Thursday, 23 January 2014
Cincin Permata Besi Hyper Rare
Alhamdulillah, akhirnya siap juga tempahan cincin saya dekat tukang. Campuran
pelbagai jenis besi dicairkan dan dijadikan sebentuk permata. Permata ini
sengaja saya tidak dipolish, tidak kilatkan dan dibiarkan begitu supaya ianya
kelihatan purba dan unik. Untuk menyiapkan campuran besi sahaja mengambil masa
setahun. Sudah tentu untuk baloh cincin pun ditempah istimewa. Untuk cincin ini
saya gambungkan perak dan suasa. Kuku dan bunga tebuk pada bingkai cincin
dibuat dari suasa gred A. Hasil kerja tangan pertukangan Kelantan yang halus
dan penuh seni.
Posted by Muhammad at 1/23/2014 10:02:00 pm 1 comments
Labels: Koleksi Cincin
Subscribe to:
Posts (Atom)