Thursday, 13 March 2014
Kisah dan Tauladan 7
Apa
yang Ambo ingin paparkan disini serta kisah-kisah lain adalah berdasarkan kisah yang benar-benar berlaku. Kadang-kadang
tidak terlintas diakal fikiran kita sebagai manusia biasa. Selepas baca,
tuan-tuan renunglah dengan mata hati serta perhatikan kebesaran Ilahi tentang
keindahan alam disekeliling anda. Mungkin jawapannya ada disitu.. Bila melihat
fosil kayu kokka maka terlintaslah satu kisah yang berlaku lebih dari 20 tahun
yang lepas dimana kisahnya berlaku lebih kurang begini. Pada suatu petang kelihatan seorang lelaki tua berjalan
menghala ke padang rumput dimana disitulah tempat dia menambat seekor lembu
jantan yang dibelanya bertahun-tahun. Entah mengapa hendak dijadikan cerita,
penunggul atau acang (kayu bentuk panjang dimana dibahagian bawah dipotong
tajam manakala bahagian atas diikat tali) tiba-tiba patah.
Orang tua ini pun mengheret lembunya ke arah sebuah
masjid. Apabila sampai dimasjid maka dia pun mencari imam masjid tersebut.
Setelah terjumpa dengan iman masjid tersebut dia memberitahu untuk
menyedekahkan lembu itu kepada pihak masjid. Dan memberitahu selepas subuh esok
dia akan bertolak ke Mekah. Maka bertanya imam masjid tersebut buat apa dia
hendak ke Mekah dan dengan menaiki apa?”. Sedangkan pada ketika itu bukan musim
haji manakala orang tua bukanlah seorang yang banyak duit. Maka berkatalah
orang tua ini “dia akan pergi ke Mekah untuk mencari kayu kokka Mekah untuk
dibuat penunggul baru dan dia akan bertolak ke Mekah dengan berjalan kaki”.
Maka tercenganglah imam tersebut bila mendengar jawapan dari orang tua
tersebut.
Maka selepas subuh keesokkan harinya, berkelanalah
orang tua ini seorang diri ke Mekah untuk mencari kayu kokka dengan berjalan
kaki. Selepas 15 tahun orang tua ini tinggal di Mekah maka suatu hari beliau
tiba-tiba sahaja muncul dikampungnya. Maka bertanyalah orang kampung kemana
berliau menghilangkan diri? Maka dijawabnya jawapan serupa yang telah
diberitahu kepada imam masjid dahulu bahawa berliau ke Mekah mencari kayu kokka
untuk dibuat penunggul@ ancang lembu.
Maka keesokkan harinya kelihatan orang tua ini sedang
menarik seekor lembu jantan yang dibelinya kearah padang rumput. Untuk pengetahuan
tuan-tuan orang tua ini tinggal seorang diri didalam rumahnya. Maka hendak
dijadikan cerita 3 bulan kemudian ketika orang tua ini cuba mengalih penunggul@
ancang lembu berliau merasa kayu kokka yang dibuat penunggul itu terasa berat.
Setelah dibeleknya berulang kali dan diketuk dengan sabit maka kedengaran
seperti bunyi batu. Maka terlintaslah diakal fikiran berliau bahawa
penunggulnya dari kayu kokka telah bertukar menjadi batu.
Maka sekali lagi orang tua ini mengheret lembunya ke
arah masjid juga mencari imam tersebut. Setelah berjumpa dengan imam tersebut
maka berliau sekali lagi memberi sedekah lembunya kepada pihak masjid. Dan imam
ini hanya mampu memeluk sahabatnya ini sambil mendoakan keselamatan semasa
dalam perjalanang menuju ke Mekah. Manakala penunggulnya kayu kokka yang telah
menjadi batu diserahkan kepada seorang hamba ALLAH. Maka berpesanlah orang tua
ini kepada hamba ALLAH ini bahawa berliau akan pergi ke Mekah sekali lagi
selepas subuh nanti dan tidak akan
kembali ke kampungnya lagi. Jika ingin berjumpa dengannya carilah disalah satu
tiang yang berada didalam masjid diMekah. Dan sekali lagi orang tua ini
berangkat ke Mekah dengan berjalan kaki dimana usiannya pada ketika itu dalam
anggaran 70an dan sehinngga kini lebih dari 5 tahun berlalu namun tiada khabar
berita dari orang tua ini. Wallahualam
Admin – Sekadar berkongsi pendapat dengan tuan-tuan
kayu kokka asli bukanlah terdiri dari buah kokka yang berlambak-lambak
dipasaran yang dijadikan permata ataupun tasbih. Kebanyakkan yang berada
dipasaran adalah buah kelapa laut Afrika atau buah pokok palma ataupun kayu pokok palma. Pokok
kokka tidak berbuah dan terlindung daripada pandangan mata kasar manusia.
Sedangkan dipasaran berlambak-lambak didakwa buah kokka, kalau buahnya sampai
berlambak-lambak pasti pokoknya juga berlambak-lambak. Bagi pendapat Ambo, kayu
kokka asli sangat-sangat sukar didapati. Arwah datuk saudara Ambo tinggal
diMekah selama lebih dari 40 tahun disana sampai mati pun berliau tidak ketemu
dengan pokok kokka asli. Juga pada sahabat yang pernah Email atau komen kepada
Ambo ampun dan maaf andai terlepas pandang. Saya mohon agar hubungi saya
melalui sms, whatappas atau terus hubungi saya. Maklumlah orang tua katakan.. Wallahualam
Posted by Muhammad at 3/13/2014 01:43:00 pm 0 comments
Labels: Kisah Dan Tauladan
Cincin Permata Kelapa Buta & Bisu
Posted by Muhammad at 3/13/2014 10:20:00 am 0 comments
Labels: Koleksi Cincin
Permata Gabungan 7 Jenis Teras Berpasak
Permata gabungan campuran 7 jenis Teras dari
teras kayu terpilih yang dikategorikan ‘rare’. Apa yang istimewa kesemua teras
ini telah bertukar sifat menjadi batu. Permata campuran 7 jenis fosil ini
bersaiz XXL. Permata ini lebih istimewa apabila dipasak besi istimewa. Dengan
izin ALLAH S.W.T sesuai dibuat pakaian diri sekadar jalan ikhtiar sahaja. Telah
ditempah oleh Tuan Ahmad Hilmy dari Pekan, Pahang. Dan pihak kami telah pos laju no.ruj. EF18865905
3MY bersama 2 biji permata teras kokka penukul penambat
lembu. Jutaan terima kasih kami ucapkan atas kepercayaan pihak tuan kepada
pihak kami. Dan kami mendoakan semoga tuan sekeluaga dipermurahkan rezeki oleh
Allah S.W.T. Amin
@ Fosil Teras Betik
@ Fosil Teras Buluh Hitam (Raja Buluh)
@ fosil Teras Kokka Mekah (Raja Kayu Dunia)
@ Fosil Teras Gemunggal Kursani
@ Fosil Semambu Kursani
@ Fosil Teras Tas Kursani
Status : Telah Ditempah
Posted by Muhammad at 3/13/2014 10:11:00 am 2 comments
Labels: Koleksi Permata Fosil
Cincin Ukiran Bunga Tebuk Permata Istimewa
Cincin perak ukiran bunga tebuk penuh dari bahagian badan cincin sampailah bahagian tangkai bawah. Untuk mengelak dari bengkok bahagian tangkai bawah cincin dibuat tebal. Manakala kuku mahkota cincin dari suasa. Diikat dengan permata istimewa. Cincin perak aloi ini bersaiz 19. Hasil kerja tangan pertukangan tukang Kelantan. Sebenarnya ada kisah berkhaitan permata ini. Dengan izin ALLAH S.W.T dapat dijadikan sekadar jalan ikhtiar sekadar sangat baik berkaitan untuk mengelakkan dari gangguan dari terkena santau, ilmu tuju, ilmu hitam, pukau, minyak dagu juga dapat dijadikan sekadar jalan ikhtiar untuk mengubati mereka yang termakan atau terkena minyak dagu, minyak mati terbunuh. Diasah bersama minyak kelapa diberi minum sedikit dan disapu seluruh anggota badan. Mudah-mudahan ianya akan keluar melalui muntah atau melalui saluran najis dan lain-lain. Kadang-kadang ada setengah penyakit yang tidak dapat disembuhkan dengan perubatan moden. Tidak salah beriktiar selagi tidak melanggar hukum syarak. Bacaan AL QUR’AN wajib dibaca dalam beriktiar. Antara cara yang mudah dalam kita berdoa (juga boleh diamalkan ketika kita ikhtiar makan ubat) bacalah :-
1) Mengucap dua kalimah sekali
2) Membaca بسم الله الرحمن الرحيم sekali
3) selawat 3 kali
4) Berdoa kepada ALLAH S.W.T yang MAHA PENCIPTA LAGI MAHA BERKUASA semoga kita dipermudahkan segala urusan kita dan diberi pertolongan dan bergantung sepenuh pengharapan hanya pada ALLAH S.W.T dan barangan ini hanyalah sekadar jalan ikhtiar sahaja. Contohnya ‘ YA ALLAH YA TUHANKU JADIKAN......HIKMAH DAN PENAWAR UNTUKKU. DAN DISAMBUNG
بسم الله توكلت على الله لا حول ولا قوة ا لا بالله العلي العظيم
Apapun senantiasa berserah diri kepada ALLAH. Mudah-mudahan kita mendapat pertolongan dari ALLAH S.W.T dengan ‘asbab’ dikala kita menghadapi kesusahan dan memerlukan pertolongannya.. Juga selain dari kita sentiasa berserah diri, menyerahkan segalanya dan kuasa muttlak hanya kepada ALLAH S.W.T yang Maha Berkuasa. 'WAJIB JAGA AKIDAH KITA'. Kita manusia biasa hanya mampu sekadar ikhtiar dan tawakkal sahaja. Juga diingatkan, jika kita membuat sesuatu pekerjaan yang menyalahi hukum syarak atau menzalimi manusia maka kita akan binasa akhirnya. Sekiranya tuan-tuan berminat kami bersedia menerima tempahan samada dijadikan cincin. permata, loket, gelang, tasbih dan lain-lain yang sekadar yang kami mampu.
Status : Tawaran Dibuka
Posted by Muhammad at 3/13/2014 09:22:00 am 1 comments
Labels: Koleksi Cincin
Cincin Permata Cendrawasih Dan Permata Nilam
Tempahan dari Tuan Adli dari Selangor iaitu cincin
perak tangkai kendi kuku kambing manakala permata nilam, cincin perak ukir
tebuk permata permata cendrawasih mengikut tempahan tuan telah pun siap. Hasil
kerja tangan pertukangan tukang Kelantan. Sekiranya terdapat apa-apa
masalah terhadap ‘item’ diminta sms/what appas atau hubungi saya terus. Dan
akan dipos kepada Tuan selepas 2 lagi item disiapkan.. Jutaan terima kasih kami
ucapkan atas kepercayaan pihak tuan kepada pihak kami. Dan kami mendoakan
semoga tuan sekeluaga dipermurahkan rezeki oleh Allah S.W.T. Amin
Posted by Muhammad at 3/13/2014 09:02:00 am 0 comments
Labels: Koleksi Cincin
Subscribe to:
Posts (Atom)