Sunday, 2 February 2014
Kisah Pembuat Tasbih
Orang tua macam Ambo ni memang suka 'bari'
(bercerita). Kali ni Ambo nak bercerita mengenai kisah
pembuat tasbih. Diharap tuan-tuan
sudi membacanya. Kalau tuan-tuan tak baca pun Ambo bukannya tahu yea tak..?
Hi.hi..hi.. Sebenarnya Ambo ini bukanlah termasuk mereka yang pakar atau arif
tentang tasbih atau teras kayu. Cuma sekadar berkongsi sedikit pengalaman
yang ada. Disini Ambo ingin membicarakan tentang tukang pembuat (larik) tasbih.
Sudah ramai yang saya jumpa, ada yang masih muda, ada yang sederhana muda dan
kebanyakkannya tidak berapa muda ..hi..hi..hi.. Disini Ambo ingin berkongsi
pengalaman mengenai seorang tukang yang ambo anggap istimewa.
Berliau Ambo umpamakan ‘satu dalam sejuta’. Berliau ialah Tok Ayah Li (dalam
kisah ayam) Ambo pernah bertanya kepada berliau kenapa berliau memilih kerja
membuat tasbih? Menurut berliau ini adalah sebahagian amal jariah berliau.
Manalah tahu jika ada orang menggunakan tasbih berliau untuk berzikir, mungkin
ada sedikit pahala untuknya disana nanti.
Apa yang saya ingin ceritakan mengenai Tok Ayah Li
yang pada anggapan saya sungguh istimewa tentang cara membuat tasbih ialah
berliau akan berwuduk terlebih dahulu sebelum membuat tasbih. Dan jika berliau
terkentut atau terbatal akibat hadas kecil maka berliau akan mengambil wuduk
kembali. Maksudnya berliau sentiasa berada dalam keadaan berwuduk
ketika membuat tasbih
Berliau juga sentiasa berzikir kepada ALLAH S.W.T
ketika melakukan kerja pembuatan tasbih. Maksudnya jika ada orang atau datang
bersembang dengannya maka berliau langsung tidak akan menyentuh tasbihnya.
Berliau hanya akan membuat tasbih dalam keadaan tenang dan bibir serta hati
sentiasa memuji akan kebesaran ALLAH S.W.T.
Antara keistimewaannya juga menurut pendapat Ambo
berliau akan berpuasa pada hari berliau membuat tasbih. Maksudnya berliau hanya
membuat kerja membuat tasbih pada hari dia berpuasa sahaja. Jika berliau tidak
berpuasa maka tasbih itu lansung tidak disentuhnya pada hari itu.
Sekadar untuk makluman berliau membuat tasbih tidak
menggunakan peralatan elektrik seperti mesin canai atau gerudi. Berliau hanya
menggunakan kederat 4 kerat, pisau, lidi motor (untuk menebuk lubang) dan
kertas pasir sahaja.
Ambo perhatikan juga untuk menyiapkan seutas tasbih
mengambil masa lebih dari 3 bulan. Biasanya juga dalam setahun paling banyak
pun hanya sekadar 3 utas sahaja. Dan berliau juga tidak meletakkan sebarang
harga pada tasbih buatannya. Bagilah berapa ringgit pun berliau akan
terima dengan senang hati. Dan jika tidak bagi duit pun dia akan terima dengan
lapang hati. Baginya rezekinya telah ditentukan ALLAH S.W.T
Dan setiap tasbih yang telah disiapkan maka terlebih
dahulu berliau buat zikir. Biasanya Tok Ayah Li mengambil masa
sekurang-kurangnya 3 bulan pula untuk dibuat zikir dalam kehidupan berliau
seharian. Sehingga berliau betul-betul berpuas hati. Biasanya sehingga berliau
mendapat 'alamat mimpi'.
Ambo cuba congak keseluruhan masa yang diambil untuk
menyiapkan seutas tasbih yang ‘sempurna’ sekurangnya 6 bulan. Hish.. lamanya.!
Jika setiap pembuat tasbih mengambil masa begini lama untuk seutas tasbih,
alamak Ambo tak tahan angkat telefonlah jawabnya.. Semuanya bertalu-talu
telefon bertanya ‘bila lagi siap tempahan tasbih kami..?’ Semuanya nak cepat
siap. Jika ini berlaku alamak kelam kabutlah hidup Ambo nak cari nafkah sesuap
nasi.. Maka makin cepatlah orang tua macam Ambo ni jalan...!
Ada kisah benar yang berlaku tentang tasbih ini.
Apabila tasbih ini siap sepupu Ambo terus ke Pejabat Pos, Pengkalan
Chepa,Kelantan untuk pos tasbih ini. Apa yang peliknya tasbih ini telah dipos
jam 12 tengahari dan sepupu Ambo dari Kelantan terus telefon Ambo sebaik
berliau keluar dari pejabat pos tersebut. Yang anehnya ketika sepupu Ambo
telefon untuk memberitahu berliau baru sahaja pos seutas tasbih pada Ambo
diPulau Pinang, sedangkan Ambo baru sahaja menerima tasbih itu dari pos Laju
jam 12:05 tengahari pada hari yang sama. Wallahualalm
Status : Koleksi Peribadi
Posted by Muhammad at 2/02/2014 09:59:00 am 3 comments
Labels: Sekadar Renungan
Subscribe to:
Posts (Atom)