Assalamualaikum. Disini Ambo ingin
berkongsi kisah yang telah berlaku beberapa tahun yang lepas. Dimana
kisah benar ini berlaku disebuah negeri di Pantai Timur. Nama orang yang
terlibat serta nama tempat terpaksa dirahsiakan untuk kebaikkan kita bersama.
Semoga kita bersama mengambil ikhtibar dan membuka pintu hati. Serta
untuk kita lebih berfikir dan merenung selayaknya sebagai hamba dan ALLAH S.WT
adalah KHOLIK (PENCIPTA). Menurut seorang hamba ALLAH, kita ini hanya manusia
biasa bersifat lemah serta ilmu kita juga sedikit dan terbatas. Dan ilmu serta amal ibadat kita juga sangat kerdil jika
dibandingkan dengan alim ulamak pada zaman dahulu.. Sedangkan pada zaman alim
ulamak terdahulu pernah memberi perumpamaan ‘celup hujung jari telunjuk
dilautan maka air yang melekat pada jari itu maka itulah sekadar ilmu kita’.
Itu perumpamaan alim ulamak pada zaman dahulu, mungkin pada zaman kita ‘sehelai
rambut dibelah 7 dan rambut yang dipotong itu dicelup hujungnya pada lautan
maka air yang melekat pada hujung rambut, itulah ilmu kita. Bahkan mungkin
lebih sedikit daripada itu.
Kisah ini bermula begini, sudah
menjadi rutin seorang hamba ALLAH ini melakukan kerja-kerja membuat tasbih dan
mencanai batu permata, bahkan kerja ini telah dilakukan lebih dari 15 tahun
yang lalu. Batu permata serta teras kayu ini dicarinya sendiri dengan
menjelajah serata bukit di Semenanjung Malaysia serta negara jiran. Bukannya
hamba ALLAH ini tidak mahu beli teras kayu pada orang lain tetapi baginya
berliau lebih berpuas hati dan lebih diyakini akan keasliannya. Baginya biarlah
susah sedikit tidak mengapa, lagipun kerja-kerja mencari teras kayu dan permata
ini telah dilakukan lebih dari 18 tahun. Seingat-ingat berliau semenjak berumur
18 tahun lagi berliau telah meredah bukit bukau. Berliau hanya pergi seorang
diri dan pekerjaan ini sudah menjadi sebati dalam hidupnya. Hamba ALLAH ini
tidak mahu bercampuran teras kayu yang asli dan yang palsu.
Takdir ALLAH S.W.T pada
suatu petang dikala hamba ALLAH ini sedang menyiapkan seutas tasbih, datanglah
4 orang lelaki ke pondok tempat berliau berkerja. Dilihatnya salah seorang dari
4 lelaki ini pada pandangan berliau berumur lingkungan 60an manakala 3 orang
lagi dalam anggaran 30an. orang tua ini yang berjubah dan berserban serta
memegang tasbih ini pastilah seorang yang hebat jika dinilainya dari segi
berpakaian. Sedangkan hamba ALLAH ini hanya berpakaian t shirt dan berkain
pelekat lusuh. Maka orang tua ini pun memperkenalkan dirinya sebagai
seorang guru manakala 3 orang pemuda dibelakang adalah anak muridnya.
Orang tua ini terus bercerita dan banyak yang diceritakan tentang kehebatannya.
Orang tua ini juga menceritakan anak muridnya beratus-ratus orang serta berada
diserata negara. Telah ramai orang yang datang mencarinya untuk dibuat guru.
Untuk membuktikan bahawa berliau adalah seorang yang hebat maka orang tua ini
pun membuat demontrasi dimana diambilnya sebilah golok dan ditetaknya
dibahagian lengan bertalu-talu.. Tidak cukup dengan itu berliau menyuruh salah
seorang anak muridnya menetaknya diserata anggota badannya sehingga golok ini
akhirnya patah dua. Tidak cukup dengan itu orang tua ini menyingkap
kehidupan hamba ALLAH yang berada dihadapannya ini satu persatu. Seolah-olah
segala rahsia hidup hamba ALLAH ini didalam koceknya sahaja.
Orang tua ini turut
menyatakan ‘berliau adalah salah seorang wali ALLAH dan keistimewaan ini
hanyalah sedikit sahaja yang ditunjukkan serta kasyaf ini diberikan oleh ALLAH
S.W.T’. Dan semua perkataan yang keluar dari mulut orang tua ini disahkan oleh
anak muridnya. Dan banyak lagi kisah kehebatan yang diperkatakan oleh
orang tua ini manakala hamba ALLAH ini hanya mendiamkan diri sahaja. Orang tua
ini akhirnya bertanya apakah berliau ingin menjadi anak muridnya..? Maka
disampuk oleh salah seorang anak murid orang tua ini, mengatakan berliau
beruntung kerana ditawarkan untuk menjadi anak murid sedangkan orang lain
terpaksa bersusah payah dahulu. Maka dijawabnya oleh hamba ALLAH ini,
berliau tidak berminat untuk berguru. Mendengar sahaja jawapan tersebut, orang
tua ini bagaikan tidak berpuas hati dan mungkin terasa malu akibat perlawaannya
ditolak oleh permuda ini. Maka berliau mengeluarkan satu hujah dan
pendapat mengenai sesuatu amalan. Orang tua ini menyatakan amalannya ini dari
kitab sekian-sekian dan telah ramai alim ulamak yang memperakui akan
kebenarannya dan ingin berlajar dengannya. Dan baginya amalan ini betul dan
wajib dipercayai.
