Sunday, 23 February 2014
Kelapa Buta Dan Bisu Menjadi Batu.
Antara koleksi rare yang turut dicari
oleh pengumpul koleksi teras. Yang anehnya tentang kelapa ini, setelah dibelah
dua didalamnya hanya terdapat berupa sabut kelapa sahaja. Maksudnya disini
tiada tempurung atau tanda-tanda adanya tempurung. Ataupun orang Kelantan
memanggilnya ‘nyor komeng’ atau sesuai dipanggil 'sabut kelapa buta dan bisu'. Tapi nyor komeng ini bukan sebarangan nyor selain ianya
telah berubah menjadi batu juga tergolong dalam kelapa yang sangat sukar dicari
iaitu ianya buta dan tiada mulut. Ibaratnya sudahlah buta, bisu pulak tu.
Setelah dicanai dijadikan permata kelihatan warna dan coraknya tak ubah seperti
‘ urat dan warna kelapa sabut muda’. Sebenarnya jika hendak diceritakan
mengenai ‘nyor komeng istimewa’ ini ianya bermula ketika mahu
mengambilnya lagi.
Sebenarnya sudah terlalu ramai orang yang menjumpainya
didalam gua dan berhajat untuk membawanya pulang ke rumah. Tetapi masalahnya
setiap kali dibawa sahaja melintasi pintu gua, maka orang yang mengambilnya
akan hilang pandangan dan menjadi buta. Dan apabila kelapa ini diletak diatas
tanah maka pandangan mata mereka menjadi pulih seperti sediakala. Dan akhirnya
kelapa ini dipulangkan dan diletak ditempat asal dijumpai. Begitulah yang akan
berlaku setiap kali ada yang ingin mengambilnya atau membawanya pulang. Tetapi
yang kebiasaannya yang sering berlaku kelapa istimewa ini ghaib atau hilang
pada pandangan umum..!
Sebenarnya jika hendak diceritakan satu persatu
mengenai kisah 'kelapa istimewa' ini panjang kisahnya. Ambo telah ringkaskan
seberapa yang boleh. Dan sudah semestinya kelapa ini mepunyai keistimewaan
tersendiri. Kerana setiap sesuatu kejadian yang dijadikan ALLAH S.W.T. pasti
akan mengandungi suatu rahsia padanya. Ibaratnya kita melihat orang buta dan
bisu. Mungkin pada pendapat kita mengikut akal biasa mungkin kita mengangapnya
cacat dan kurang sempurna. Tetapi perlu diingat, kadang-kadang orang yang buta
dan bisu itu adakalanya lebih bijak akalnya serta hatinya lebih cerah
berbanding kita yang sempurna fizikal. Bahkan jika mereka redha akan ketentuan
ILAHI maka peluang mereka untuk ke syurga adalah lebih cerah berbanding dengan
diri kita yang celik dan boleh bercakap. Sekadar renungan bersama..
Menurut
pendapat mereka yang arif, dengan izin ALLAH S.W.T kelapa buta dan bisu ini dapat
dijadikan sekadar jalan ikhtiar jika disimpan didalam rumah maka akan terselamat
dari kecurian. Jika dipakai dibuat cincin jika berhadapan dengan musuh maka
akan hilang pada pandangan musuh. Jika musuh berhadapan kita maka akan terkunci
mulutnya. Apapun senantiasa berserah diri kepada ALLAH. Dan kita menyerahkan
segalanya dan kuasa muttlak hanya kepada ALLAH S.W.T yang Maha
Berkuasa. Kita hanya mampu sekadar ikhtiar dan tawakkal sahaja.
Walaubagaimanapun perlu diingatkan, jika kita membuat sesuatu pekerjaan yang
menyalahi hukum syarak atau menzalimi manusia maka kita akan binasa akhirnya.
Sekiranya tuan-tuan berminat kami bersedia menerima tempahan samada dijadikan
cincin. permata, loket, gelang, tasbih dan lain-lain yang sekadar yang kami
mampu.
SELEPAS DICANAI DIJADIKAN PERMATA
Posted by Muhammad at 2/23/2014 06:42:00 pm 2 comments
Labels: Koleksi Fosil
Subscribe to:
Posts (Atom)