Tahi bintang emas jenis
besi atau meteorite emas atau juga batu
petir emas sangat-sangat sukar didapati serta diperolehi dan dikategori hyper
rare.. Juga ada setengah menyifatkan sebagai ‘raja batu pertir’. Walaupun
terdapat pelbagai nama panggilan atau sebutan, ianya tetap menunding ke satu
arah. Pangillah apa jua yang anda ingin sebut. Begitulah nama atau gelaran yang
dipangil atau diberi gelaran pada batu (besi) yang luarbiasa atau ajaib ini.
Usia meteorite emas ini menjangkau usia lebih dari 10,000 tahun dan bahkan
lebih. Mungkin juga jutaan tahun.. Terdapat beberapa kategori meteorite
1- Meteorite jenis batu
2- Meteorite batu bercampur besi
3- Meteorite besi bewarna perak
(rare)
4- Meteorite besi warna emas (hyper rare)
Beberapa tahun lepas
diceritakan atau heboh didalam surat khabar bahawa meteorite atau tahi bintang
jatuh atau luruh di Negara Rusia. Ketika ia bergerak melintasi bumi banyak
dilaporkan kerosakkan pada bangunan, cermin tingkat, kereta serta bangunan
ketika ia melintasinya. Apa yang menghairankan, dengan teknologi yang dikatakan
serba serbi canggih meterote ini tidak dapat dikesan. Hanya serpihan-serpihan
kecil yang ditemui. Tetapi tempat dimana meteorite ini luruh atau jatuh telah
gagal dikesan. Mereorite atau tahi bintang ini berasal dari angkasa lepas. Dan
dikatakan ianya bergerak atau berlegar-legar diruang angkasa menggunakan tenaga
atau bersumberkan percikan api dan bergerak secara teramat laju. Tahi bintang
ini juga dikategori tahi bintang emas. Jika batu petir jenis biasa iaitu
kategori batu dikatakan mempunyai khasiat yang amat besar apatahlagi batu petir
atau besi petir emas ini. Dikatakan batu petir emas atau meteorite emas ini hanya
jatuh kebumi dalam masa beberapa ribu tahun sekali. Maksudnya peluang untuk
memperolehinya sangat terhad atau terlalu sedikit. Ada setengah pendapat
mengatakan jika syaitan atau iblis yang berada dibumi dipanah dengan batu petir
manakala syaitan atau iblis yang berpangkat tinggi yang bergerak atau berada
diruang angkasa ianya dipanah dengan meteorite. Wallahualam.
Dengan izin Allah
meteorite emas (hyper rare) dikatakan dapat dijadikan sekadar jalan ikhtiar
seperti berkhaitan dengan aura tubuh yang sangat mantap, berwibawa, menarik
rezeki atau kekayaan (berkhaitan ikhtiar) mengelak dari gangguan iblis,
syaitan, ditakuti pengamal ilmu hitam, mengelak dari tipu daya pukau serta
dikatakan kebal dikala kecemasan atau perperangan. Dalam ikhtiar sifat sabar, doa
serta tawakkal adalah sangat penting. Wallahualam
Cincin perak
aloy ukiran bunga tebuk penuh buatan tangan tukang Kelantan. Batu petir emas
dicanai bentuk bujur dan dijadikan permata . Sangat menyerlah warna emas
pada batu petir ini selepas digilapkan menggunakn mesin. Seolah permata dibuat
dari emas. Cincin bersaiz 20
ADMIN – Apabila batu petir emas
digosok pada batu petir biasa jelas kelihatan warna emas seakan suasa melekat
pada batu petir. Sekadar makluman warna batu petir emas ini mungkin akan
berubah-ubah mengikut amalan atau aura tubuh badan seseorang. Dan aura setiap
individu tidak akan sama dengan individu yang lain. Wallaualam
Status : Telah Ditempah