Wednesday, 12 March 2014
Cincin Akik Yaman Hijau
Permata akik Yaman diambil dari salah satu negara Arab
yang terkenal dengan keindahan batu permata akik. Diklafikasikan dalam gred A
warna hijau seolah berkaca. Batu akik yaman bersaiz mega telah ditempah oleh
Tuan Zahidy dari Kuantan,Pahang. Permata akik Yaman diikat dengan cincin perak
tangkai kendi serta kuku suasa hasil kerja pertukangan tukang Kelantan.
Permata ini sedang digilapkan untuk mendapatkan hasil yang terbaik serta
dikecilkan saiz cincin 17 sebagaimana permintaan tuan. Dan pihak kami telah pos
laju no.rujukan EF23485459 5MY.Sekiranya terdapat apa-apa masalah terhadap ‘item’ yang dipos diminta sms/what appas atau hubungi saya terus. Jutaan terima kasih kami ucapkan atas kepercayaan pihak tuan kepada pihak kami. Dan kami mendoakan semoga tuan sekeluaga dipermurahkan rezeki oleh Allah S.W.T. Amin
Posted by Muhammad at 3/12/2014 08:51:00 am 0 comments
Labels: Koleksi Cincin
Gelang Kayu Cintamani Emas Dan Hitam
Gelang Cintamani hitam @ akar bahar hitam digabungkan
dengan 2 cintamani emas @ bahar emas dijadikan satu gelang. Tawaran harga
dibuka untuk rundingan harga.
Admin : Teringat masa sekolah rendah dulu terpilih antara seorang pemantun harapan didalam kelas. Tapi apa boleh buat, suara gagap menjadi halangan. kalau ikutkan dari kotak suara dah kedengan bak buluh perindu..! Hi..hi..hii.. Ambo cuba buat pantun sekadar mengingatkan kembali noltalgia kenangan lama. Sekadar pantun merapu lagi merangkak.. Harap ada kawan-kawan yang pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa dari tahun 1982 hingga tahun 1987... jika teringat boleh menghubungi Ambo. Apa khabar mereka ketika ini...?

Meneropong makrifat disebalik awan,
Menunaikan sembahyang dialam fana,
Nuri hilang dari sekawan,
Menjauh diri dihujung sana,
Selamat diri dalam gemgaman,
Angkara gagak hitam sidurjana.
Status : Tawaran Dibuka
Posted by Muhammad at 3/12/2014 08:27:00 am 0 comments
Labels: Koleksi Gelang
Subscribe to:
Posts (Atom)