Tasbih teras kemuning hitam asli bersaiz XL manakala makmum adalah 99 biji. Dalam proses dijadikan seutas tasbih. Kayu teras kemuning hitam kami cari sendiri didalam bukit sekitar gunung-ganang Kelantan dan Trengganu. Antara yang istimewa mengenai tasbih eklusif ini ianya telah melalui proses dicanai dan dipolish sehingga 2kali. Maksudnya tasbih ini melalui proses canai dan dikilatkan sehingga bentuknya benar-benar memuaskan hati serta ianya dikilatkan sehingga nampak berminyak @ basah. Sekadar makluman, setiap biji tasbih ini diproses dari sebiji ke sebiji seperti dibentuk, dipolish dan diberkilatkan sehingga nampak lembab menggunakan kemahiran tangan. Untuk menyiapkan seutas tasbih ini sahaja mengambil masa lebih dari 2 bulan..! Secara ringkasnya kami mengupah 2 tukang yang berlainan melalui kepakaran masing-masing untuk untuk mendapat hasil yang terbaik. Tasbih ini dalam proses dijadikan imam dan berkemungkinan kami akan buat campuran pelbagai campuran jenis teras dibahagian kepala tasbih (imam) . Tasbih ini kami buat dengan penuh eklusif serta penuh kesenian. Antara hasil kerja tukang yang terbaik sehingga kami sendiri pun terasa sayang nak jual..hi..hi.. Sekiranya rasa berminat tuan-tuan bolehlah mula merisik harga. Walaubagaimanapun kami tawarkan harga yang masih mampu dimiliki.
Monday, 10 March 2014
Tasbih Kemuning Hitam Eklusif Saiz XL

ADMIN – Rasanya sudah lebih dari 2 tahun Ambo tidak menjual tasbih teras kemuning hitam. Untuk masuk dalam bukit mencarinya satu hal. Untuk mencari tukang larik tasbih juga satu hal. Apapun syukur alhamdulillah. Disini juga Ambo sekadar ingin berkongsi pendapat. Apapun terpulanglah atas kebijaksanaan tuan-tuan untuk menilainya. Ramai dikalangan sahabat Ambo sendiri telah terkena tasbih teras kemuning hitam palsu yang kini berlambak-lambak dipasaran.. Ada beberapa cara yang mudah untuk menentukan tasbih teras kemuning hitam samada asli atau tidak. Antaranya :-
1. Gosok dengan kertas pasir jika warna didalam (selepas digosok) berwarna putih
atau cerah, coklat muda (perbezaan ketara) maka ianya palsu
2. Boleh juga gunakan pisau dihiris sedikit jika ada perubahan warna cerah pada
dalamnya maka ianya palsu (maksudnya hitam diluar cerah didalam) kemudian cuba
pula cara dibawah
3. Rendam dalam air panas jika warna air bertukar menjadi warna teh o’ mungkin ianya
asli (Maksudnya teras kemuning hitam bila direndam didalam air maka air akan
bertukar menjadi warna emas atau teh o'. Jika air tidak bertukar maka ianya palsu).
Cuba pula cara dibawah
4. Dan cuba pula cium air itu jika terdapat bau bahan kimia atau bau pewarna kain
atau berbau dakwat atau berbau kuat yang tidak menyenangkan ianya palsu.
5. Biasanya tasbih kemuning hitam yang palsu ringan berbanding yang asli
6. Kemuning hitam palsu bila sering digunakan atau disimpan lama kelamaan
warnanya akan berubah menjadi pudar. Sedangkan kemuning hitam asli warnanya
akan menjadi semakin hitam dan berkilat.
7. Antara jenis penipuan yang saya pernah jumpa, ada juga tasbih dibuat dari kayu,
butir buah, plastik dan lain-lain maka ianya dispray cat berwarna hitam, ada juga
direndam dengan pewarna kain, dakwat hitam dan lain-lain
8. Biasanya tasbih palsu harganya sangat murah berbanding tasbih kemuning hitam
yang asli ( tidak semua... tetapi kebanyakkan )
9. Awas..! air rendaman tasbih palsu jangan diminum kerana ianya beracun. Manakala
air rendaman teras kemuning hitam asli boleh diminum dan dijadikan penawar
untuk kencing manis,darah tinggi, candu rokok, racun santau dan lain-lain dengan
izinNYA.
10. Tasbih teras kemuning Hitam palsu biasanya mudah rosak atau pecah
11. Kemuning hitam juga jika digores pada kertas putih akan berbekas warna hitam
(maksudnya boleh menulis)
12. Walaubagaimanapun masih terdapat ramai penjual dan blogger-blogger yang
beramanah dalam menjual tasbih kemuning hitam yang asli. Wallahualam
Status : Tawaran Dibuka
Posted by Muhammad at 3/10/2014 08:22:00 am 2 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)