Saturday, 2 November 2013
Cincin 9 Besi
Cincin besi 9 jenis bersaiz 20. Dibahagian atas
besi misteri panjang 2.5cm. Lebarnya pula 1.3cm. Permata besi
misteri ditampal kayu ditakuti hantu serta dipasak besi meteorite dan 7 jenis
besi Patah (patah puting dan sealiran dengannya) Sangat sukar didapati. Dengan izin
ALLAH SWT dapat dijadikan jalan ikhtiar sekadar apabila kita bertemu musuh akan
hilang pada pandangan musuh atau mereka yang berniat salah pada kita, semua
jenis senjata berupa besi akan tunduk, apabila senjata tajam atau senjata api
ditembak atau dituju pada kita peluru akan patah balik kepada penyerang
kita,jika dituju santau atau berupa ilmu hitam tidak dapat memberi kesan kepada
kita bahkan akan patah balik kepada sipembuatnya.. Ditakuti pengamal ilmu hitam
dan banyak lagi jika hendak diceritakan disini.. Walaubagamanapun ini hanyalah
berupa jalan ikhtiar sahaja.
ADMIN -
Sesungguhnya ALLAH SWT menjadikan sesuatu itu mengikut kehendaknya..
siapalah kita untuk mempertikainya? Secara ringkasnya disini Ambo ingin
berkongsi cerita, ketika ALLAH SWT menjadikan dunia ini dan seisinya, malaikat
pernah bertanya kepada ALLAH kenapa Nabi Adam (manusia) dijadikan khalifah
diatas dunia, Maka ALLAH SWT bertanya apakah nama pokok yang terdapat dalam
dunia? Apakah kegunanya? (khasiatnya) tetapi malaikat tidak dapat menjawabnya.
Tetapi apabila ditanya kepada Nabi Adam dengan mudah Nabi Adam menjawabnya..
Pernahkah anda terfikir atau kaji dalam Al Qur’an ada 114 surah tetapi ada 1 surah berkaitan dengan besi. Tak percaya boleh periksa. Tak boleh baca Al
Qur’an cuba baca terjemahannya..Secara ringkasnya ambo ingin berkongsi disini
jika kita tidak tahu kita berlajar, ingatlah ilmu ALLAH SWT ini luas.
Dunia hari ni sudah terbalik. Berlajar
3 hari tetapi seolah pandai 1000 tahun. Sikit-sikit
syirik .. Bila sakit tahu pulak pergi hospital. Percaya pulak ubat boleh
menyembuhkan penyakit..Pada saya tidak salah jika kita berlainan pendapat..
Dunia hari ni dah terbalik sepatutnya sains mengikut AlQur’an tetapi dah
terbalik... Kalau ada masa apakata kita pakat-pakat bawa kitab berlajar pondok..lagi
banyak faedah..Jangan marah yea, Ambo kata ni untuk mengingati diri
sendiri, Ambo sendiri pun jahil jugak. Orang kata 2X5 jugak.. APAPUN WAJIB JAGA AKIDAH KITA anggaplah sesuatu barangan itu hanya SEKADAR JALAN IKHTIAR SAHAJA. Ambo tahu tuan-tuan lebih bijak dan lebih banyak
ilmu dari Ambo..Dalam kita berikhtiar
juga bergantung pada Qada' dan Qadar ALLAH SWT.. Perlu diingat kita hanya
makluk, hanya mampu merancang...Untuk
cincin ini boleh ditempah dari segi saiz,bentuk dan lain-lain sekadar yang kami
mampu. Harga berdasarkan rundingan bersama. Nilai harga sesuatu barangan
biasanya bergantung kepada kesukaran mendapatnya. Harap tuan-tuan faham..
Posted by Muhammad at 11/02/2013 10:05:00 am
Labels: Koleksi Cincin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Rasa malu nak tanya maharnya terlalu banyak saya tanya maharnya.Tapi memang unik dan terbaik
salam bos..ada lg tak ni..harga bpe
Post a Comment