Monday, 17 March 2014
Tasbih Kemuning Hitam 33
Tasbih teras kemuning hitam asli bersaiz M manakala
makmum adalah 33 biji. . Kayu teras kemuning hitam kami cari sendiri didalam
bukit sekitar gunung-ganang Kelantan dan Trengganu. Saiz yang sesuai
untuk dibawa kemana-mana serta dimasukkan didalam poket baju untuk dibawa ke
Masjid. Tasbih kayu teras kemuning hitam bersifat sejuk dan jika diletakkan
didalam rumah atau didalam kereta. Sekiranya rasa berminat tuan-tuan kami
tawarkan harga RM1XX (termasuk pos M’sia)
ADMIN –
Rasanya sudah lebih dari 2 tahun Ambo tidak menjual tasbih teras kemuning
hitam. Untuk masuk dalam bukit mencarinya satu hal. Untuk mencari tukang larik
tasbih juga satu hal. Apapun syukur alhamdulillah. Disini juga Ambo sekadar
ingin berkongsi pendapat. Apapun terpulanglah atas kebijaksanaan tuan-tuan
untuk menilainya. Ramai dikalangan sahabat Ambo sendiri telah terkena tasbih
teras kemuning hitam palsu yang kini berlambak-lambak dipasaran.. Ada beberapa
cara yang mudah untuk menentukan tasbih teras kemuning hitam samada asli atau
tidak. Antaranya :-
1. Gosok dengan kertas pasir jika warna didalam (selepas
digosok) berwarna putih
atau cerah, coklat muda
(perbezaan ketara) maka ianya palsu
2. Boleh juga gunakan pisau dihiris sedikit jika ada
perubahan warna cerah pada
dalamnya maka
ianya palsu (maksudnya hitam diluar cerah didalam) kemudian
cuba
pula cara dibawah
3. Rendam dalam air panas jika warna air bertukar menjadi
warna teh o’ mungkin ianya
asli (Maksudnya teras
kemuning hitam bila direndam didalam air maka air akan
bertukar menjadi warna
emas atau teh o'. Jika air tidak bertukar maka ianya palsu).
Cuba pula cara dibawah
4. Dan cuba pula cium air itu jika terdapat bau
bahan kimia atau bau pewarna kain
atau berbau dakwat
atau berbau kuat yang tidak menyenangkan ianya palsu.
5. Biasanya tasbih kemuning hitam yang palsu ringan
berbanding yang asli
6. Kemuning hitam palsu bila sering digunakan atau
disimpan lama kelamaan
warnanya
akan berubah menjadi pudar. Sedangkan kemuning hitam asli warnanya
akan menjadi
semakin hitam dan berkilat.
7. Antara jenis penipuan yang saya pernah jumpa, ada juga
tasbih dibuat dari kayu,
butir
buah, plastik dan lain-lain maka ianya dispray cat berwarna
hitam, ada juga
direndam dengan
pewarna kain, dakwat hitam dan lain-lain
8. Biasanya tasbih palsu harganya sangat murah berbanding
tasbih kemuning hitam
yang
asli ( tidak semua... tetapi kebanyakkan )
9. Awas..! air rendaman
tasbih palsu jangan diminum kerana ianya beracun. Manakala
air rendaman teras kemuning hitam asli boleh diminum dan dijadikan penawar
untuk kencing manis,darah tinggi, candu rokok, racun santau dan lain-lain
dengan
izinNYA.
10. Tasbih teras kemuning
Hitam palsu biasanya mudah rosak atau pecah
11. Kemuning hitam juga jika
digores pada kertas putih akan berbekas warna hitam
(maksudnya boleh menulis)
12. Walaubagaimanapun
masih terdapat ramai penjual dan blogger-blogger yang
beramanah dalam menjual tasbih kemuning hitam yang asli. Wallahualam
Posted by Muhammad at 3/17/2014 08:58:00 am
Labels: Koleksi Tasbih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment