Monday, 4 November 2013
Kisah dan Tauladan
ADMIN -
Celik mata pagi ni, AMBO terlintas satu cerita bila Ambo terpandang
'tasbih teras damar minyak' (orang utara panggil raja kayu). Kisah ini
diceritakan dari guru Ambo beberapa tahun yang lepas. Ambo ingat lagi Guru
menceritakan kisah ini lebih kurang jam 4 pagi sewaktu kami didalam gunung
sambil memikul keluar teras damar minyak (raja kayu). Ambo juga masih
ingat, sambil guru bercerita sambil diiringi pelbagai 'bunyi nyanyian dari dalam perut' menjadi muzik iringan..! (maklumlah kat tengah bukit
mana ada kedai makan weh, bekal pun sekadar alas perut.. lapar tak usah
ceritalah.. Cacing dalam perut pun dah minta ampun pak..mintak diisi..)
Bertambah parah bila member disebelah melepaskan ‘bom buatan orang kampung’ tanpa
rasa segan silu. Malahan kadang-kadang melepas angin dengan penuh bergaya dan
ala-ala ‘cat walk’.. cehh..! Teringin juga terasa dihati nak balas dendam
tetapi bimbang pulak, nanti lain yang diidam lain pulak yang keluar..! Tak ke
kes naya.. sabor ajerlah.. Akhirnya malam itu Ambo ‘kekenyangan’ dijamu kentut dari pelbagai perisa dan alunan bunyian
yang mengasyikkan dari kawan-kawan, yang kononnya sehidup semati...! Peristiwa
ini berlaku dalam sebuah gunung diTrengganu. Perjalanang dari tempat kami
mengambil teras lebih kurang 7km dari tempat letak kereta. Berjalan
diwaktu malam sambil memikul beban memang memenatkan. Maklumlah permukaan jalan
tidak rata, lincin, mengharungi sungai dan lalu dicelah-celah curang.. Terasa macam
'rambo' pun ada.. Berbeza rambo pikul senjata tetapi kami pikul beban
kayu..he..he.. Ambo ingat lagi malam itu pula hujan lebat. Ribut dan petir tak
usah ceritalah. Suasana ini berbeza ketika kita berada dalam rumah. Digunung
bila kita dengar guruh dan petir seolah-olah berada ditepi telinga sahaja.
Memang menakutkan..Hanya kepada ALLAH kami berserah.. manakala nyamuk dan pacat
dah jadi macam kawan..!
Okey, Ambo sambung balik cerita. Maka disini Ambo
ingin berkongsi cerita ini untuk pedoman kita bersama. Kisah ini benar-benar
berlaku diselatan Thailand pada zaman dahulu.. Cuma nama kampung dan nama orang
yang terlibat terpaksalah Ambo rahsiakan kerana masih terdapat waris mereka
yang masih lagi hidup. Semoga cerita ini menjadi pedoman kita bersama. Kisahnya
begini.. Ada seorang ketua perompak, namanya sangat terkenal disebabkan
sifatnya yang zalim dan kerana kejahatannya. Entah kenapa suatu hari berliau
mula memikirkan kehidupan selepas kematian. Maka bermula dari itu berliau mula
meninggalkan kejahatan dan berkelana dari satu tempat ke satu tempat.. Dalam
pengembaraan itu berjalan dari tempat kesatu tempat hinggalah tiba disuatu
kampung dimana terdapat sebuah pengajian pondok.
Maka bermulalah dari hari itu berliau mula bertaubat
dan berlajar dipondok itu.Sepanjang menuntut ilmu dipondok itu perangai berliau
mula berubah dari seorang yang kasar dan bengis berubah sifat menjadi orang
yang sangat sopan dan baik budipekerti. Berliau juga sangat ringan tulang, jika
ada kenduri mahupun jika ada orang dilanda kesusahan berliau sering tampil
untuk memberi bantuan sekadar termampu..Akhirnya berliau berkahwin dan terus
tinggal diperkampungan itu. Takdir Tuhan berliau menjadi guru dipondok itu dan
berliau juga terkenal dengan sifat sabar dan juga dengan sifat zuhud.
Didalam kampung itu terdapat seorang gadis yang sangat terkenal kerana
kecantikkannya. Hingga menjadi bualan. Ditakdirkan Tuhan pada suatu hari ada
sekumpulan perompak datang kerumah keluarga gadis itu. Kumpulan perompak
ini sangat terkenal dengan sifatnya yang zalim dan membunuh sesuka hati.
Kebetulan pada masa kedatangan itu gadis itu tiada dirumah. Perompak ini
meninggalkan pesan bahawa mereka akan datang pada malam ini untuk mengambil
gadis itu..ini menyebabkan keluarga ini dalam ketakutan dan kesedihan.Ibubapa
gadis ini berbincang dengan saudara mereka apakah keputusan yang perlu diambil.
Tiada seorang pun yang sanggup melindungi gadis ini. Akhirnya seorang saudara
mereka mengesyorkan supaya gadis ini diletakkan dibawah jagaan guru agama tadi
(bekas perompak tadi) Maka dihantarlah gadis ini kerumah guru agama itu.Pada
malam itu dalamlah kumpulan perompak itu. Maka digelidah seluruh rumah tetapi
hampa kerana gadis itu tiada. Maka kedua ibubapa itu diseksa, sehinggalah
diberitahu orang bahawa anak gadis itu berada dirumah guru agama. Maka
berangkatlah ketua perompak bersama kumpulannya kerumah guru agama tersebut.
Apabila tiba dirumah guru agama itu maka dipanggilnya guru
tersebut dan meminta berliau menyerahkahkan anak gadis tersebut. Jika berliau
enggan diugut akan diseksa dan dibunuh. Maka dijawab guru itu ‘berliau
hanyalah pemegang amanah dan wajib keatas berliau untuk menunaikan amanah dan
berliau hanya takutkan seksaan ALLAH SWT’.
Apabila dijawabnya begitu ketua perompak itu naik angin dan memerintahkan
2 orang ahli kumpulannya menembak kearah guru tersebut..Sebaik sahaja ditembak
tiba-tiba kedua orang penembak itu jatuh dan mati. Kepala kedua orang penembak
ini terdapat kesan tembakkan. Maka terlintas difikiran ketua perompak bahawa
ada penembak diatas rumah guru agama tersebut. Maka diperintahkan semua anggota
perompak menembak secara serentak kearah guru agama tersabut. Dikalangan
ahli perompak itu menggunakan pelbagai jenis senjata api. Maka tembakkan
ini dilakukan secara serentak dan bertalu-talu dari pelbagai jenis
senjata api. Maka bergegarlah kampung itu dengan bunyi tembakkan..
Posted by Muhammad at 11/04/2013 10:01:00 am 2 comments
Labels: Kisah Dan Tauladan
Subscribe to:
Posts (Atom)