Monday, 3 February 2014
Teras kayu Terbaik Diantara Terbaik
ADMIN –
Sekadar berkongsi pendapat sahaja. Jika dibuat perbandingan diantara teras
gemunggal @ kilo, teras betik dan teras pisang gala, teras apakah yang terbaik?
Sudah tentu teras yang paling sukar
didapati itulah teras yang
terbaik. Dan telah menjadi hukum
alam bila teras itu lebih sukar didapati maka ianya yang paling banyak hikmah
serta sekaligus paling bernilai.
Ambo bagi contoh yang mudah difahami. Cuba tuan-tuan fikirkan. Jika dibuat
perbandingan yang mudah antara pokok gemunggal, pokok betik dan juga pokok
pisang. Sudah tentu batang pokok betik lebih lembut berbanding pokok gemunggal
manakala batang pokok pisang lebih lembut berbanding pokok betik. Perbandingan
teras pula sudah tentu teras pokok betik lebih sukar berbanding teras gemunggal
manakala teras pokok pisang lebih sukar berbanding teras pokok betik. Ini
disebabkan pokok pisang lembut dan berair. Sudah menjadi lumrah alam semakin
sesuatu batang pokok itu lebih lembut maka makin sukar pokok itu mempunyai
terasnya. Sudah menjadi lumrah dunia sesuatu yang sukar didapati lebih
berkhasiat atau lebih bernilai berbanding sesuatu yang banyak dan senang
didapati.
*Arwah bapa saudara Ambo sepanjang hidupnya
mengumpul lebih dari 3,500 jenis teras kayu dibuat tasbih (hampir penuh guni
beras)
*Tasbih ini dibawanya ketika masuk bersuluk atau
bertapa. Orang lain masuk gua pikul beg pakaian atau bekalan makanan manakala bapa
saudara Ambo pikul tasbih masuk gua.. Berat pulak tu..! Jika dibawa ke Masjid
rasanya Tok Imam dan Tok siak boleh terkejut dan cabut lari ha..ha.ha..
Kira-kira 30 tahun dahulu pernah ditawarkan untuk ditukar dengan seekor lembu
jantan..!
**Sekadar dibuat perbandingan diantara teras terbaik
*Untuk mendapatkan teras betik asli 100
kali ganda lebih sukar berbanding teras gemunggal @ kilo asli
*Untuk mendapatkan fosil
teras betik asli 100
kali ganda lebih sukar berbanding teras
betik asli
*Untuk mendapatkan teras
pisang gala asli 100 kali ganda
lebih sukar berbanding teras
betik asli
#Kesukaran untuk mendapatkan teras asli 1000
kali ganda lebih sukar berbanding teras
palsu
##Biasanya teras terbaik jika dibuat tasbih akan
dijadikan imam (kepala tasbih). Fosil teras pisang gala dijadikan kepala tasbih
arwah bapa saudara Ambo dimana makmunnya berjumlah 3,500 jenis pelbagai teras
kayu
###Biasanya untuk membuktikan yang asli kita gabungkan
antara teras dan induk biasanya pusaran dan urat kayu adalah sama. Juga dalam
bentuk bongkah asal.
GAMBAR TERAS PISANG GALA JADI BATU (FOSIL)
Posted by Muhammad at 2/03/2014 12:50:00 pm 1 comments
Labels: Sekadar Renungan
Sekadar Renungan
Dahulu arwah bapa saudara Ambo ada menceritakan
sesuatu kisah yang pernah berlaku didalam kampungnya. Bapa saudara Ambo yang
dipanggil Pak Da menceritakan dimana kisahnya bermula bergini. Terlebih dahulu
apa yang Ambo paparkan disini hanyalah bersifat berkongsi sahaja. Kisah ini
berdasarkan kisah benar. Kisah ini telah lama berlaku iaitu pada zaman
penjajahan Inggeris, kira-kira lebih dari 50 tahun yang lalu sebelum negara
kita menyambut kemerdekaan. Dimana pada zaman itu kezaliman komunis berleluasa
diserata tempat. Kisahnya seingat Ambo lebih kurang begini. Pada pagi itu
seperti biasa, pada waktu subuh kelihatan beberapa orang penduduk
menunaikan sembahyang subuh secara berjemaah disebuah surau yang terletak
dipenghujung kampung. Dan seperti biasa juga selepas berwirid dan berdoa maka
berangkatlah jemaah ini pulang kerumah masing-masing. Tinggallah seorang imam
tua seorang diri membersihkan surau itu disamping melipat sejadah. Sudah
menjadi rutin hidup berliau, dialah imam dan dia jugalah tok siak. Surau ini
sebenarnya dibina dari hasil titik peluhnya sendiri dan mewakafkan untuk
kegunaan orang kampung diatas sebidang tanah miliknya. Selepas membersihkan
surau itu maka berliau pun menutup pintu surau untuk pulang kerumahnya
kira-kira 100 meter dari rumahnya. Tiba-tiba sebaik berliau melangkah kaki
memijak anak tangga maka kedengaran bunyi tembakan bertalu-talu. Dan bunyi
tembakkan ini memekakkan telinga, seolah-olah dekat sahaja. Rupa-rupanya
disebalik semak berhadapan dengan surau itu kelihatan beberapa orang komunis
sedang menembak kearahnya. Maka bergemalah bunyi tembakkan bertalu-talu memecah
keheningan pagi. Kalau mengikut asbab sepatutnya Tok Imam ini mati atau
sekurang-kurangnya cedera parah akibat tembakkan peluru yang bertalu-talu
kearahnya. Namun apa yang berlaku diluar kotak pemikiran kita, lansung tiada
kesan peluru atau terkena tembakan pada tubuh berliau. Malah kelihatan banyak
butir peluru jatuh berselerakkan disekitar kaki Tok Imam ini. Seolah-olah
peluru ini disekat oleh sesuatu yang ghaib.
TERAS PISANG GALA
Posted by Muhammad at 2/03/2014 12:06:00 am 0 comments
Labels: Sekadar Renungan
Subscribe to:
Posts (Atom)