Tuesday, 10 February 2015
Fosil Tanduk Raja Kijang Putih
Fosil tanduk ini dijumpai tersimpan
didalam salah satu gua di Kelantan. Ketika dijumpai hanya bahagian tanduk yang
masih lagi keras dan kuat. Manakala bahagian lain seperti kulit dan tulang
telah reput dan rapuh. Faktor ini berlaku kerana usia fosil yang terlalu tua
serta factor cuaca dan haba. Ketika dijumpai fosil ini kelihatan seolah
disimpan serta dijagai oleh seseorang. Sekadar makluman, terdapat lebih kurang
7 ekor kijang yang seolah mengawal serta
menjagai fosil ini. Fosil ini dijumpai lebih kurang 15 tahun yang lepas.
Sebenarnya sebahagian besar telah dicanai dijadikan permata, tasbih dan
lain-lain lagi. Ketika membuat kerja-kerja mencanai dan memotong didapati
sebahagian telah hilang secara tiba-tiba. Sedangkan ketika mencanai sebagian
ini diletakkan dibahagian depan mata sahaja. Tetapi apabila ingin dicanai didapati ianya telah hilang dan seolah-olah
ghaib sekelip mata.
Ketika sedang mengemas stor kami, saya
terpandang seolah terdapat satu benda putih yang agak terang berwarna putih. Seolah-olah
diletak oleh seseorang diatas mesin canai lama. Iaitu mesin canai yang telah
rosak yang digunakan oleh kami lebih dari 10 tahun yang lepas. Setelah diproses
dan dicanai dijadikan permata, terdapat hanya 7 biji sahaja boleh dijadikan
permata
Menurut mereka yang arif dengan izin Allah SWT dapat dijadikan sekadar
jalan ikhtiar untuk mengelak pukau, terkena ilmu hitam, kebal dikala kecemasan
serta akan ghaib pada pandangan musuh atau dikala berhadapan seteru. Khasiat
bersifat semulajadi dan alami. Apapun
penggunaan fosil ini hanya bersifat sekadar
jalan ikhtiar sahaja, Wallahualam
Posted by Muhammad at 2/10/2015 04:04:00 pm 0 comments
Labels: Koleksi Fosil
Subscribe to:
Posts (Atom)