Saturday, 4 January 2014
Kisah Besi
\
Assalamualaikum w.b.t
Syukur Alhamdulillah, sejak Ambo balik bercuti (balik
kampung) telah lama Ambo tidak update blog (dekat 2 bulan yang lalu), bukanlah
kerana tiada barang atau item yang hendak dimaharkan tetapi kerana masa saya
dikampung terlalu sibuk..Terlalu banyak urusan yang perlu diselesaikan.
Walaubagaimanapun syukur Alhamdulillah, urusan jualbeli tetap berlaku macam
biasa, malahan ada setengahnya tempahan tuan-tuan dapat diproses dan dipos
dengan lebih cepat. Sekadar untuk makluman sebenarnya barangan terlalu banyak
cuma Ambo akan cuba masukkan dalam blog secara beransur-ansur. Ambo juga
banyak menerima teguran samada dari kawan-kawan, mesej dari pelanggan
bila lagi saya nak update blog.. Terima kasih semua yang masih mengingati diri
Ambo yang sebenarnya ‘kerdil’ ini jika dibandingkan blogger yang lain.
Baik pada pagi yang berkat ini untuk permulaan sempena tahun baru ini, Ambo
ingin berkongsi kisah yang benar-benar berlaku.. dimana Ambo bagi tajuk ’Kisah Besi’.
Kalau diikutkan sebenarnya terlalu banyak kisah-kisah mengenai besi atau rahsia
disebalik besi. Nanti Ambo akan ceritakan dari masa ke semasa sekiranya
dipanjangkan umur.. Kisah ini terlintas difikiran bila Ambo melintas atau lalu
dihadapan gunung ini ketika dalam perjalanang balik ke Pulau Pinang. Kisah ini
sering bermain dikotak fikiran cuma kekangan masa yang tidak mengizinkan.
Untuk pengetahuan tuan-tuan sebenarnya tempat dimana
gunung ini berada sebenarnya berasal dari sebuah kampung. Menurut kisahnya
kerana penduduk kampung ini telah membuat perkara yang dimurkai oleh ALLAH
S.W.T maka kampung ini telah dicampakkan (ditimpa) sebuah gunung diatasnya oleh
ALLAH S.W.T. Maka ramailah penduduk kampung ini telah meninggal dunia akibat
ditimpa gunung ini. Maksudnya disini pada asalnya tempat ini tiada gunung.
Menurut maklumat pakar kaji sejarah dan akelogi gunung ini sememangnya tidak
berasal dari sini berdasarkan jenis batu dan bentuknya adalah mustahil gunung
ini pada asalnya ditempat ini. Setelah dikaji dan diukur maka dapat
diputuskan bahawa sebenarnya gunung ini sebenarnya berasal dari sebuah negeri
yang berjiran.. Manakala tempat dimana asalnya gunung ini telah menjadi lubang
dan pada hari kini telah menjadi sebuah kolam.
Diceritakan peristiwa ini telah berlaku lebih
dari 500 tahun yang lalu.. Fuh.. dah jadi ahli sejarah pulak dahh...!! Hi..hi..
jangan marre..! Tuan-tuan sabar ajerlah ye.. Untuk makluman tuan-tuan
sebenarnya terdapat sebuah masjid yang sangat berdekatan dengan gunung ini.
Ambo pernah bertanya kepada beberapa orang tua yang Ambo jumpa diperkarangan
masjid, ‘ada tak orang yang masuk bertapa atau bersuluk didalam gua itu..?’
(merujuk gunung tersebut) menurut mereka ada yang pernah masuk tetapi tidak
tahan akibat terlalu banyak gangguan makluk halus, ada yang pernah melihat ular
rasaksa, bahkan ada yang menjadi gila selepas keluar dari gua tersebut..
Terpaksa pula dibawa berubat.. Menyebabkan orang takut dan tidak lagi berani
untuk masuk kedalam gua tersebut..
Baiklah Ambo ringkaskan cerita, kisahnya lebih
kurang begini. Pada suatu hari ada seorang Hamba ALLAH ini telah mendapat
alamat mimpi untuk masuk bertapa didalam salah satu gua yang terdapat dalam
gunung tersebut (terdapat 5 buah gua kesemuanya) Setelah hampir 3 bulan hamba
ALLAH ini bertapa maka pada suatu malam berliau telah terlelap seketika. Ketika
didalam mimpi digambarkan berliau telah melihat seorang perempuan tua datang
kepadanya dan memberi salam. Dikisahkan jelmaan perempuan tua ini telah memberi
tahu bahawa berliau adalah salah seorang ‘wali ALLAH’ yang hidup ribuan tahun
dahulu. Kerana banyak beramal maka ALLAH telah memilihnya menjadi salah seorang
wali ALLAH. Menurut perempuan tua ini lagi jika tidak percaya kepadanya,
hamba ALLAH ini boleh bertanya kepada ALLAH S.W.T. Kehadirannya adalah untuk
mengajar ilmu kepada hamba ALLAH ini.
Hamba ALLAH ini tersedar dari mimpi. Dan seketika
kemudian menjelmalah seorang wanita tua memegang tongkat seperti dalam mimpinya
tadi. Dilihatnya rupa paras perempuan tua ini sangat elok dan tiada cacat. Maka
mengakulah perempuan tua ini kehadirannya adalah untuk mengajar ilmu kepada
hamba ALLAH ini. Menurut perempuan tua ini ilmunya adalah kepunyaan ALLAH dan
telah tiba masanya untuk berliau menurunkan ilmunya kepada hamba ALLAH ini.
Tetapi hamba ini tidak mudah percaya apa yang
dilihatnya. Maka berdoalah kepada ALLAH S.W.T semoga berliau terlindung dari
tipu daya syaitan. Maka dengan tiba-tiba datanglah satu cahaya putih meerempuh
kearah jelmaan perempuan tua ini. Maka menjeritlah perempuan tua itu akibat
kesakitan dan tercampak kedinding gua dan ghaib dari pandangan.. Maka
sujud syukurlah hamba ALLAH ini kehadrat ALLAH S.W.T. yang Maha Pengasih.
Tiba-tiba permukaan tanah didalam gua bergegar dan merekah. Seketika kemudian
hamba ALLAH ini melihat berupa sebatang besi bercampur dengan tanah naik
diatas permukaan tanah. Maka diambil oleh hamba ALLAH ini.
Setelah tamat pertapaan, maka hamba ALLAH ini bertolak
pulang kekampung halamannya. Setelah dibersihkan dan dicuci serta dibuang
segala tanah dan bahan-bahan lain yang melekat pada besi ini maka terselah
‘sebatang mata lembing lama’. Kelihatan jelas pamor besi pada mata lebing
sangat tua dan berlubang-lubang ibarat kayu buruk didalam tanah. Menurut hamba
ALLAH ini, lembing ini pada asalnya turut tertanam dan tertimbus lebih
dari 500 tahun akibat dicampakkan gunung diatasnya. Menurut hamba ALLAH
ini telah ramai orang yang masuk bertapa didalam gunung ini yang telah menjadi
mangsa tipu daya syaitan itu. Telah lama syaitan itu bermaharaja lela didalam
gunung tersebut. Walaubagaimanapun ingatlah ALLAH itu MAHA BERKUASA.
Posted by Muhammad at 1/04/2014 08:16:00 am 0 comments
Labels: Kisah Dan Tauladan
Subscribe to:
Posts (Atom)