Saturday, 2 November 2013
Permata Cintamani Emas dan Hitam
Permata ulacintamani Emas digabungkan dengan cintamani
hitam dijadikan satu permata. Teras cintamani emas ini termasuk dalam kategori
teras tua menyebabkan warnanya emas kemerahan. Permata saiz L. Tuan-tuan juga
boleh tempah samada satu jenis, gabung 2 jenis atau 3 jenis. Teras
cintamani hitam,emas dan putih atau setengah orang memangil teras
bahar hitam, emas dan putih.Boleh ditempah samada dijadikan cincin, loket,
gelang, tasbih dan lain-lain. Tawaran dibuka melalui rundingan harga.
ADMIN -
Disini Ambo ingin ingatkan termasuk diri ambo juga, dalam keghairahan kita
berikhtiar, jangan tinggal AlQur'an dan hadis Nabi.. Semua barangan yang kami
jual dalam blog ini berupa sekadar jalan ikhtiar sahaja... Juga bergantung
kepada qada' dan qadar ALLAH SWT..PERLU
DIINGAT, APABILA MENJELANG AJAL TIDAK DILEWATKAN WALAU SESAAT DAN TIDAK DICEPATKAN
WALAUPUN SESAAT.. YANG TINGGAL HANYALAH AMALAN TAQWA..
Posted by Muhammad at 11/02/2013 04:07:00 pm 2 comments
Labels: Koleksi Permata
Tasbih Cintamani Keemasan
Tasbih ulacintamani emas 33 biji saiz S.
Cintamani ini diambil dari laut dalam Laut Merah. Sangat sukar didapati. Antara
koleksi rare. Cantik berkilau seperti emas bila terkena cahaya. Imam dan bilal
dibuat dari teras kemuning Hitam. Tawaran dibuka melalui rundingan harga.
ADMIN -
Rasa berminat boleh sms, whatapps atau terus hubungi Ambo. Untuk makluman
tuan-tuan kami hanya menjual barangan asli. Untuk makluman tuan-tuan setiap
barangan kami bukan diambil dari A dan A ambik dari B dan B ambik dari C ambik
dari D dan seterusnya... Pening tak tahu mana hujung mana pangkal. Secara
ringkas Ambo nak cerita disini setiap barangan yang kami jual (kecuali kami
nyatakan ini barang tukang.. ) kami dapat sendiri melalui guru melalui
pencarian didalam bukit, gua, hutan belantara dan lain-lain kaedah..Cerita
dalam bukit dan gua ni pengalaman guru ambo adalah lebih kurang 20 tahun
lebih..Pelbagai ceruk gunung ganang dia dah redah.. Juga bukan barang tarik
weh..bukan barang beli kat kaki lima tetapi bila jual dalam blog kata barang
alam bunian..He..Hee.. Jangan Marah yea..Ambo minta ampun dan maaf andai
tersilap kata..
Status : Alhamdulillah telah ditebus
Posted by Muhammad at 11/02/2013 03:57:00 pm 0 comments
Labels: Koleksi Teras Kayu
Cincin 9 Besi
Cincin besi 9 jenis bersaiz 20. Dibahagian atas
besi misteri panjang 2.5cm. Lebarnya pula 1.3cm. Permata besi
misteri ditampal kayu ditakuti hantu serta dipasak besi meteorite dan 7 jenis
besi Patah (patah puting dan sealiran dengannya) Sangat sukar didapati. Dengan izin
ALLAH SWT dapat dijadikan jalan ikhtiar sekadar apabila kita bertemu musuh akan
hilang pada pandangan musuh atau mereka yang berniat salah pada kita, semua
jenis senjata berupa besi akan tunduk, apabila senjata tajam atau senjata api
ditembak atau dituju pada kita peluru akan patah balik kepada penyerang
kita,jika dituju santau atau berupa ilmu hitam tidak dapat memberi kesan kepada
kita bahkan akan patah balik kepada sipembuatnya.. Ditakuti pengamal ilmu hitam
dan banyak lagi jika hendak diceritakan disini.. Walaubagamanapun ini hanyalah
berupa jalan ikhtiar sahaja.
ADMIN -
Sesungguhnya ALLAH SWT menjadikan sesuatu itu mengikut kehendaknya..
siapalah kita untuk mempertikainya? Secara ringkasnya disini Ambo ingin
berkongsi cerita, ketika ALLAH SWT menjadikan dunia ini dan seisinya, malaikat
pernah bertanya kepada ALLAH kenapa Nabi Adam (manusia) dijadikan khalifah
diatas dunia, Maka ALLAH SWT bertanya apakah nama pokok yang terdapat dalam
dunia? Apakah kegunanya? (khasiatnya) tetapi malaikat tidak dapat menjawabnya.
Tetapi apabila ditanya kepada Nabi Adam dengan mudah Nabi Adam menjawabnya..
Pernahkah anda terfikir atau kaji dalam Al Qur’an ada 114 surah tetapi ada 1 surah berkaitan dengan besi. Tak percaya boleh periksa. Tak boleh baca Al
Qur’an cuba baca terjemahannya..Secara ringkasnya ambo ingin berkongsi disini
jika kita tidak tahu kita berlajar, ingatlah ilmu ALLAH SWT ini luas.
Dunia hari ni sudah terbalik. Berlajar
3 hari tetapi seolah pandai 1000 tahun. Sikit-sikit
syirik .. Bila sakit tahu pulak pergi hospital. Percaya pulak ubat boleh
menyembuhkan penyakit..Pada saya tidak salah jika kita berlainan pendapat..
Dunia hari ni dah terbalik sepatutnya sains mengikut AlQur’an tetapi dah
terbalik... Kalau ada masa apakata kita pakat-pakat bawa kitab berlajar pondok..lagi
banyak faedah..Jangan marah yea, Ambo kata ni untuk mengingati diri
sendiri, Ambo sendiri pun jahil jugak. Orang kata 2X5 jugak.. APAPUN WAJIB JAGA AKIDAH KITA anggaplah sesuatu barangan itu hanya SEKADAR JALAN IKHTIAR SAHAJA. Ambo tahu tuan-tuan lebih bijak dan lebih banyak
ilmu dari Ambo..Dalam kita berikhtiar
juga bergantung pada Qada' dan Qadar ALLAH SWT.. Perlu diingat kita hanya
makluk, hanya mampu merancang...Untuk
cincin ini boleh ditempah dari segi saiz,bentuk dan lain-lain sekadar yang kami
mampu. Harga berdasarkan rundingan bersama. Nilai harga sesuatu barangan
biasanya bergantung kepada kesukaran mendapatnya. Harap tuan-tuan faham..
Posted by Muhammad at 11/02/2013 10:05:00 am 2 comments
Labels: Koleksi Cincin
Subscribe to:
Posts (Atom)