Tuesday, 14 January 2014
Mata Lembing
Baik pada pagi yang berkat ini untuk
permulaan sempena tahun baru ini, Ambo ingin berkongsi kisah yang benar-benar
berlaku.. dimana Ambo bagi tajuk ’Kisah
Besi’. Kalau diikutkan sebenarnya terlalu banyak
kisah-kisah mengenai besi atau rahsia disebalik besi. Nanti Ambo akan ceritakan
dari masa ke semasa sekiranya dipanjangkan umur.. Kisah ini terlintas difikiran
bila Ambo melintas atau lalu dihadapan gunung ini ketika dalam perjalanang
balik ke Pulau Pinang. Kisah ini sering bermain dikotak fikiran cuma kekangan
masa yang tidak mengizinkan.
Untuk pengetahuan tuan-tuan sebenarnya tempat dimana
gunung ini berada sebenarnya berasal dari sebuah kampung. Menurut kisahnya
kerana penduduk kampung ini telah membuat perkara yang dimurkai oleh ALLAH
S.W.T maka kampung ini telah dicampakkan (ditimpa) sebuah gunung diatasnya oleh
ALLAH S.W.T. Maka ramailah penduduk kampung ini telah meninggal dunia akibat
ditimpa gunung ini. Maksudnya disini pada asalnya tempat ini tiada gunung.
Menurut maklumat pakar kaji sejarah dan akelogi gunung ini sememangnya tidak berasal
dari sini berdasarkan jenis batu dan bentuknya adalah mustahil gunung ini pada
asalnya ditempat ini. Setelah dikaji dan diukur maka dapat diputuskan
bahawa sebenarnya gunung ini sebenarnya berasal dari sebuah negeri yang
berjiran.. Manakala tempat dimana asalnya gunung ini telah menjadi lubang dan
pada hari kini telah menjadi sebuah kolam.
Diceritakan peristiwa ini telah berlaku lebih
dari 500 tahun yang lalu.. Fuh.. dah jadi ahli sejarah pulak dahh...!! Hi..hi..
jangan marre..! Tuan-tuan sabar ajerlah ye.. Untuk makluman tuan-tuan
sebenarnya terdapat sebuah masjid yang sangat berdekatan dengan gunung ini.
Ambo pernah bertanya kepada beberapa orang tua yang Ambo jumpa diperkarangan
masjid, ‘ada tak orang yang masuk bertapa atau bersuluk didalam gua itu..?’
(merujuk gunung tersebut) menurut mereka ada yang pernah masuk tetapi tidak
tahan akibat terlalu banyak gangguan makluk halus, ada yang pernah melihat ular
rasaksa, bahkan ada yang menjadi gila selepas keluar dari gua tersebut..
Terpaksa pula dibawa berubat.. Menyebabkan orang takut dan tidak lagi berani
untuk masuk kedalam gua tersebut..
Baiklah Ambo ringkaskan cerita, kisahnya lebih
kurang begini. Pada suatu hari ada seorang Hamba ALLAH ini telah mendapat
alamat mimpi untuk masuk bertapa didalam salah satu gua yang terdapat dalam
gunung tersebut (terdapat 5 buah gua kesemuanya) Setelah hampir 3 bulan hamba
ALLAH ini bertapa maka pada suatu malam berliau telah terlelap seketika. Ketika
didalam mimpi digambarkan berliau telah melihat seorang perempuan tua datang
kepadanya dan memberi salam. Dikisahkan jelmaan perempuan tua ini telah memberi
tahu bahawa berliau adalah salah seorang ‘wali ALLAH’ yang hidup ribuan tahun
dahulu. Kerana banyak beramal maka ALLAH telah memilihnya menjadi salah seorang
wali ALLAH. Menurut perempuan tua ini lagi jika tidak percaya kepadanya,
hamba ALLAH ini boleh bertanya kepada ALLAH S.W.T. Kehadirannya adalah untuk
mengajar ilmu kepada hamba ALLAH ini.