Maka diajakknya hamba ALLAH
ini untuk berhujah dan berbahas pendapat dan sekiranya dia menang maka hamba
ALLAH ini perlu menjadi anak muridnya. Dan jika orang tua ini kalah maka orang
tua ini akan menjadi anak murid kepada hamba ALLAH ini. Maka anak murid orang
tua ini ketawa dan mengejek pada hamba ALLAH ini. Bagi mereka hamba ALLAH ini
hanyalah orang biasa yang tiada ilmu serta tiada keistimewaan lansung.. dan
tidak selayaknya menjadi lawan kepada gurunya. Maka selepas dicabar dan didesak
begitu maka hamba ALLAH ini akhirnya bersetuju untuk menerima cabaran tersebut.
Maka dijawab oleh hamba ALLAH ini untuk mengetahui siapa yang betul dan siapa
yang salah kita perlu mencari seorang hakim. Dan hakim ini akan memutuskan
siapa yang betul dan siapa yang dusta.. Maka orang tua ini serta anak muridnya
bersetuju. Tetapi masalahnya siapa yang akan menjadi hakim.? Sedangkan
kedudukan pondok ini diceruk jauh dari orang lalu lalang kerana kedudukkannya
jauh didalam kebun getah yang penuh dengan semak samun. Bahkan tapak bangsal
ini pula diatas kubur lama. Dan dengar cerita pernah beberapa orang yang
terjumpa harimau berkeliaran disekitar kawasan tersebut. Siapa yang ingin
datang ketempat macam ni..?
Maka dijawab oleh hamba
ALLAH, perkara ini senang saja untuk mencari hakim. Kita minta sahaja binatang menjadi hakim. Biarlah makluk
ALLAH yang pada sangkaan kita ‘tiada
akal fikiran serta tiada ilmu’ menjadi
hakim. Tetapi perlu diingat setiap binatang ada naluri yang dianugerahkan oleh
ALLAH S.W.T serta binatang juga tidak pandai berbohong seperti manusia. Ditanya pada orang tua ini jika orang tua ini
bersetuju dengan cadangan hamba ALLAH ini. Maka dijawab oleh orang tua ini,
kalau binatang lagi bagus kerana setiap binatang kenal akan dirinya. Kerana dia
adalah wali ALLAH dan mendakwa semua jenis binatang akan menjadi lemah dan takut
bila berhadapan dengannya.
Maka hamba ALLAH ini pun
lantas mengambil wudhuk dan sembahyang sunat hajat 2 rakaat. Dipohon serta
didoakan kepada ALLAH S.W.T semoga dihadirkan atau mengutuskan seekor binatang
untuk menjadi hakim bagi menyelesaikan masalah tersebut. Tidak sampai 2 minit
selepas hamba ALLAH ini berdoa, maka terjun turunlah seekor ular tedung selar
sebesar paha orang dewasa dan sepanjang 2 depa dari pokok durian yang
berhadapan dengan bangsal hamba ALLAH ini. Dan yang anehnya ular ini memanggungkan
kepalanya serta berada ditengah-tengah kedudukkan mereka. Maka hamba ini
menghampiri ular ini dan memberi salam, 'Assalamualaikum'. Hamba ALLAH ini
meminta ular ini menjadi pengadil kepada permasaalahan mereka.
Maka hamba ALLAH ini pun mengadap ular dan menerangkan perkara-perkara yang
diperkatakan oleh orang tua tersebut dan diakui oleh orang tersebut yang
bergelar guru. Dan jika ucapan orang tua itu betul dan hamba ALLAH ini salah
maka dia ( hamba ALLAH ) rela menerima hukuman dan meminta ular itu menelannya
hidup-hidup. Baginya tiada gunanya hamba ALLAH ini hidup jika berliau hidup
dalam kesesatan. Sejurus sahaja hamba ALLAH ini selesai menuturkan perkara
tersebut maka sepantas kilat ular ini menerkam dan menyembur bisa ular kepada
orang tua yang mengaku guru tersebut. Maka menggeleparlah orang tua tersebut
serta menjerit kesakitan. Dan jelas kelihatan seluruh bahagian muka dan leher
penuh dengan gelembung-gelembung bisa dan muka pucat kebiruan serta tidak sedarkan
diri. Maka menjerit dan menangislah anak murid orang tua tersebut. Anak murid
orang tua ini merayu serta memohon ampun dan maaf kepada pemuda ini serta
memohon jasa baik untuk mengubati guru mereka. Maka
dijawablah oleh hamba ALLAH ini, bawalah orang tua ini ke hospital dan perkara
ini berlaku adalah kerana kifarah dari ALLAH S.W.T. Dan hamba ALLAH ini juga berpesan ‘jika kita sesat
janganlah kita menyesatkan atau mengheret orang lain untuk sesat sama..!
Walaubagaimanapun hamba ALLAH ini menyerahkan segala urusan kepada ALLAH S.W.T.
Wallahualam
ADMIN – Sekadar renungan kita
bersama. Janganlah kita mudah berprangka buruk kepada saudara seagama dengan
kita. Mungkin kita tidak sependapat tetapi kita tetap sembahyang arah kiblat
yang sama.