ADMIN - Disini Ambo ingin meceritakan mengenai ‘ kisah orang gila’. Semenjak Ambo datang berhijrah ke Pulau Pinang kerana kerja lebih kurang 13 tahun lepas. Terasa masa bergerak begitu pantas. Pejam celik pejam celik dah pun di penghujung tahun. Disini Ambo nak ceritakan mengenai “orang gila’ ataupun orang yang kita sangka tidak waras pada pemikiran kita. Dalam 7 tahun lepas Ambo kerap terjumpa dengan ‘lelaki ini’. Pada jangkaan Ambo umur lelaki ini lebih kurang 45 tahun berdasarkan rupa paras tubuh badan. Ambo kerap terjumpa ‘Hamba ALLAH’ ini ditepi-tepi jalan samada jalan besar mahupun jalan kampung. Dan adakalanya pernah dia merayau-rayau disekitar taman yang Ambo tinggal. Seperti biasalah bila sebut sahaja pasal orang ‘gila’ pastinya gelagat mereka tidak sama dengan kita yang waras.. Kerap bercakap seorang, ketawa seorang diri , pakaian kotor dan bau badan yang berbau dan lain-lain yang pada pandangan kita sesuatu perbuatan yang kurang waras..
Saturday, 9 November 2013
Kisah Dan Tauladan - 4

Ditakdirkan ALLAH SWT pada 2 tahun lepas Ambo terjumpa ‘Hamba ALLAH’ yang Ambo
sebutkan gila tadi berada diatas masjid. Eh Ambo rasa hairan..! Ambo perhatikan
dia kini sudah berpakaian baju melayu yang bersih, berkopiah putih yang bersih
dan rupa parasnya telah bersih dan tidak lagi berbau busuk.. Ambo perhatikan
“hamba ALLAH’ ini tidak lagi bercakap atau ketawa sorang-sorang. Pada pendapat
Ambo ini satu perubahan yang luar biasa.
Apa yang mengejutkan Ambo setiap kali Ambo pergi ke masjid ‘hamba ALLAH’ ini
telah pun berada dimasjid sambil berzikir. Tidak kira samada sembahyang
subuh,zohor dan solat-solat yang lain-lain pasti dia terlebih dahulu sampai
dimasjid terlebih dahulu dari Ambo.. Pernah pada suatu hari pada hari jumaat
Ambo pergi ke masjid dalam pukul 12 tengahari. Pada jangkaan Ambo pasti kali
ini Ambo akan sampai terlebih dahulu.. Alangkah terperanjatnya Ambo sebaik Ambo
sampai ‘Hamba ALLAH’ ini telah pun berada diatas masjid sambil tersenyum memandang
Ambo... Begitulah yang sering berlaku setiap kali Ambo menunaikan
sembahyang Masjid..
SUBAHANALLAH betapa besarnya Kekuasaan mu Ya ALLAH.. Terasa bertapa kerdilnya
hamba mu ini Ya ALLAH.. Terus Ambo masuk dan bersalam dengan Hamba ALLAH ini
dan bersembahyang disebelahnya.. Begitulah yang berlaku sejak tahun lepas
sampailah ke hari ini...!
Semenjak dari itu sering sahaja Ambo terlintas
difikiran ‘ Sebenarnya siapa yang sebenarnya gila..? Kita yang pernah
memanggilnya gila? Ataupun Orang yang gila itu gila? Ataupun kita ini lebih
gila daripada orang gila? Orang gila tidak pernah mengumpat orang, memandang
hina pada Makluk ALLAH yang lain, tidak pernah menaruh syak wasangka yang tidak
baik pada orang lain.. Kadang-kadang mudah benar kita menghukum orang lain.
Bila kita tengok pelik sedikit pada seseorang maka mudah benar hati kita
menuduh seseorang itu gila. Hish terasa betapa hinanya Ambo ini disisi ALLAH
SWT.. Terasa Ambo ini lebih gila dari orang gila itu tadi.. Ambo memohon keampunan
kepada ALLAH SWT. Semoga ALLAH SWT mengampunkan dosa-dosa Ambo dan tidak
memandang "Ambo gila" pada pandanganNYA...Amin
Posted by Muhammad at 11/09/2013 09:53:00 am 0 comments
Labels: Kisah Dan Tauladan
Subscribe to:
Posts (Atom)