Cincin perak alloy saiz 19 (boleh ubah saiz) permata ikhtiar 7 dibuat 3 jenis dibahagian atas iaitu kayu penunduk jin, kayu penunduk makluk halus dan kayu pembuang saka manakala 4 jenis lagi diletakkan dibahagian bawah supaya rapat dengan kulit.
Wednesday, 1 October 2014
Permata Ikhtiar 7
Semenjak dulu lagi saya banyak menerima pertanyaan serta tempahan untuk dijadikan pakaian selain bacaan AL QUR’AN untuk dijadikan jalan ikhtiar sebagai pendinding makluk halus. Kelewatan untuk mengeluarkan permata khas untuk mengelak dari terkena gangguan kerana kesukaran untuk mendapatkan beberapa barangan. Alhamdulillah setelah berusaha sekian lama mencari beberapa tahun akhirnya barangan yang sukar itu telah berjaya dimilik. Saya sifatkan 'permata ikhtiar 7' ini mudah disebut tetapi sangat sukar dicari. Sebenarnya saya sekarang ini dalam usaha memproses menjadikan sebiji permata khusus untuk dijadikan sekadar jalan ikhtiar dengan izin ALLAH SWT untuk mengelakkan dari terkena gangguan makluk-makluk halus seperti saka keturunan, terkena sihir, pukau, terdapat gangguan semasa tidur, terdapat bekas gigitan atau lebam-lebam yang tidak munasabah disyaki dari makluk halus, pernah histiria, mengelak dari histiria atau dirasuk, pukau, gangguan dari dalam dan luar rumah, terdapat seperti bayangan lintasan sekitar rumah, sawan tangis, sering melihat gangguan yang menakutkan, sering berdebar-debar, pendinding dari gangguan makluk halus, mereka yang menjadikan cincin, keris, geliga dan lain-lain sebagai koleksi, jika terdapat dalam rumah barangan seperti besi, batu, minyak dan lain-lain yang berpuaka atau menganggu kita, meneutralkan atau membuang aura negatif atau anasir jahat sekitar dalam rumah. Ini berdasarkan perhatian saya. Hasil dari 7 jenis barang maka terhasil sebiji permata yang sangat disyorkan dipakai selain dari bacaan AL Qur’an yang wajib diamalkan. Secara ringkasnya khasiat 'permata ikhtiar 7' lebih kearah mengelak, mengusir dan menunduk makluk halus yang kita tidak nampak dengan mata kasar. Item gabungan 7 adalah seperti berikut :-
1- Batu Petir Asli
Senjata yang digunakan oleh malaikat untuk memanah iblis dan syaitan
2- Kayu Penunduk Jin
Untuk menunduk, menglemahkan dan menghalau makluk berupa jin dari menganggu kita
3- Kayu Penunduk Makluk Halus
Untuk menunduk, menglemahkan dan menghalau makluk berupa iblis dan syaitan dari menganggu kita
4- Kayu Pembuang Saka
Untuk menunduk, menglemahkan dan menghalau makluk berupa saka seperti hantu raya, pelesit dan lain-lain saka keturunan dari menganggu kita
5- Cintamani
Mengelak, menunduk dan melemahkan makluk halus dari bangsa jin yang bertukar atau menyerupai ular
6- Besi Mengelak Gangguan
Menurut kitab lama terdapat sejenis besi yang dapat dijadikan jalan ikhtiar menjadi pendinding kepada sesuatu barangan yang dipuja seperti minyak dagu, minyak mati terbunuh dan lain-lain.
7- Besi 1000 Khasiat
Menurut kitab lama terdapat sejenis besi tua yang memberi hikmah 1000 macam khasiat kepada manusia sebagai pakaian diri.
