ini sengaja diberi nama kerana
sebab-sebab tertentu.Terdapat kisah disebalik nama kayu ini. Juga terdapat
peristiwa yang berlaku pada kayu ini.Maha Suci ALLAH.Bertapa kerdil dan malunya
kita pada makluk ALLAH SWT ini.Cuba renungkan, walaupun sifat kejadiannya
hanya sebatang pokok yang kita anggap lemah tetapi ditakuti oleh Syaitan.
Sebaliknya kita yang kononnya hebat bergelar manusia........! Mengikut pendapat saya yang kerdil ini, mungkin aura (zikir) yang terdapat pada pokok ini menyebabkan syaitan (orang melayu menggelarnya 'hantu')menjadi takut dan gementar. Mungkin pada pendengaran kita sebagai manusia biasa tidak mendengarnya tetapi mungkin makluk-makluk ALLAH SWT yang lain mendengarnya.Wallahualam.Hanya ALLAH yang Maha Mengetahuinya. Sebagaimana
namanya begitulah antara khasiat yang terdapat pada kayu in. Dengan izin ALLAH
SWT dapat dijadikan jalan ikhtiar untuk mengelakkan gangguan dari makluk
halus,santau,sawan tangis,angin ahmar,histeria,ilmu hitam,pukau dan
lain-lain.pihak kami juga membuat minyak dari campuran salah satu kayu ini.
Pihak kami sedia menerima tempahan untuk dijadikan permata seperti
cincin,loket,gelang,tasbih dan lain-lain dalam pelbagai saiz dan bentuk.Ini
hanyalah pendapat saya, disyorkan satu tasbih dari kayu ini disetiap rumah.
Status : Tawaran Dibuka
Posted by Muhammad at 8/20/2013 01:58:00 pm 13 comments
Labels: Kayu Ditakuti Hantu
Batu Kalimah
Terdapat huruf ‘SIM dan ‘WAU’ dibahagian
atas manakala bahagian bawah batu terdapat huruf ‘SIM’. Yang uniknya
dan peliknya pada batu ini, huruf kalimahnya seakan terdiri dari urat@jaluran
besi.Apabila terkena cahaya lampu hurufnya seakan berkilat dan bersinar. Batu
berkalimah asli ini bersaiz XL atau lebih kurang saiz syiling 20 sen.Dengan
izin ALLAH SWT dapat dijadikan jalan ikhtiar sekadar : Jika ditanya saya
seorang peniaga, pegawai kerajaan, badan beruniform,seorang ketua,pemimpin dan
apa jua pekerjaan anda kecuali salah dari segi hukum syarak maka saya syorkan
pakailah cincin yang ada 'kalimah' (Kalimah yang terjadi dengan sendiri bukan
yang dibuat). Dengan syarat beragama islam. Tawaran harga mampu. Masih
terdapat lagi batu kalimah untuk tempahan.
ADMIN - Ambo rasa sangat sedih melihat banyak kad jemputan kahwin yang ada tercetak 'kalimah' tapi dibuang dalam tong sampah.' Kalau boleh gunting dan simpan cetakan yang ada kalimah.Nasihat ambo kalau nak buat kad jemputan, elakkan dari cetakan yang ada kalimah. Fikir-fikir...Sekadar beringat.
Status : Telah Dimiliki
Posted by Muhammad at 8/20/2013 01:10:00 pm 0 comments
Labels: Batu Kalimah
Subscribe to:
Posts (Atom)