ADMIN : Sebenarnya banyak perkara yang istimewa serta perkara aneh yang berlaku ketika mengambil buluh istimewa ini. Tetapi kisah ini terpaksa diringkaskan untuk mengelak salah faham. (arr.. sebenarnya ambo tak larat nak menaip lama-lama..hi..hi..hi, Jangan marah…!) ) Sekadar makluman buluh istimewa ini tidak dijual tetapi akan dipasak dalam permata tertentu. Ianya akan dipasak bersama campuran yang lain.. Apakah keistimewaan dan kelebihan buluh perindu ini? Tunggu sambungan….hi..hi..hi
Saturday, 7 March 2015
Kisah Buluh Perindu
Rasanya
sudah lama ambo tidak menulis kisah dan pengalaman pencarian barang... Pernah
juga sahabat-sahabat diluar sana menghubungi ambo samada melalui wasap, sms,
telefon atau ketika berjumpa dengan ambo bertanyakan kisah yang boleh ambo
kongsikan bersama. Maaflah mungkin kerana kesibukkan dan tiada ruang waktu
untuk ambo bercerita. Kadang-kadang ada kisah yng berlaku diluar pemikiran akal
biasa. Dan tentunya Ambo takut orang tersilap faham. Apapun anggaplah setiap
sesuatu yang berlaku itu adalah tanda kebesaran Ilahi. Apalah yang aneh
jika dibandingkan langit yang tergantung tanpa tiang. Dimana tiada penghujung
dan juga tiada pangkal..! Kali ini ambo ingin berkongsi cerita kisah
pencarian “buluh perindu’. Rasanya peristiwa ini berlaku lebih dari 20 tahun
yang lepas. Ketika itu bapa saudara ambo dan Pak Muda masih lagi bernafas dan
kini mereka telah pulang ke rahmatullah kira-kira 15 tahun (Pak Muda) dan
5 tahun (Pak Da) yang lepas. Smoga arwah dicucuri rahmat, insya Allah.
Kisahnya
bermula disuatu hari, dan untuk permudahkan cerita arwah bapa saudara Ambo
panggilnya ‘Pak Da’. Hendak dijadikan cerita suatu hari Pak Da berhajat untuk
membuat seutas tasbih istimewa. Dan salah satu barang yang dihajatkan oleh Pak
Da untuk dimasukkan kedalam tasbihnya adalah buluh perindu. Dan buluh ini
dikhabarkan terdapat disalah satu gunung yang begitu popular diTrengganu.
Lagipun selain dari mengambil buluh perindu Pakda juga sudah berhajat untuk
berjumpa dengan gurunya. Rasanya sudah hampir 2 tahun Pak Da tidak berjumpa
dengan gurunya. Kiranya untuk mengambil buluh perindu untuk dimasukkan kedalam
tasbih adalah sekadar asbab sahaja.
Maka
setelah berbincang maka tibalah waktu untuk berangkat. Perjalanang menaiki
motosikal mengambil masa lebih dari 2 jam. Apabila kami menghampiri jalan
utama untuk masuk ke dalam rumah Pak muda (nama panggilan sahabat Pak Da)
kelihatan Pak Muda telah tersenyum dan seolah-olah memang menanti kehadiran
kami. Untuk makluman tuan-tuan mengikut pandangan ambo usia Pak Muda dalam
anggaran 60 tahun. Orangnya sangatlah kurus tetapi tenaganya masih kuat seperti
orang muda. Menurut kata Pak Da, Pak Muda ini setiap hari berpuasa. Dan jika
berbuka puasa cukuplah sekadar apa yang ada. Jika tiada makanan berliau hanya
berbuka puasa dengan air sejuk sahaja.
Begitulah rutin hidup selama bertahun-tahun. Dan dia tinggal seorang
diri didalam bangsal kecil yang dibinanya. Dan dibibirnya sentiasa sahaja basah
dengan zikrullah. Apa yang ambo perhatikan, Pak Muda sangat kuat ketika mendaki
bukit. Lansung tiada nampak penat atau letih ketika mendaki, walaupun berliau
ketika itu berada dalam keadaan berpuasa. Bagi ambo tenaganya seolah tidak
pernah turun. Dan berliau hanya berkaki ayam..! Langsung tidak risau samada
terpijak duri ataupun terpijak permukaan batu yang tajam. Untuk pengetahuan tuan-tuan, rumah pak muda
terletak dikaki gunung tersebut dan merupakan satu-satunya rumah yang ada
disitu. Selepas berjalan kaki kira-kira satu jam lebih akhirnya kami
disuatu tempat berhampiran anak sungai kecil. Selepas berehat seketika
kelihatan Pak Muda megambil satu galah panjang kira-kira 20 kaki panjangnya dan
dihujungnya kelihatan bercabang tiga dan digulung dengan plastik dibahagian
luar.
