Saturday, 11 January 2014
Tasbih Buluh Tumpat 100 Jenis Fosil
Tasbih 100 jenis buluh tumpat menjadi batu dicanai
dijadikan seutas tasbih. Terdapat terlalu banyak campuran pelbagai jenis buluh
diambil dari serata dunia. Usaha untuk mengumpul 100 jenis buluh ini mengambil
masa lebih dari 20 tahun. Kesemua buluh tumpat ini telah menjadi fosil. Setiap
satu dianggarkan berusia lebih dari ribuan tahun bahkan mungkin jutaan tahun.
Kebanyakkan fosil buluh dijumpai tertanam didalam tanah, sungai, padang pasir
dan lain-lain. Bahkan jangan terkejut ada sebahagiannya dijumpai masih terpacak
diatas tanah. Maksudnya fosil ini berada didalam rimbunan buluh yang hidup..
Ada juga sebahagiannya dalam sebatang buluh separuh batu (fosil) manakala
sebahagiannya masih lagi dalam bentuk buluh biasa.Terdapat pelbagai warna yang
menarik pada tasbih dengan penuh warna warni.. Saya boleh katakan pada
tasbih ini ibarat lengkap sebuah negara. Ada raja, menteri, panglima, hulu
balang, perubatan, askar dan lain-lain.. Banyak kisah-kisah yang ganjil dan
aneh semasa dalam usaha mencari dan mengambil fosil buluh ini. Mungkin jika ada
masa dan dipanjangkan umur akan keluar kisah berkaitan buluh. Fosil buluh ini
dicanai dan ditebuk dijadikan sebiji-sebiji tasbih.. Setiap satu buluh ini
sangat keras untuk ditebuk lubang.Untuk menebuk satu fosil buluh memerlukan
tidak kurang 3 bilah 'mata penebuk jenis berlian' bahkan ada yang ditebuk
lubang sampai 10 mata penebuk terpaksa digunakan. Kebanyakkan mata penebuk
cepat menjadi tumpul atau patah.. Kebiasannya jika sejenis kayu atau buluh
dapat mengalahkan kekuatan atau ketajaman besi (seperti buluh ini) biasanya
dengan izin ALLAH jika sentiasa dibuat zikir semua jenis besi akan lemah
atau tunduk bila berhadapan dengan kita. Walaupun ketika itu tiada tasbih
disisi kita. Kerana aura buluh pada tasbih telah diserap oleh tubuh badan kita.
Untuk makluman 99 jenis fosil buluh dibahagian makmun (biji) manakala 1 jenis
fosil buluh dibahagian iman (kepala tasbih) Untuk makluman kepala tasbih dibuat
dari ‘raja buluh’. Jumlah semuanya 100 jenis fosil buluh.
ANTARA CAMPURAN FOSIL BULUH DIBUAT TASBIH
Posted by Muhammad at 1/11/2014 01:51:00 pm 2 comments
Labels: Koleksi Tasbih Fosil
Subscribe to:
Posts (Atom)