Wednesday, 6 November 2013
Kisah Dan Tauladan - 3
ADMIN –
Ambo ada lagi satu cerita ..He..he..Tetapi apa yang paparkan dalam blog ini
adalah kisah benar. Bukan Ambo imiginasi kemudian buat-buat cerita. Sekadar
untuk makluman, cerita yang Ambo karang disini hanyalah bersifat berkongsi..
Maklumlah Ambo ni dah tua, dah tentu ada sedikit cebisan cerita dari pengalaman
hidup Ambo.. Samada melalui pengalaman Ambo sendiri atau dari kawan-kawan. Kali
ini Ambo nak cerita mengenai
‘kasut’ Laa.. kasut pulak..
Ambo sendiri pun tak tahu nak letak tajuk apa weh.. Bagi Ambo tajuk tidak
penting tetapi pedoman dan ikhtibar cerita yang penting.. Cerita ini berlaku
beberapa belas tahun yang lepas.Kisahnya begini, ada seorang Hamba ALLAH telah
pergi ke Kuala Lumpur. Niatnya dihati ingin melihat pembangunan dan
suasana DiKuala Lumpur yang digahkan oleh orang bandar. Maka pada suatu pagi
sampailah Hamba ALLAH ini diIbu Kota. Sambil berjalan seorang diri sambil
melihat suasana sekeliling.
Akhirnya Hamba ALLAH ini masuk kedalam salah satu
jenama butik kasut yang terkenal dari Barat. Dilihatnya didalam kedai itu penuh
dengan pelbagai bentuk kasut. Ada bermacam-macam jenis.. Dipandang kasut yang
dipakainya. Hamba ALLAH ini teringat semasa berliau membeli kasut bundle dikaki
5 berharga RM20. Diteliti kasutnya ada sebahagiannya yang mula rosak dan
koyak.. Dipandangnya sekeliling kedai didapati seorang lelaki Cina tua yang
pada anggarannya Pemilik butik tersebut. Juga berliau terpandang beberapa orang
pekerja sedang bersembang sesama sendiri berdasarkan pakaian seragam berlogo
jenama kedai itu
Maka terfikir olehnya mungkin kerana dia berpakaian
selekeh maka kehadiran berliau dikedai itu seoah-olah tidak wujud.. Maklum saja
butik kasut berjenama terkenal Eropah pasti orang sepertinya tidak layak dan
tidak mampu membelinya.. Tambahan pula tauke cina itu berbisik kepada
pekerjanya sambil menjeling kearahnya.. Hamba ALLAH ini faham bisikkan dan
jelingan dari tauke kedai bersama pekerjanya. Tambahan pula terdengan hilaian
ketawa pekerja tersebut sambil menjeling kepadanya..
Maka HAMBA ALLAH ini hampir kearah mereka dan bertanya
berapakah harga kasut yang berada didalam cermin yang diletakkan ditempat khas
itu. Maka dijawab oleh tauke kedai tersebut bahawa kasut itu adalah yang
termahal dalam butik berliau. Harganya hampir mencecah RM20,000.(20 ribu
ringgit) Dan tauke itu memberitahu kasut ini hanya boleh dipakai oleh ‘orang
kaya atau bergelar jutawan’sahaja. Maka Hamba ALLAH ini bertanya
dimanakah arah Bank. Hamba ALLAH ini memberitahu dia akan datang sekejap lagi
untuk menebus kasut ini selepas urusan dibank selesai..
Dipendekkan cerita setelah selesai urusan Bank berliau
terus pergi kekedai tersebut kerana telah berjanji untuk menebus kasut
tersebut.. Maka dikeluarkannya duit untuk menebus kasut tersebut.. Maka
terkejutlah tauke kedai dan para pekerja kedai tersebut. Kerana sepanjang hidup
berliau berniaga kasut lebih dari 30 tahun jika ada orang kaya atau jutawan
ingin membeli kasut dikedainya pasti akan ada proses pengurangan atau diskaun
harga. Tetapi Hamba ALLAH ini bukan sahaja membayar secara tunai tetapi tanpa
meminta pengurangan harga walaupun sesen.. Tercengang seketika tauke pemilik
butik tersebut..Hish baginya tidak masuk akal..
Setelah selesai urusan pembayaran kasut dikedai
tersebut maka berjalan keluarlah Hamba ALLAH ini. Maka berjalanlah ia menuju
kekedai makan untuk menghilangkan lapar dan dahaga. Ketika beliau menunggu
makanan yang dipesan tiba, maka datanglah seorang tua peminta sedekah berjalan
kearahnya.. Orang tua pengemis ini memberi salam kepada Hamba ALLAH ini. Maka
Hamba ALLAH INI menpelawa pengemis ini makan bersamanya.
Pengemis ini bertanya apakah bungkusan yang dibawa?
Maka dijawabnya Hamba ALLAH ini didalam bungkusan ini terdapat sepasang kasut..
Peminta sedekah ini bertanya bolehkah kasut ini dihadiahkan kepadanya. Kerana
menurut peminta sedekah ini, dia sudah lama tidak merasai memakai kasut dan
berjalan hanya dengan kaki ayam. Maka Hamba ALLAH melihat kaki pengemis yang
pecah dan terdapat kesan luka akibat berjalan tanpa memakai alas kaki. Pengemis
ini memberitahu dia akan memakai kasut ini hanya dijalan kebaikkan dan
memintanya kerana ALLAH. Maka tanpa berfikir panjang Hamba ALLAH ini lantas
menghadiahkan kasut baru yang berjenama terkenal dari barat berharga
puluhan ribu ringgit itu kepada peminta sedekah itu.. Lantas peminta sedekah
ini terus memakai kasut pemberian ini dan terus berjalan dan hilang dalam
kesibukkan orang ramai..
Posted by Muhammad at 11/06/2013 10:51:00 am 0 comments
Labels: Kisah Dan Tauladan
Gelang Zamrud Columbia
Posted by Muhammad at 11/06/2013 08:27:00 am 0 comments
Labels: Koleksi Gelang
Gelang Zamrud Columbia
Posted by Muhammad at 11/06/2013 08:25:00 am 0 comments
Labels: Koleksi Gelang
Subscribe to:
Posts (Atom)