Sekapur Sirih
Setiap
ciptaan Allah swt mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan yang tersirat.
Sinaran matahari dan titisan hujan menyuburkan bumi yang tersimpan padanya
pelbagai rahsia yang unik. Kemudian dari pelbagai ciptaanNya itu disertakan
khasiat dan hikmah yang tersendiri. Tiada satu pun makhluk yang Allah ciptakan
di alam ini melainkan bersamanya turut tersimpan seribu satu rahsia.
Allah
swt memerintahkan manusia mencari dan mengkaji bagi mengetahui hikmah dan
khasiat yang terkandung di dalamnya. Dengan taufik dan hidayah-Nya, manusia
mampu berfikir dan mendapat petunjuk dalam usaha menerokai khazanah Allah swt lalu menemui
pelbagai hasil galian dan tumbuhan semulajadi yang
bermanfaat.
Nabi
s.a.w. pernah menyebut tentang madu lebah, bijirin hitam (Habbatus Saudak),
jintan hitam, jenis tanaman seperti 'assina' dan 'assinut'. Di dalam al-Quran
disebut 'at-tiin', 'az-zaytun', 'ar-rummaan', 'an-nahiil' dan sebagainya yang
merujuk kepada buah-buahan.
Kayu
koka merupakan salah satu cara perubatan tradisional yang digunakan pasa hari ini
dan termasuk dalam perubatan dalam jenis herba. Jika ia merupakan herba dan dilarutkan
atau dimasukkan dalam apa-apa adunan, mungkin sesuai untuk mengubati penyakit
tertentu.
Kaedah
ini merupakan salah satu kaedah yang
diharuskan kerana ada di dalam hadis-hadis Nabi s.a.w. yang merujuk kepada rawatan
penyakit secara memakan ubat. Ini juga termasuk di dalam kajian untuk dijadikan
ubat bagi menyembuhkan penyakit tertentu.
Di
sini saya ingin menegaskan agar barang-barang yang di jual di blog ini tidak
digunakan untuk sebarang perbuatan syirik atau khurafat.
Seperti mana yang kita tahu perbuatan syirik merupakan dosa yang tidak mungkin
diampumkan oleh Allah swt dan sama-sama lah kita semua menjauhinya. Sudah
menjadi lumrah hidup kita untuk hidup ingat-mengingati antara satu sama lain.
Tujuan
sebenar barang-barang ini di jual adalah demi tujuan untuk perubatan kita bersama dan di
sini juga saya ingin megingati kita semua
bahawa semua hikmah dan fadhilah barangan tersebut berlaku atas kehendak Allah
swt dan tiada kuasa lain pun yang mampu menandinginya.
Kesemua ciptaan Allah swt hanyalah merupakan perantaraan semata-mata dan Allah swt jualah yang berkuasa mutlaq atas segalanya. Yakin
dan berserah hanya kepada allah
swt selayaknya. Percaya dan
terokailah akan ciptaannya yang mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan .
Subscribe to:
Posts (Atom)