Selepas
itu kelihatan Pak Muda mengait sesuatu dicelah-celah dahan pokok. Ada setengah
pokok seolah-olah dicelah dahan terdapat sarung burung kecil ataupun
sarang tupai. Kami hanya memerhatikan sahaja. Selepas itu Pak Muda pun
mengambil sesuatu yang berada didalam pengaitnya. Kelihatan disitu terdapat
beberapa batang pokok buluh kecil dimana saiznya hanya sebesar saiz dan
sepanjang batang mancis sahaja. Bahkan ada yang lebih kecil dari itu, Dimana
setiap dahan pokok hanya memilki sebatang pokok sahaja. Dan ianya pula bersifat
tunggal. Kelihatan pokok buluh kerdil ini hanya memiliki sekitar 3 dan paling
banyak 7 daun kecil sahaja setiap pokok. Dan Pak Muda menyuruh kami membuang
atau mematahkan bahagian bawah atau akar buluh ini. Kerana menurutnya jika akar
buluh ini tidak dibuang maka ianya akan terbang atau hilang mengikut arah
angina. Walaupun ianya disimpan didalam botol tertutup. Dan untuk
membuktikannya dia membiarkan sebatang pokok dan tidak dipotong dibahagian
bawahnya..
Alhamdulillah
sudah rezeki kami pada hari itu, Pak Muda menyatakan terdapat banyak buluh
perindu yang hinggap disekitar kawasan itu pada hari itu. Biasanya dalam satu
masa berliau hanya berjaya mengutip satu hingga 3 batang sahaja. Mungkin sudah
tersurat rezeki kami, Alhamdulillah syukur. Menurut Pak Muda buluh perindu ini
bergerak dan terbang seperti burung. Ianya akan terbang atau hinggap dimana
sahaja yang ia suka. Kadang-kadang hanya sebatang pokok sahaja dan
kadang-kadang banyak, ibarat sekawan burung. Dan biasanya ia hinggap diatas
celah batang buruk atau diatas sarang burung kecil, atau sarang tupai atau
dimana terdapat sedikit dedaun keci dicelah ranting. Dan antara petua untuk
mencari buluh perindu itu, jika diperhatikan disekitar kawasan buluh perindu
itu berada seolah-olah bersih dan terjaga. Juga terdapat udara yang sejuk dan
tiada angin kuat disekitarnya. Juga terdapat beberapa petua yang lain.
Selepas
Sembahyang zohor disitu kami pun bergerak menuju kerumah Pak Muda. Dimana
dirumah Pak Muda dia memberi kami bekas botol nescafe bersaiz sederhana untuk
memasukkan semua buluh perindu didalam botol tersebut . Ambo mengambil
kesempatan mencium buluh ini. Terdapat bau haruman yang lembut dan segar. Sukar
untuk ambo menyatakan bauan wangi yang terdapat pada buluh ini. Selepas
memasukkan semua buluh termasuk sebatang yang tidak dibuang akar itu tadi.
Botol ditutup mengunakkan penutup botol. Saya menutupnya kuat-kuat untuk
memastikan ianya tidak mudah terbuka. Saya perhatikan dedaun buluh ini
seoalah-olah bergerak-gerak terutama yang tidak dibuang akar tadi.
Sekitar
jam 9 malam kami bertolak pulang kerumah. Kami tiba dirumah kira-kira jam 1
pagi. Selepas sampai dirumah bapa saudara ambo atau Pak Da menyuruh Ambo
membuka botol dan memeriksa buluh yang terdapat didalamnya. Memang benar
kata-kata pak muda, buluh perindu yang
mengandungi akar telah pun hilang entah kemana. Sedangkan buluh yang lain masih
lagi ada berdasarkan satu jumlah yang telah pun kami kira sebelum memasukkan
buluh kedalam botol. Untuk pengetahuan tuan-tuan buluh yang hilang atau ghaib
itu merupakan buluh yang paling besar. Seoalah-olah ibu kepada buluh-buluh yang
lain. Apabila diberitahu kepada Pak Da dia hanya tersenyum sahaja. Seolah-olah
berliau sudah tahu…. Wallahualam
ADMIN : Sebenarnya banyak perkara yang istimewa serta perkara aneh yang berlaku ketika mengambil buluh istimewa ini. Tetapi kisah ini terpaksa diringkaskan untuk mengelak salah faham. (arr.. sebenarnya ambo tak larat nak menaip lama-lama..hi..hi..hi, Jangan marah…!) ) Sekadar makluman buluh istimewa ini tidak dijual tetapi akan dipasak dalam permata tertentu. Ianya akan dipasak bersama campuran yang lain.. Apakah keistimewaan dan kelebihan buluh perindu ini? Tunggu sambungan….hi..hi..hi
Posted by Muhammad at 3/07/2015 04:30:00 am 1 comments
Labels: Kisah Dan Tauladan
Subscribe to:
Posts (Atom)