Tuesday, 28 October 2014
Permata Ikhtiar 7
Semenjak dulu lagi saya banyak menerima pertanyaan serta tempahan untuk
dijadikan pakaian selain bacaan AL QUR’AN
untuk dijadikan jalan ikhtiar sebagai pendinding makluk halus. Kelewatan
untuk mengeluarkan permata khas untuk mengelak dari terkena gangguan kerana
kesukaran untuk mendapatkan beberapa barangan. Alhamdulillah setelah berusaha
sekian lama mencari beberapa tahun akhirnya barangan yang sukar itu telah
berjaya dimilik. Sebenarnya saya sekarang ini dalam usaha memproses menjadikan sebiji permata khusus
untuk dijadikan sekadar jalan ikhtiar dengan izin ALLAH SWT untuk mengelakkan
dari terkena gangguan makluk-makluk halus seperti saka keturunan, terkena
sihir, pukau, terdapat gangguan semasa tidur, terdapat bekas gigitan atau
lebam-lebam yang tidak munasabah disyaki dari makluk halus, pernah histiria,
mengelak dari histiria atau dirasuk, pukau, gangguan dari dalam dan luar rumah,
terdapat seperti bayangan lintasan sekitar rumah, sawan tangis, sering melihat
gangguan yang menakutkan, sering berdebar-debar, pendinding dari gangguan makluk
halus, mereka yang menjadikan cincin, keris, geliga dan lain-lain sebagai
koleksi, jika terdapat dalam rumah barangan seperti besi, batu, minyak dan
lain-lain yang berpuaka atau menganggu kita, meneutralkan atau membuang aura
negatif atau anasir jahat sekitar dalam rumah. Ini berdasarkan perhatian saya.
Hasil dari 7 jenis barang maka terhasil sebiji permata yang sangat disyorkan
dipakai selain dari bacaan AL Qur’an yang wajib diamalkan. Item tersebut
seperti
1-
Batu Petir Asli 7 jenis
Permata batu litar digabungkan dari 7 jenis batu petir api. Senjata
yang digunakan oleh malaikat untuk memanah iblis dan syaitan
2-
Kayu Penunduk Jin
Untuk menunduk, menglemahkan dan menghalau makluk berupa jin dari
menganggu kita
3-
Kayu Penunduk Makluk Halus
Untuk menunduk, menglemahkan dan menghalau makluk berupa iblis dan
syaitan dari menganggu kita
4-
Kayu Pembuang Saka
Untuk menunduk, menglemahkan dan menghalau makluk berupa saka
seperti hantu raya, pelesit dan lain-lain saka keturunan dari menganggu kita
5-
Cintamani
Mengelak, menunduk dan melemahkan makluk halus dari bangsa jin
yang bertukar atau menyerupai ular
6-
Besi Mengelak Gangguan
Menurut kitab lama terdapat sejeni s besi yang dapat dijadikan
jalan ikhtiar menjadi pendinding kepada sesuatu barangan yang dipuja seperti minyak dagu,
minyak mati terbunuh dan lain-lain.
7-
Besi 1000 Khasiat
Menurut kitab lama terdapat sejenis besi tua yang memberi hikmah
1000 macam khasiat kepada manusia sebagai pakaian diri.
@Antara perkara yang berlaku pada mereka yang pernah memakai
cincin ‘ikhtiar 7’ ini biasanya jika terdapat gangguan dalam tubuh kita akan
merasa pening, sakit kepala, berdebar-debar. Jika pernah termakan benda yang
tidak elok akan muntah, cirit birit. Jika pernah mengamalkan sesuatu yang tidak
elok atau terdapat saka dalam tubuh akan merasa pening, gementar, kerap sendawa,
mudah panas baran, merasa sesuatu yang ingin keluar dari tubuh.. . Mudah-mudahan dengan izin ALLAH SWT usaha
kita Berjaya. Perbanyakkan bersabar serta berdoa dalam berikhtiar. Wallahualam
Status : Alhamdulillah.. Telah Ditebus
Posted by Muhammad at 10/28/2014 05:00:00 am 0 comments
Labels: Koleksi Teras Kayu
Subscribe to:
Posts (Atom)