ADMIN - Sambil dok berzikir sambil dok fikir akan kebesaranNYA.
Tuesday, 18 March 2014
Tasbih Buluh Tumpat 100 Jenis
Antara tasbih paling rare tahun ini. Diambil dan dikumpul dari seluruh dunia.
100 jenis buluh tumpat pelbagai jenis diambil dari seluruh dunia dicanai
dijadikan seutas tasbih. Bermakna setiap satu buluh tidak sama dengan buluh
yang lainnya.Untuk proses pencarian dan mengumpul saja ambik masa lebih dari 20
tahun.Untuk pengetahuan tuan-tuan semua buluh-buluh tumpat ini bukan buluh
biasa tetapi telah menjadi batu! Ada bermacam-macam jenis dan warna seperti
hijau, putih, kuning, merah, hitam, jenis bercabang, pelbagai jenis saiz, bentuk
dan lain-lain yang sukar dinyatakan disini. Diringkaskan ibarat 'Tasbih Buluh Cindai" Mungkin dimasa hadapan jika panjang umur dan
diluangkan masa, saya siarkan satu persatu fosil buluh tumpat ini dalam bentuk
asal. Sekadar untuk makluman semua, segala barangan dalam blog ini bukan dibeli
dari tanah seberang atau dibeli dari orang perseorangan. Semuanya dari hasil
pencarian guru kami. Proses untuk mencanai dan menebuk buluh ini satu persatu
saja mengambil masa lebih dari setahun. Antara buktinya ini adalah fosil buluh:
Jika tuan-tuan perhatikan pada urat-urat pada fosil ini, walaupun telah
bertukar menjadi batu tetapi urat-urat buluh yang kasar jelas kelihatan. Subhanallah.
Itulah tanda kebesarannya.Jika difikir dan direnung pada buluh ini betapa
hebatnya ciptaan dan kekuasaan ALLAH SWT.
ADMIN - Sambil dok berzikir sambil dok fikir akan kebesaranNYA.
Posted by Muhammad at 3/18/2014 03:44:00 pm 0 comments
Labels: Koleksi Tasbih Fosil
Cincin Tepak Sirih Permata Jarum Emas A+++
Cincin perak ukiran tangan tempahan khas. Yang
istimewanya cincin perak ini bentuk 'tepak sirih' dari hasil kerja penuh seni
tukang tersohor Kelantan. Tempahan untuk cincin sahaja mengambil masa lebih
dari 3 bulan. Digabungkan dengan permata jarum emas gred A++. Permata jarum
emas bahagian umbi ini bersaiz XL ini sangat jernih dan sangat menyerlah ketika
dipakai dijari. Ukiran kehalusan bunga yang halus dan berseni disekeliling
permata. Tawaran dibuka berdasarkan rundingan harga bersama.
Posted by Muhammad at 3/18/2014 03:29:00 pm 0 comments
Labels: Koleksi Cincin
Subscribe to:
Posts (Atom)