Hamba ALLAH ini tersedar dari mimpi. Dan seketika
kemudian menjelmalah seorang wanita tua memegang tongkat seperti dalam mimpinya
tadi. Dilihatnya rupa paras perempuan tua ini sangat elok dan tiada cacat. Maka
mengakulah perempuan tua ini kehadirannya adalah untuk mengajar ilmu kepada
hamba ALLAH ini. Menurut perempuan tua ini ilmunya adalah kepunyaan ALLAH dan
telah tiba masanya untuk berliau menurunkan ilmunya kepada hamba ALLAH ini.
Tetapi hamba ini tidak mudah percaya apa yang
dilihatnya. Maka berdoalah kepada ALLAH S.W.T semoga berliau terlindung dari
tipu daya syaitan. Maka dengan tiba-tiba datanglah satu cahaya putih merempuh
kearah jelmaan perempuan tua ini. Maka menjeritlah perempuan tua itu akibat
kesakitan dan tercampak kedinding gua dan ghaib dari pandangan.. Maka
sujud syukurlah hamba ALLAH ini kehadrat ALLAH S.W.T. yang Maha Pengasih.
Tiba-tiba permukaan tanah didalam gua bergegar dan merekah. Seketika kemudian
hamba ALLAH ini melihat berupa sebatang besi bercampur dengan tanah
terbang naik diatas permukaan tanah. Maka diambil oleh hamba ALLAH ini.
Setelah tamat pertapaan, maka hamba ALLAH ini bertolak
pulang kekampung halamannya. Setelah dibersihkan dan dicuci serta dibuang
segala tanah dan bahan-bahan lain yang melekat pada besi ini maka terselah
‘sebatang mata lembing lama’. Kelihatan jelas pamor besi pada mata lebing
sangat tua dan berlubang-lubang ibarat kayu buruk didalam tanah. Menurut hamba
ALLAH ini, lembing ini pada asalnya turut tertanam dan tertimbus lebih
dari 500 tahun akibat dicampakkan gunung diatasnya. Menurut hamba ALLAH
ini telah ramai orang yang masuk bertapa didalam gunung ini yang telah menjadi
mangsa tipu daya syaitan itu. Telah lama syaitan itu bermaharaja lela didalam
gunung tersebut. Walaubagaimanapun ingatlah ALLAH itu MAHA BERKUASA.
ADMIN – Sekadar berkongsi pendapat. Mata lembing ini
tidak perlu diperasap atau lain-lain. Cuma mata Lembing ini sangat disyorkan
diletak atau digantung didalam bilik tempat kita solat. Boleh juga jika kita
mengaji AL QUR’AN lembing ini diletakkan disebelah kanan kita. Supaya aura
ketika kita solat, berzikir atau dikala
kita mengaji AL QUR’AN diserap pada besi. Mengapa..? Pastilah ada rahsia disebalik tujuan ini...
Apapun segala amal ibadat kita hendaklah dibuat dengan ikhlas dan hanya kerana ALLAH S.W.T. KERANA DIALAH YANG MAHA PENCIPTA DAN MAHA BERKUASA ATAS
SESUATU. Kita hanya mampu sekadar
ikhtiar dan tawakkal sahaja. Wallahualam...
Status : Tawaran Dibuka
***HULU BARU***
Posted by Muhammad at 1/14/2014 02:00:00 pm 0 comments
Labels: Koleksi Mata Lembing
Sumbu Badak Jadi Batu
Fosil Sumbu badak purba dalam bentuk asal. Berat
dianggarkan lebih 5kg. Fosil ini dianggarkan berusia jutaan tahun. Boleh semak
harga sumbu badak dikedai ubat orang cina. Termasuk dalam kategori ubat yang
tinggi nilainya. . Biasanya harga mengikut timbangan auns. Tetapi harga
kami macam biasa, masih dibawah harga pasaran. Walaupun telah berubah
sifat menjadi batu bila dicanai ada kadang-kadang masih lagi terbau hanyir.
Boleh ditempah samada dijadikan cincin, loket, gelang, dan lain-lain. Dengan
izin ALLAH S.W.T dapat dijadikan jalan ikhtiar sekadar penawar perubatan.
Tawaran dibuka melalui rundingan harga.
Status : Tawaran Dibuka
Posted by Muhammad at 1/14/2014 08:14:00 am 0 comments
Labels: Koleksi Fosil
Subscribe to:
Posts (Atom)