Thursday, 20 March 2014
Cincin Permata Zamrud Air Menitik
Permata Zamrud columbia air kaca dan bersih bentuk air
menitik. Anggaran berat permata -+8 carat. Diikat dengan cincin perak berlian
swiss 2 lapis dibuat secara bertingkat. Gabungan 2 warna berlian swiss putih
dan hijau yang menarik. Tidak jemu mata memandang. Hasil kerja tangan
pertukangan Kelantan. Cincin bersaiz 19 (boleh ubah saiz) Ditawarkan pada harga
mampu berdasarkan rundingan bersama.
Status : Tawaran Dibuka
Posted by Muhammad at 3/20/2014 01:34:00 pm 0 comments
Labels: Koleksi Permata
Tasbih Kayu Abanuh
Tasbih teras kayu abanuh dijadikan
seutas tasbih bersaiz M. Manakala bahagian imam (kepala) dan bilal (penyekat)
dibuat dari tulang unta. Satu gabungan yang menarik. Kayu abanuh diambil dari
negara Arab atau timur tengah. Antara teras kayu rare. Sebenarnya ada satu
kisah berkaitan dengan kayu ini di zaman Rasullullah s.a.w. Disini Ambo akan
cerita secara ringkas sahaja. Ambo rasa tuan-tuan pun mengetahui akan kisah
ini. Kisahnya lebih kurang begini.
Pada permulaaan agama islam
disebarkan ramai orang-orang kafir Quraisy menentang Nabi Muhammad
s.a.w. Maka pada satu peringkat berpakatlah ketua-kabilah atau ketua
kaum untuk berpakat membunuh Rasullullah. Setelah diadakan mesyuarat dan
sebulat suara maka diputuskan setiap kabilah akan menghantar wakil untuk
membunuh Rasullullah. Maka pada waktu ditetapkan maka berangkatkan mereka untuk
meneruskan perbuatan keji mereka dimalam hari.
Maka berita kedatangan wakil
orang kafir quraisy untuk membunuh Rasullullah akhirnya telah sampai ke
pengetahuan Rasullullah. Ketika peristiwa itu berlaku Rasullullah ada bersama
sahabat baiknya Saidina Abu Bakar r.a dan sepupunya Saidina Ali r.a yang waktu
ketika itu dikhabarkan berumur 10 tahun. Setelah berfikir dan berbincang
akhirnya Rasullullah mengambil keputusan meninggalkan rumahnya buat seketika.
Walaupun pada ketika itu saidina Ali r.a masih berumur 10 tahun tapi berliau
telah menunjukkan satu sifat berani yang luar biasa. Dia mengambil keputusan
untuk mengantikan tempat tidur Rasullullah ketika itu. Pada waktu itu kawasan
sekitar dan keliling rumah Rasullullah telah pun dikepung oleh orang-orang
kafir quraisy.
Maka Rasullullah mengambil
segenggam pasir setelah membaca sepotong ayat dan doa maka dilemparnya kearah
luar rumah. Tiba-tiba dengan izin ALLAH S.W.T semua orang-orang
kafir laknatullah yang mengepung rumah Rasullullah akhirnya tertidur dan tidak
sedarkan diri. Maka keluarlah Rasullullah bersama sahabatnya Saidina Abu Bakar
r.a menuju ke arah sebuah bukit. Selepas Rasullullah hilang pada pandangan maka
tersedarlah orang-orang kafir quraisy dari tertidur dan terpingga-pingga.
Seketika kemudian mereka masuk kedalam rumah Rasullullah menuju ke arah bilik
tidur. Maka jelas kelihatan seperti orang yang sedang berselimut sedang tidur
ditempat tidur Rasullullah. Maka diangkatnya mereka pedang untuk memancung
orang didalam selimut yang disangka Rasullullah. Maka sebelum mereka terus
menikam maka salah seorang dari mereka menarik kain selimut tersebut. Maka
terkejutlah mereka didalam selimut itu hanya seorang budak kecil yang berumur
10 tahun. Dan mereka semua mengambil keputusan membatalkan hasrat mereka dan
pulang kerumah kabilah masing-masing dengan hampa dan kecewa.. Betapa malunya
mereka dan kabilah mereka jika seluruh masyarakat Arab mengetahuinya.
Sesungguhnya perancangan ALLAH S.W.T Maha bijaksana mengatasi perancangan
manusia yang penuh dengan kelemahan dan penuh tipu daya. Untuk pengetahuan
tuan-tuan ‘pelapik tidur yang ’Saidina Ali r.a tidur adalah dibuat dari ‘kayu
abanuh’, tempat beradu Rasullullah. Wallahualam
Status : Telah Dimilki
Posted by Muhammad at 3/20/2014 09:07:00 am 3 comments
Labels: Koleksi Tasbih
Subscribe to:
Posts (Atom)