Friday, 14 November 2014
Cincin Perak Aloi Ukiran Tebuk Istimewa - 12
Cincin perak aloi istimewa ukiran bunga
tebuk dari bahagian badan cincin sehinggalah kepada bahagian tangkai bawah. Apa
yang istimewa tentang cincin ini dan membezakan dengan yang lain adalah ukiran
bunga didalam bahagian atas cincin. Cincin ini sangat-sangat sukar dibuat
kerana perlu kemahiran yang tinggi serta kesabaran dalam menghasilkan sesuatu
istimewa. Hasil kerja tangan pertukangan tukang Kelantan. Untuk makluman
tuan-tuan, sangat jarang tukang ingin mengukir pada perak aloi berbanding perak
925 kerana perak aloi sangat keras dan sukar diukir. Tambahan pula diukir
tebuk. Pihak kami akan cuba
membuat hasil yang terbaik untuk kepuasan tuan-tuan. Rekaan corak cincin ini
adalah hasil dari ciptaan saya bersama tukang. Pihak kami juga akan cuba membuat
perubahan serta membuat rekaan corak cincin lain dari yang lain dari masa ke
semasa.
Status : Tawaran Dibuka
Posted by Muhammad at 11/14/2014 04:00:00 am 0 comments
Labels: Koleksi Cincin Perak Aloi
Subscribe to:
Posts (Atom)