Tuesday, 5 November 2013
Kisah dan Tauladan - 2
ADMIN -
Ambo ada satu lagi cerita.. He..he.. Dari penjual barang dah jadi penglipur
lara pulak... Boleh ke..? Jangan marah yea Ambo sekadar ingin berkongi
cerita, mungkin ada manfaat dan pedoman kita bersama.. "Kisah mengenai ayam".. Eh
ayam..? Maksud Ambo bukan ayam kat siam nun.. He..he.. Sebenarnya Ambo pun tak
tahu nak letak tajuk apa weh..! Kisah ini berlaku lebih kurang dalam 13 tahun
yang lepas...Ceritanya lebih kurang begini.. Pada suatu hari Ambo bersama
sepupu pergi menziarah kerumah yang kami panggil Tok Ayah Li dikawasan Bachok,
Kelantan. Kebetulan ketika kami sampai waktu itu, dia tengah hendak memberi
ayamnya makan dedak. Dia cakap kepada kami cuba perhatikan gerak geri dan
gelagat ayam.. Dia pun memanggil ayam dia, kalau tak silap Ambo dia memanggil
ayam jantan dia 'mat'.' Mat ooo matt..' tiba-tiba ayam jantan dia datang dan
Tok Ayah Li terus menabur dedak diatas tanah.. Ayamnya terus mematuk dedak
sambil ayam jantan ini berkokok memanggil ayam betina. Lebih kurang beberapa
minit kemudian beberapa ekor ayam betina ini datang dan kumpulan ayam ini makan
bersama..
Kemudian datang seekor ayam jantan lain dari arah
rumah sebelah. Tok Ayah Li cakap cuba perhatikan betul-betul.. Tiba-tiba ayam
jantan ini mematuk ayam betina dan makan dedak sekor-sekor (takkan nak tulis
'ayam' makan sorang-sorang pulak...!) sambil mencakar-cakar tanah tempat
ditaburkan dedak diatas tanah.. Akhirnya tanah bercampur dengan dedak dan sudah
pasti dedak tidak dapat dimakan lagi kerana sudah bercampur dengan tanah..
selepas itu ayam jantan itu berkokok lalu pergi dari situ..
Kemudian Tok Ayah Li tabur lagi dedak diatas
tanah..Ayam jantannya yang bernama 'mat' dan ayam betina makan macam
biasa..Tiba-tiba datang lagi ayam jantan tadi lantas mematuk ayam betina dan
makan dedak sekor-sekor sambil mencakar-cakar tanah dan seperti tadi juga dedak
bercampur dengan tanah, dedak tidak dapat dimakan lagi.. Ayam jantan ini
berkokok lantas pergi dari situ..Tok Ayah Li pun sekali lagi menabur dedak dan
sekali lagi kejadian yang sama berulang kejadian yang sama...
Kali ini Tok Ayah Li memerintahkan ayam jantannya yang
bernama 'Mat' menghalau ayam jantan sebelah rumah.. Ayam jantan yang bernama
'mat' bagaikan faham sebaik menerima perintah dari tuannya,lantas ayam jantan
bernama 'mat' ini berkokok sebagai tanda mengikut arahan bos (Tok Ayah
Li) lantas ayam jantan bernama ‘mat’ ini terus mengejar ayam jantan sebelah
rumah.. Ambo tengok ayam jantan sebelah rumah lari sambil berak tahi
bertaburan... Tok Ayah Li memberitahu kami jika ayam jantan sebelah rumah jika
makan bersama apa salahnya.. Ini membazir kerana menurut Tok Ayah Li ayam
jantan sebelah rumahnya sudah kenyang.. Ayam jantan ini datang hanya sekadar
ingin mengacau ayam-ayam lain makan.. Lantas Tok Ayah Li ajak ambo dan
sepupu kerumah jirannya sebelah rumah.. Memang betul Ambo tengok dedak dan
hampas kelapa bertambun-tambun didalam bekas makanan yang disediakan oleh
tuannya.. malahan Ambo terfikir kalau dah makanan ini sampai berlimpah ruah
kenapa ayam jantan tadi masih lagi mencuri makan...?
Ambo garu kepala sekali lagi.. Lantas Tok Ayah Li ajak
kami balik kerumahnya. Selepas naik kerumahnya Ambo lantas bertanya apakah
maksud yang kami saksikan tadi... Lantas Tok Ayah Li menceritakan tuan rumah
sebelahnya adalah antara orang paling kaya dalam kampung ini. Memang betul pun
jika dibuat perbandingan antara bangsal buruk Tok Ayah Li dengan Banglo
disebelah rumah ibarat langit dengan bumi..!
Posted by Muhammad at 11/05/2013 11:30:00 pm 0 comments
Labels: Kisah Dan Tauladan
Subscribe to:
Posts (Atom)