skip to main |
skip to sidebar
Permata fosil mani gajah
ini pada asalnya bewarna putih atau jernih biasa tanpa jalur atau coklat.
Tetapi apabila telah dicanai dijadikan permata jalur dan warna coklat mula
kelihatan dan semakin jelas dari sehari ke sehari. Permata bersaiz L (antara
syiling saiz 10sen dan 20sen) Cincin perak alloy ukiran bunga tebuk dan
digabungkan dengan bentuk dam. Antara ukiran dan design cincin terbaru yang
saya bersama tukang reka. Cipta. Cincin buatan tangan tukang Kelantan. Cincin bersaiz 22
Status : Tawaran
Dibuka
Permata kecubung Asli
gred B. Permata bersaiz M (syiling saiz 10sen) Permata ada
sedikit calar pada permukaan batu. Cincin perak alloy ukiran bunga tebuk dan
digabungkan dengan bentuk dam.. Cincin bersaiz
19
Status : Tawaran
Dibuka
Cincin perak aloi tangkai
kendi bunga tebuk permata taring raja harimau putih menjadi batu. Permata fosil
bersaiz XL atau hampir syiling 20 sen. Fosil taring ini diambil didalam satu
gua didaerah Dabung, Kelantan. Antara kategori yang sangat rare dalam kategori
pembisa dan penunduk yang sangat ampuh . Sangat sukar didapati. Dengan izin
ALLAH SWT dapat dijadikan jalan ikhtiar sebagai penunduk, mengelak dari
gangguan anjing, makluk halus, ilmu hitam, mengelak dari terkena angina ahmar,
menguatkan semangat, ditakuti binatang buas dan lain-lain. Cincin perak
alloy ukiran bunga tebuk. Menampakkan nilai eksklusif pada cincin. Saiz cincin
boleh ditempah mengikut jari anda. Cincin buatan tangan hasil kerja pertukangan
tukang Kelantan. . Apa yang istimewa jika dibandingkan cincin perak aloy dengan
perak biasa adalah cincin ini sangat berkilat atau berkilau. Seakan-akan emas
putih. Cincin perak aloy juga lebih keras jika dibandingkan perak biasa.Cincin
Perak aloi bersaiz 19 (boleh ubah saiz)
Admin : Menurut maklumat dan info
dari mereka yang pernah memakai cincin taring harimau putih, jika sipemakai
dalam keadaan marah, mereka melihat permata fosil ini juga turut berubah warna
menjadi kemerahan.. serta ada yang mendakwa permata ini mengeluarkan huruf
kalimah serta ada juga yang mengandungi gambar seekor harimau didalam permata
fosil ini.. Walaubagaimanapun perubahan yang berlaku mengikut kesesuaian serta
amalan sipemakai.. wallahualam
Status : Alhamdulillah. Telah Ditebus
Permata kecubung Asli
gred B. Permata bersaiz L (antara syiling saiz 10sen dan 20sen) Permata ada
sedikit calar pada permukaan batu. Cincin perak alloy ukiran bunga tebuk Penuh. Cincin bersaiz
19
Status : Tawaran
Dibuka
Permata campuran istimewa
hyper rare A++. Permata ini digabungkan 6 jenis fosil serta geliga raja gajah
putih. Dan untuk menambahkan keistimewaan yang dikategorikan hyper rare maka
permata campur ini dipasak 44 jenis dibahagian bawah permata ini. Gabungan ini
terdiri daripada campuran fosil, paruh, teras kayu, serta besi istimewa.
Permata saiz syiling 20sen. Cincin perak aloi ukiran bunga tebuk bersaiz 19. (Boleh ubah
saiz)
Permata terdiri daripada
1 - Geliga Gajah Putih
2 - Fosil buluh emas
istimewa
3 - Fosil gemungal bukit
4 – Fosil gemungal pulau
5 - Fosil tas putih
6 - Fosil keluat merah
7 – Fosil stigi
Antara teras kayu, paruh,
besi dan lain-lain jenis yang dipasak dibahagian bawah permata adalah seperti
:- belalai singa laut, kulit harimau, kulit kijang, meteorite emas,
meteorite perak, besi istimewa, rantai gajah putus, mata besi istimewa,
paruh burung menilir, buluh hitam, raja kayu, kemuning hitam, kemuning kuning,
kokka mekah, gemungal bukit, gemungal pulau, gemungal kampong, dammar minyak,
penawar hitam, hitam arang, ibor, rotan semambu, nibung tunggal, rotan semambu,
buluh tumpat bukit, buluh tumpat air, keluat, rya kayu hitam, semalu, tas
jantan, tas betina, raja satung, gajah sekawan, kayu takut, cindai, cendana,
naga, inai, palas, belalai nyor tikam buah, cinctamani laut, cintamani darat, sulur
bertam, tempurung jantan, sulur bertam.
Status :
Tawaran Dibuka
Permata tanduk raja kijang putih menjadi batu telah dicanai dan dijadikan
permata saiz 10sen atau bersaiz M. Manakala cincin perak aloi bentuk dam serta ukiran
bunga tebuk bersaiz 19 (boleh ubah saiz) Hasil kerja tangan pertukangan tukang Kelantan.
Apa yang mengejutkan kami serta antara perkara ini istimewa jika hendak dikatakan
tentang permata fosil ini berbanding fosil tanduk yang lain ianya tembus cahaya..!
Adalah sangat-sangat sukar untuk mendapati fosil seperti tanduk yang telah menjadi
batu tetapi tembus cahaya. Tetapi dengan izin dan kekuasaan Allah SWT tiada apapun yang mustahil.
Saya sifatkan fosil ini satu dalam sejuta.
Menurut mereka yang arif dengan izin Allah SWT dapat dijadikan sekadar
jalan ikhtiar untuk mengelak pukau, terkena ilmu hitam, kebal dikala kecemasan
serta akan ghaib pada pandangan musuh atau dikala berhadapan seteru. Khasiat
bersifat semulajadi dan alami. Apapun
penggunaan fosil ini hanya bersifat sekadar
jalan ikhtiar sahaja, Wallahualam
Status : Tawaran Dibuka