GAMBAR TERAS BETIK MENJADI BATU (FOSIL)
Tuesday, 4 February 2014
Fosil Teras Betik
Antara koleksi yang paling 'rare' selain dari teras
pisang gala adalah teras betik. Menurut pendapat mereka yang arif dan
ahli teras kayu, mengenai teras betik dan pisang gala disebabkan terlalu
sukar untuk mendapatkanya maka menyebabkan namanya sedikit tenggelam.
Sekadar berkongsi pendapat, biasanya mereka atau otai yang tergolong arif atau
pakar biasanya koleksi teras kayu mereka melebihi dari 300 jenis teras kayu dan
keatas. Dan kebanyakkan mereka mendapatnya dengan mencari sendiri ataupun
saling bertukar teras. Dan jarang-jarang sekali mereka menukarkan dengan wang
ringgit (jual beli). Suatu ketika dahulu disamping mereka bertukar teras kayu
mereka juga akan berkongsi pengalaman ataupun kisah yang mereka alami berkaitan
hikmah teras kayu tersebut. Dengan cara ini antara kaedah mereka memperolehi
pengetahuan berkaitan teras kayu samada ianya beracun, penawar, pembisa,
pengerun, tahan kulit, dibuat pakaian diri dan lain-lain lagi. Ambo
perhatikan kebanyakkan mereka bekas perlajar pondok dan ada juga yang lama
menuntut di Mekah. Kebanyakkan mereka tidak berminat dengan kerja kerajaan dan
hanya bekerja sendiri sebagai penternak, peniaga, berkebun, dan lain-lain. Dan
teras kayu ini biasanya diikat dijadikan seutas tasbih dan sebahagian akan dijadikan penawar. Selain dari
bacaan AL QUR’AN dan doa pada air, teras kayu ini juga akan diasah dijadikan
penawar untuk dibuat minum atau disapu pada anggota badan yang sakit. Hari ini
Ambo ingin berkongsi pendapat mengenai teras betik. Walaupun Ambo bukanlah
termasuk mereka yang arif atau layak menghurainya tetapi mungkin boleh
berkongsi pengetahuan yang sedikit ini. Antara
khasiat atau sifat-sifat penawar yang ada pada teras atau fosil betik adalah
1.
Teras betik bersifat sejuk. Orang dahulu jika mengamalkan amalan
perang atau ilmu bersifat panas atau jika kita mengamalkan sesuatu menyebabkan
sifat kita mudah baran atau cepat marah maka teras betik adalah antara jalan
ikhtiar untuk menyejukkan amalan atau meneutralkan kembali atau mengimbangi
aura panas dan aura sejuk.
2.
Jika kita ini memang dari awal sifat kita mudah baran atau mudah
marah juga disyorkan pakai dibuat cincin, loket dan lain-lain
3.
Dapat dijadikan jalan ikhtiar sebagai penawar seperti demam panas,
campak, keracunan makanan, racun santau, barah, racun kimia, mengurangkan atau
melemahkan kuman dan lain-lain penyakit yang bersifat panas...
4.
Jika kita salah seorang pengumpul barangan mistik atau teras kayu
teras betik dikatakan dapat meneutralkan atau mengimbangi aura diantara teras-teras,
geliga, permata dan lain-lain yang ada
5.
Dapat dijadikan jalan ikhtiar jika dipakai secara berterusan kita
akan mempunyai bersifat tenang dan sabar dalam kehidupan
6.
ANTARA SEBAB UTAMA teras ini menjadi buruan bagi
pengumpul-pengumpul teras adalah kerana walaupun secara dasarnya ia bersifat
tenang TETAPI KENA BERINGAT sebagai contoh jika ada orang menuju santau, sihir
dan lain-lain yang tidak elok kepada kita maka IANYA AKAN BERPATAH BALIK KEPADA MEREKA KEMBALI.
Maksudnya dalam istilah orang Kelantan, ‘walaupun nampak tenang tetapi ada buah
kilas’. (nampak biasa, lembut diluar tetapi hebat didalam) Maksudnya secara
mudah orang berbuat baik pada kita maka kita akan lagi baik padanya (dengan
sifat penawar) TETAPI jika orang ingin
membinasakan kita maka ia akan berpatah balik kepada mereka sendiri. Jika tuan-tuan berminat hanya pada barangan yang 'asli' boleh hubungi kami. Wallahualam
7.
Apapun penggunaan teras ini hanyalah bersifat jalan ikhtiar
sahaja. Bacaan AL QUR’AN DAN DOA wajib dibaca dalam ikhtiar. Juga bergantung
kepada qada dan qadar ALLAH S.W.T
GAMBAR TERAS BETIK MENJADI BATU (FOSIL)
Posted by Muhammad at 2/04/2014 12:52:00 pm 3 comments
Labels: Koleksi Fosil
Subscribe to:
Posts (Atom)