Saturday, 25 January 2014
Kursani
ADMIN - Sekadar
berkongsi. Boleh dikatakan semua blogger dan peminat barangan mistik mengetahui
mengenai kursani. Mungkin ada yang memilikinya sebagai koleksi. Ceritanya
bermula begini, dalam seminggu dua ni saya asyik terfikir.. Dahulu saya fikir
besi kursani biasanya dijumpai didalam tanah atau dalam batu. Biasanya dijumpai
berhampiran dengan emas. Maksudnya dimana ada kursani kemungkinan adanya emas.
Juga ada setengah orang memanggilnya emas muda atau emas tidak matang.Tetapi
pendapat saya mula berubah, maksudnya saya dah tidak tahu ianya dari unsur
apa..? bagaimana ianya terjadi..? Semuanya berpunca begini.. Saya cuba
ringkaskan supaya tuan-tuan mudah faham. Kayu bila tua menjadi teras...teras bila
tua menjadi batu (fosil)..Fosil bila tua menjadi besi...besi bila tua menjadi
kursani...kursani bila tua menjadi emas..Maksudnya mungkinkah emas sebenarnya
berasal dari pokok kayu. Bila ianya berada terlalu lama serta menjalani proses
yang panjang didalam tanah, faktor alam, cuaca, dan lain-lain mungkin ianya
akan bertukar emas..? Bukankah diceritakan pada akhir zaman nanti diceritakan
bahawa bumi akan mengeluarkan emas berlambak-lambak.. korek lubang ajer jumpa
emas! Dan jangan dilupa dikala itu dikhabarkan TIADA SEORANG PUN 'MANUSIA
BIASA' YANG ADA KALIMAH DIDADA ATAUPUN DAPAT MENYEBUT DIBIBIR
WALAUPUN SATU PATAH KALIMAH PUN! DAN KETIKA ITULAH BARU KITA SEDAR
BAHAWA SATU PATAH KALIMAH ITU LEBIH BERNILAI DARI EMAS HATTA DUNIA DAN
SEISINYA. Wallahualam. Ini cuma ini hanya sekadar pendapat saya yang cetek dan
jahil sahaja.. Fuh, dah jadi profesor pulak dahh... hi..hii.. Puncanya hanya
satu, saya jumpa dalam banyak-banyak bongkah fosil kayu dan diantaranya
mengandungi kursani..! Maksudnya sebahagian fosil kayu menjadi kursani.
Hish..pening-pening...Hmm rasanya lain kalilah yea saya tulis.. saya pun tengan
pening ni.. Jika tuan-tuan ada pendapat dan sudi.., mungkin boleh berkongsi
pendapat dengan saya melaui whatapps 016-497 6644
* Dibawah adalah cincin bertahtakan permata fosil
teras gemunggal. Kelihatan jelas kursani pada permata fosil ini.
Posted by Muhammad at 1/25/2014 07:12:00 pm
Labels: Sekadar Renungan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment