Monday, 17 February 2014
Teras kayu 'Raja Penawar Bisa'
Salah satu fosil yang kami akui
sangat-sangat sukar didapati. Jika teras kayu fosil ini habis maka kami
mengangkat kedua belah tangan..! Teras kayu ini didapati dengan cara istimewa
melalu alamat mimpi. Setelah melepasi beberapa ujian baru berjaya untuk
memilikinya. Dikhabarkan semua jenis binatang akan tunduk hormat jika melewati
pokok ini dan sekiranya binatang berbisa lalu dibawah atau terkena bayang
(aura) pokok ini maka akan hilang bisanya buat seketika. Teras kayu ‘raja
penawar bisa’ menjadi batu. Teras ini sangat baik jika disimpan didalam rumah
sebagai jalan ikhtiar sekiranya berlaku kecemasan. Ibarat sediakan payung
sebelum hujan.
Sekadar untuk makluman dalam simpanan kami terdapat lebih dari 10,000
bongkah teras fosil tetapi kategori teras kayu ‘raja penawar bisa’ hanya
terdapat seketul sahaja dalam simpanan kami. Untuk pengetahuan
tuan-tuan, teras raja kayu penawar bisa bukannya kemuning hitam,penawar
hitam, raja kayu atau lain-lain. Juga setengah orang lama memanggilnya 'teras geliga'.
Dan dalam simpanan kami bukan sahaja hanya terdapat seketul tetapi saiz kecil
pula. Antara kelebihan dan hikmah yang ALLAH S.W.T jadikan kelebihan pada teras
raja penawar batu ini jika direndam atau sapu air kepada batu ini maka air
menjadi mudah kering kerana air tadi telah dihisap oleh batu ini. Walaupun peroses
ini dilakukan berulang kali tetap kejadian yang sama berlaku. Sekiranya diletak
pada lidah ianya akan melekat dan menghisap pada lidah. ‘Seketul batu’ ini
(dalam bentuk asal) pernah diuji direndam didalam air didalam baldi.
Keesokkannya air menjadi kering dan kami ulang beberapa hari dan kejadian yang
sama juga berulang. Yang peliknya air yang disedut itu hilang kemana..?
Manakala batu ini tetap kering dan lansung tiada tanda kebasahan..! kami juga
pernah membuat ujian yang sama pada teras-teras kayu fosil yang lain tetapi
tiada satu pun yang setara dengannya. Malahan fosil-fosil teras kayu
yang lain terpaksa dijemur beberapa hari untuk mengeringkannya.
Dengan izin ALLAH S.W.T dapat dijadikan sekadar
jalan ikhtiar untuk dijadikan penawar penghisap bisa akibat patukan ular,
gigitan binatang bisa, sengatan binatang bisa dan lain-lain. Sebagai contohnya
: sekiranya seseorang itu terkena gigitan bisa, basahkan sedikit batu ini
(boleh juga guna air liur) dan letak pada bahagian terkena bisa. Pasti
batu ini akan melekat dan menghisap bisa itu keluar. Setelah habis disedut bisa
batu ini akan jatuh dengan sendiri. Dalam
kita berikhiar jangan dilupa bacaan AL QURAN juga wajib dibaca walaupun sekadar
“BISMILLAH...“ . Menurut mereka
yang pakar atau ahli teras kayu menyatakan 'dengan asbab' dan ikhtiar kita
memakai teras raja penawar bisa @ kayu geliga semua jenis binatang berbisa
seperti ular, lipan, tebuan, penyengat dan lain-lain akan menjadi lemah tidak
berupaya bila berhadapan dengan kita. Perkara ini berlaku kerana bisa atau
sengatanyanya menjadi 'tawar' bila berhadapan dengan kita. Pihak kami juga
mengesyorkan kepada mereka yang ingin masuk atau meredah bukit dan hutan. Juga
untuk kaki pancing serta nelayan dilaut. Tidak rugi jika menyimpannya. Dalam kita berikhtiar juga bergantung kepada qada dan
qadar ALLAH S.W.T. Tawaran
dimaharkan pada harga mampu Rm250 termasuk belanja pos laju untuk seluruh
Malaysia. ( No. tracking akan diberikan) Diskaun harga diberikan kepada mereka
yang pernah menebus barangan pada pihak kami. Harga ini sekadar perbelanjaan
kos kami meredah dalam bukit untuk mendapatnya. Hampir sebulan juga masa yang
diambil dalam usaha untuk mendapatkannya. Jika tuan-tuan berminat hanya pada barangan yang 'asli' boleh
terus hubungi kami. Kami berjanji hanya fosil yang asli dimaharkan disini. Kami
cari sendiri. Kami canai sendiri. Kami jual sendiri. 100 Peratus Fosil dari bukit.
Posted by Muhammad at 2/17/2014 08:05:00 pm
Labels: Koleksi Fosil
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Salam..tuan..masih ada lgi kew..untuk buat perubatan..dpt kcil pun ok la...sila bls kt matyus89@gmail.com
Wslm Ucop
Assalamualaikum admin... mohon email details item, cara transaksi pd peejal76@gmail.com
Salam. Masih ada lagi ke barang nie? Sgt brminat krana sering msuk ke kebun/hutan.
Assalamualaikum tuan..ada lg ke?
Post a Comment