Monday, 7 April 2014
Permata Gemunggal Istimewa
Gemunggal istimewa simpanan saya lebih dari 7 tahun
yang lalu dan menjadi antara koleksi kesayangan saya.. Warna asal gemunggal
yang menjadi batu ini berwarna emas pada warna asalnya. Tetapi selepas 7 tahun
ditapakan serta diembun dengan cara yang istimewa akhirnya perubahan yang amat
besar berlaku. Tiba-tiba terlintas untuk dicanai dijadikan permata cincin.
Tetapi apabila diambil untuk dijadikan permata satu perubahan warna telah
berlaku. Bongkah gemunggal emas ini telah bertukar warna menjadi seperti batu
aked cindai. Dan kini apabila ianya dijadikan permata ianya berubah dan
bertukar sekali lagi menjadi lut sinar..! Ibarat kesukaran untuk mendapatkan
gemunggal ini nisbah satu dalam 50,000 biji. Disini saya berkongsi dan tawarkan
kepada tuan-tuan yang berminat untuk dijadikan koleksi tuan-tuan. Hanya ada
beberapa biji yang menjadi permata lut sinar didalam simpanan saya. Permata
bersaiz ‘M’ atau syiling bersaiz 10sen. Tawaran dibukakan berdasarkan mahar hasil
rundingan bersama.
Status : Telah Ditebus
Posted by Muhammad at 4/07/2014 08:05:00 am
Labels: Koleksi Permata Fosil
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Assalam. Masih ada lg ke gemunggal lutsinar ni? Bagaimana nk beli? Boleh email sy chikoboboy@yahoo.com
Post a Comment