Sunday, 19 January 2014
Cincin Perak Permata Zamrud
Permata zamrud columbia diikat perak saiz 15. Permata
zamrud columbia air kaca gred A dililit berlian swis sekeliling permata. Hasil
tangan pertukangan Tukang Penang. Tempahan dari sahabat dari Selangor. Tempahan
juga dibuka samada untuk dijadikan cincin,gelang, loket dan lain-lain.
Status : Alhamdulillah telah Siap
Posted by Muhammad at 1/19/2014 08:36:00 am 0 comments
Labels: Koleksi Cincin Wanita
Cincin Permata Besi Hyper Rare
Permata besi campur ‘ hyper rare’ telah siap dijadikan cincin. Tempahan
istimewa kuku suasa manakala bunga tebuk juga dari suasa. Cincin perak saiz 21.
Tempahan dari seorang sahabat dari Pulau Pinang telah pun siap. Cincin ini
hasil kerja tangan tukang kelantan.
ADMIN -
Sekadar berkongsi pendapat. Adakalanya untuk permulaan memakai cincin ini kita
akan rasa panas. Maksud panas disini kita akan menjadi mudah marah atau baran.
(tidak semua orang) Adakalanya kita akan rasa marah tanpa sebab. Antaranya
disebabkan mungkin ada sebahagian amalan kita bercampur elok dengan tak
elok, ada saka, ada sesuatu pemakaian kita yang tak elok, kita terkena buatan
orang atau kita pernah termakan, gangguan dari dalam tubuh kita, disantau dan
lain-lain. Tetapi ada juga setengah orang bersifat tenang sahaja ketika
memakainya. Tetapi ada juga sampai demam. Dengan izin ALLAH S.W.T dapat
dijadikan sekadar jalan iktiar bukan setakat khasiat yang saya ceritakan
sebelum ini, juga bertindak sebagai penawar berkaitan tubuh badan kita,
membaiki urat saraf, membuang gangguan yang tak elok, termakan dan
lain-lain lagi. Campuran besi ini juga termasuk bersifat penunduk
dan kita juga menjadi berani (maksudnya hati kita tidak mudah gementar). Banyak
lagi keistimewaan mengenai besi ini. Saya akan berkongsi dari masa ke semasa.
Menurut guru saya, sipemakai haruslah sentiasa bersabar dan cuba mengalahkan
sifat panas besi. Cincin ini perlu dipakai secara berterusan dan kalau boleh
senantiasa dipakai dijari untuk mendapat hikmah besi. Seperti juga kaedah jika
kita menuntut ilmu, jika kita berjaya mengalahkan dengan 'sifat sabar' maka
besi atau amalan ilmu ini akan tunduk kepada kita. Bila kita berjaya
mengalahkan 'sifat besi atau amalan ilmu' ini biasanya kita akan mengetahui
rahsia disebaliknya. Ada juga setengah besi seperti keris, badik, lembing dan
lain-lain menguji sifat kita (amalan). Sebagai contohnya seperti kita terjumpa
seketul berlian dalam bentuk raw. Sifatnya asalnya tidak cantik, bercampur dengan
batu dan tanah. Tetapi jika kita memotongnya, membentuknya,membersih dan
mengilapkannya maka perlahan-lahan sifat berlian yang cantik dan bersinar akan
teserlah. Dalam usaha ini memerlukan sifat sabar kita. Cincin ini sangat
disyorkan dipakai ketika sembahyang serta ketika membaca AL QUR'AN. Sekadar
makluman, untuk menyiapkan permata besi campur hyper rare mengambil masa bukan
sebulan tetapi setahun.Walaubagamanapun telah ada beberapa biji yang telah
siap. Cuma tunggu untuk dipolish dan dibentuk. Stok terhad hanya tinggal 4 biji
sahaja lagi tu... Hanya sekadar jalan
ikhtiar dan tawakkal.. Wallahualam.
Posted by Muhammad at 1/19/2014 08:07:00 am 0 comments
Labels: Koleksi Cincin
Subscribe to:
Posts (Atom)