Cincin perak saiz 18 (boleh ubah saiz) permata ikhtiar 7 dibuat 3 jenis dibahagian atas iaitu kayu penunduk jin, kayu penunduk makluk halus dan kayu pembuang saka manakala 4 jenis lagi diletakkan dibahagian bawah supaya rapat dengan kulit.
Tuesday, 30 September 2014
Permata Ikhtiar 7
Semenjak dulu lagi saya banyak menerima
pertanyaan serta tempahan untuk dijadikan pakaian selain bacaan AL QUR’AN
untuk dijadikan jalan ikhtiar sebagai pendinding makluk halus. Kelewatan untuk
mengeluarkan permata khas untuk mengelak dari terkena gangguan kerana kesukaran
untuk mendapatkan beberapa barangan. Alhamdulillah setelah berusaha sekian lama
mencari beberapa tahun akhirnya barangan yang sukar itu telah berjaya dimilik. Saya
sifatkan 'permata ikhtiar 7' ini mudah disebut tetapi sangat sukar dicari. Sebenarnya saya
sekarang ini dalam usaha memproses menjadikan sebiji permata khusus untuk
dijadikan sekadar jalan ikhtiar dengan izin ALLAH SWT untuk mengelakkan dari
terkena gangguan makluk-makluk halus seperti saka keturunan, terkena sihir,
pukau, terdapat gangguan semasa tidur, terdapat bekas gigitan atau lebam-lebam
yang tidak munasabah disyaki dari makluk halus, pernah histiria, mengelak dari
histiria atau dirasuk, pukau, gangguan dari dalam dan luar rumah, terdapat
seperti bayangan lintasan sekitar rumah, sawan tangis, sering melihat gangguan
yang menakutkan, sering berdebar-debar, pendinding dari gangguan makluk halus,
mereka yang menjadikan cincin, keris, geliga dan lain-lain sebagai koleksi,
jika terdapat dalam rumah barangan seperti besi, batu, minyak dan lain-lain
yang berpuaka atau menganggu kita, meneutralkan atau membuang aura negatif atau
anasir jahat sekitar dalam rumah. Ini berdasarkan perhatian saya. Hasil dari 7
jenis barang maka terhasil sebiji permata yang sangat disyorkan dipakai selain
dari bacaan AL Qur’an yang wajib diamalkan. Secara ringkasnya khasiat 'permata
ikhtiar 7' lebih kearah mengelak, mengusir dan menunduk makluk halus yang kita
tidak nampak dengan mata kasar. Item gabungan 7 adalah seperti berikut :-
1-
Batu Petir Asli
Senjata yang digunakan oleh malaikat untuk memanah iblis dan
syaitan
2-
Kayu Penunduk Jin
Untuk menunduk, menglemahkan dan menghalau makluk berupa jin dari
menganggu kita
3-
Kayu Penunduk Makluk Halus
Untuk menunduk, menglemahkan dan menghalau makluk berupa iblis dan
syaitan dari menganggu kita
4-
Kayu Pembuang Saka
Untuk menunduk, menglemahkan dan menghalau makluk berupa saka
seperti hantu raya, pelesit dan lain-lain saka keturunan dari menganggu kita
5-
Cintamani
Mengelak, menunduk dan melemahkan makluk halus dari bangsa jin yang
bertukar atau menyerupai ular
6-
Besi Mengelak Gangguan
Menurut kitab lama terdapat sejenis besi yang dapat dijadikan
jalan ikhtiar menjadi pendinding kepada sesuatu barangan yang dipuja seperti minyak dagu,
minyak mati terbunuh dan lain-lain.
7-
Besi 1000 Khasiat
Menurut kitab lama terdapat sejenis besi tua yang memberi hikmah
1000 macam khasiat kepada manusia sebagai pakaian diri.
@Antara perkara yang berlaku pada mereka yang pernah memakai
cincin ‘ikhtiar 7’ ini biasanya jika terdapat gangguan dalam tubuh kita akan
merasa pening, sakit kepala, berdebar-debar. Jika pernah termakan benda yang
tidak elok akan muntah, cirit birit. Jika pernah mengamalkan sesuatu yang tidak
elok atau terdapat saka dalam tubuh akan merasa pening, gementar, kerap sendawa,
mudah panas baran, merasa sesuatu yang ingin keluar dari tubuh. Pemakai dinasihatkan terus memakai dan juga
jika boleh perbanyakkan sembahyang taubat dan perlu senantiasa beriktifar. Mudah-mudahan
dengan izin ALLAH SWT usaha kita Berjaya. Perbanyakkan bersabar serta berdoa
dalam berikhtiar. Wallahualam
Cincin perak saiz 18 (boleh ubah saiz) permata ikhtiar 7 dibuat 3 jenis dibahagian atas iaitu kayu penunduk jin, kayu penunduk makluk halus dan kayu pembuang saka manakala 4 jenis lagi diletakkan dibahagian bawah supaya rapat dengan kulit.Ada sebab dan hikmahnya kenapa permata dibuat
demikian
Cincin perak saiz 18 (boleh ubah saiz) permata ikhtiar 7 dibuat 3 jenis dibahagian atas iaitu kayu penunduk jin, kayu penunduk makluk halus dan kayu pembuang saka manakala 4 jenis lagi diletakkan dibahagian bawah supaya rapat dengan kulit.
Posted by Muhammad at 9/30/2014 09:30:00 am 0 comments
Labels: Koleksi Permata
Subscribe to:
Posts (Atom)