@Antara perkara yang berlaku pada mereka yang pernah memakai cincin ‘ikhtiar 7’ ini biasanya jika terdapat gangguan dalam tubuh kita akan merasa pening, sakit kepala, berdebar-debar. Jika pernah termakan benda yang tidak elok akan muntah, cirit birit. Jika pernah mengamalkan sesuatu yang tidak elok atau terdapat saka dalam tubuh akan merasa pening, gementar, kerap sendawa, mudah panas baran, merasa sesuatu yang ingin keluar dari tubuh. Pemakai dinasihatkan terus memakai dan juga jika boleh perbanyakkan sembahyang taubat dan perlu senantiasa beriktifar. Mudah-mudahan dengan izin ALLAH SWT usaha kita Berjaya. Perbanyakkan bersabar serta berdoa dalam berikhtiar. Wallahualam
Cincin perak alloy saiz 19 (boleh ubah saiz) permata ikhtiar 7 dibuat 3 jenis dibahagian atas iaitu kayu penunduk jin, kayu penunduk makluk halus dan kayu pembuang saka manakala 4 jenis lagi diletakkan dibahagian bawah supaya rapat dengan kulit.Ada sebab dan hikmahnya kenapa permata dibuat demikian
Cincin perak alloy saiz 19 (boleh ubah saiz) permata ikhtiar 7 dibuat 3 jenis dibahagian atas iaitu kayu penunduk jin, kayu penunduk makluk halus dan kayu pembuang saka manakala 4 jenis lagi diletakkan dibahagian bawah supaya rapat dengan kulit.
Posted by Muhammad at 10/01/2014 05:00:00 am 0 comments
Labels: Koleksi Teras Kayu
Cincin Taring Raja Harimau Putih
Taring raja harimau putih tunggal menjadi
batu. Fosil dicanai dan dijadikan permata bentuk bujur. Fosil diambil dari
tempat istimewa dan juga diambil dengan cara istimewa. Usia fosil sangat tua
dan melebihi dari seribu tahun.Panjang taring ini lebih kurang sejengkal.
Permata bersaiz XL atau syiling 20sen. Cincin perak aloi beraiz 19 ukiran bunga
tebuk buatan tangan tukang Kelantan. Cincin perak aloi yang berkilat
menambahkan lagi keindahan dan penuh daya penarik. Fosil raja harimau putih
dijumpai didalam salah satu gua didaerah Gua Musang. Secara ringkasnya kami
mengambil fosil ini yang lengkap keseluruhan anggota tulang dari ekor sehinggalah kepala tersimpan
didalam sebuah bongkah batu besar. Untuk mendapatkan fosil ini kami terpaksa
memecahkan sebongkah batu bersaiz lori satu tan. Dan sekadar berkongsi cerita
terdapat 7 ekor harimau belang menjaga fosil ini secara bergilir-gilir.
Bermakna setiap masa dan saat pasti akan ada seekor atau lebih menjadi penjaga
kepada fosil ‘raja harimau in’. Usaha untuk mengeluarkan fosil ini mengambil
masa lebih dari 2 tahun. Antara keistimewaan yang terdapat pada fosil taring
ini dengan izin ALLAH SWT dapat dijadikan sekadar jalan ikhtiar seperti jika
kita memakai cincin ini didalam hutam belantara kita bebas dari gangguan harimau.
Menurut guru saya jika kita mencabar sang harimau sekalipun pasti harimau tidak
akan berani berhadapan dengan kita. Juga dapat mengelakkan saka, gangguan
berupa ilmu hitam, santau, mengelak pukau, terkena angin ahmar, bersifat
berani, bersifat pengerun, penunduk, mengelak dari gangguan anjing, jika
memakai susuk atau sesuatu yang tidak elok dalam badan pasti akan keluar dari
tubuh kita.. Apapun penggunaan cincin sebagai asbab dan jalan ikhtiar sahaja.
Jika tuan-tuan rasa berminat atau sebarang pertanyaan diminta hubungi saya
atau wasap 013-5042066
Posted by Muhammad at 10/01/2014 05:00:00 am 0 comments
Labels: Koleksi Cincin
Subscribe to:
Posts (Atom)