Tuesday, 25 February 2014
Cincin Perak 7 Fosil
Posted by Muhammad at 2/25/2014 09:40:00 am 2 comments
Labels: Koleksi Cincin
Tasbih Teras Kemuning Hitam
Posted by Muhammad at 2/25/2014 08:33:00 am 2 comments
Labels: Koleksi Tasbih
Tasbih Teras Kemuning Hitam
Posted by Muhammad at 2/25/2014 08:26:00 am 0 comments
Labels: Koleksi Tasbih
Monday, 24 February 2014
Cincin Bunga Tebuk Penuh 2
Posted by Muhammad at 2/24/2014 08:04:00 pm 0 comments
Labels: Bingkai Cincin
Sunday, 23 February 2014
Kelapa Buta Dan Bisu Menjadi Batu.
Posted by Muhammad at 2/23/2014 06:42:00 pm 2 comments
Labels: Koleksi Fosil
Saturday, 22 February 2014
Cincin Perak Permata Teras Campur
Posted by Muhammad at 2/22/2014 06:33:00 pm 0 comments
Labels: Koleksi Cincin
Kisah Ular Naga
Dalam Hamba ALLAH ini berehat seketika, maka teringatlah suatu kejadian yang pernah berlaku ketika berada didalam gua. Kisahnya berlaku disuatu malam, sedang berliau leka membaca AL QUR’AN didalam sebuah gua, tiba-tiba menjelma seorang tua berjubah putih memberi salam kepadanya dan memintanya untuk berubah tempat sedikit. Eh hairan, kenapa perlu berubah tempat. Akhirnya hamba ALLAH ini mengambil keputusan untuk mengikut arahan orang tua tersebut. Untuk mengetahui apa yang akan berlaku berliau memasang sebatang lilin berdekatan dengan laluan pintu masuk ke dalam gua. Selang 10 minit kemudian kedengaran sesuatu bunyi yang pelik. Semakin lama semakin kuat bunyi kedengaran. Seolah-olah bunyi pernafasan yang kuat dan bunyinya bergema didalam gua. Tiba-tiba jelas kelihatan seolah satu kepala yang memasuki pintu gua dimana saiznya hampir sebesar pintu gua. Dan ianya bergerak secara perlahan-lahan. Haba sejuk didalam gua juga turut berubah dari sejuk menjadi sedikit panas akibat pernafasan ular naga tersebut.
Dan jelas kelihatan seekor ular besar berwarna putih sedang memasuki kedalam gua tersebut. Hamba ALLAH ini perhatikan dibahagian atas kepala ular tersebut kelihatan seolah baluh ayam berwarna keemasan manakala dibahagian bawah kelihatan kulitnya menggeleber kerana faktor usianya yang terlalu tua. Juga kelihatan ular ini mempunyai sepasang tanduk dibahagian atas kepalanya serta janggut berwarna putih dibahagian bawah dagunya. Dan ianya bergerak perlahan-lahan menuju kearah salah satu lubang didalam gua yang paling besar. Hamba ALLAH ini juga perhatikan seluruh bahagian tubuhnya dipenuhi dengan lumut kehijauan. Akhirnya setelah hampir satu jam kemudian ular ini akhirnya hilang pada pandangan.
Dan hamba ALLAH ini meneruskan kembali bacaaan AL QUR’AN dan sembahyang tahjud seperti biasa yang menjadi rutinnya selama ini. Pada keesokkan harinya hamba ALLAH ini terjumpa bekas sisik ular naga semalam yang luruh dan dianggarkan saiz sisik ular ini sahaja sebesar pinggan.! Dan yang peliknya sisik ini apabila terkena cahaya matahari warnanya seolah seperti kepingan emas.! Dan warnanya berkilau-kilau keemasan. Menurut hamba ALLAH ini antara petua untuk mengetahui terdapatnya ular besar didalam gua dan ini adalah tanda-tandanya : terdapat seolah trek yang luas dan lincin, terdapat seperti udara sejuk dan panas berselang seli, terdapat seolah diri kita dihisap atau disedut ketika berada dihadapan pintu atau lubang gua, kedengaran seperti bunyi kokokkan seperti ayam dari arah dalam gua, tetapi jika ular terlalu besar akan kedengaran seolah bunyi kerbau berdengus dengan kuat serta lain-lain tanda lagi.
Untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini, perbanyakkan amalan zikir dan bacaan AL QUR'AN ketika berada didalam gua atau hutan belantara. Bacaan AL QUR'AN juga perlu dibaca dengar sedikit kuat dan teratur supaya keberkatan dan aura dari bacaan AL QUR'AN melindungi diri kita dari gangguan iblis dan syaitan selain dari binatang berbisa. Mudah-mudahan ALLAH S.W.T memberikan kita pertolongan ketika berlakunya kecemasan. Wallahualam..
ADMIN - Ada seorang sahabat bertanya ada tak dijual 'fosil naga' dan jawabnya ada. Tetapi kenalah tunggu dulu yea. Kami mengeluarkan barang mengikut giliran yang telah diatur oleh Guru. Nantikan untuk sambungan yang akan datang ya.. Terima kasih Tuan Saufa Che Mat atas pertolongan itu tadi..Wah, nampak smart dan gaya pose penuh bergaya tu..! boleh cair anak dara yang melihatnya..hi..hi..
Posted by Muhammad at 2/22/2014 09:01:00 am 3 comments
Labels: Kisah Dan Tauladan
Tasbih Cintamani / Bahar Hitam
Posted by Muhammad at 2/22/2014 07:25:00 am 0 comments
Labels: Koleksi Tasbih
Friday, 21 February 2014
Tasbih Kemuning Hitam
Posted by Muhammad at 2/21/2014 08:47:00 pm 0 comments
Labels: Koleksi Tasbih
Wednesday, 19 February 2014
Pelbagai Jenis Fosil
Alhamdulillah syukur. Maha suci ALLAH yang menciptakan sesuatu yang indah. Gambar ini adalah sebahagian dari koleksi teras kayu menjadi batu (fosil) yang akan kami paparkan dari masa kesemasa.Terdapat lebih dari 10,000 bongkah fosil didalam simpanan dan akan dikeluarkan dari masa kesemasa. .Juga terdapat pelbagai-bagai saiz dari saiz kecil sehinggalah ke saiz 3-4 pemeluk. Proses kayu untuk menjadi fosil yang sempurna memerlukan masa lebih dari jutaan tahun. Ada sebahagian fosil yang kami temui masih terpacak diatas tanah, ada yang tertanam didalam tanah, tersimpan didalam gua, dan lain-lain tempat.Pelbagai cara dan kaedah digunakan dalam usaha mendapatkannya. Ada yang dijumpai melalui petunjuk, petua, ada yang diberi petunjuk oleh binatang, melalui perkhabaran melaui mimpi, melalui amalan sembahyang hajat, serta lain-lain kaedah yang dibenarkan oleh hukum syarak. Sekadar berkongsi pendapat pihak kami mengambil masa lebih dari 20 tahun untuk mengembara, meneroka, mengkaji serta menjelajah keseluruh alam untuk mendapatkannya dan usaha pencarian ini masih lagi diteruskan sehingga ke saat ini. Mungkin ketika tuan-tuan sedang membaca cerita serta kisah yang kami paparkan disini, ada seorang hamba ALLAH diluar sana sedang berkelana seorang diri diatas puncak gunung dihutan belantara sana. Juga terdapat pelbagai cerita dan kisah yang berlaku sepanjang pencarian ini. Ambo simpulkan terdapat kisah aneh, misteri, seram, luar biasa serta kisah lucu dalam pengembaraan ini. Dan jika dipanjang umur serta diluangkan masa akan kami paparkan sebahagian kisah-kisah yang dilalui sepanjang pengembaraan ini. Pihak kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan-tuan yang menyokong kami dan hanya ALLAH S.W.T yang mampu membalasnya. Apa yang mampu kami katakan jika tuan-tuan berminat hanya pada barangan yang 'asli dan tulen' boleh terus hubungi kami. Kami berjanji hanya fosil yang asli dimaharkan disini. Usaha ini kami cari sendiri tanpa berurusan dengan pihak lain dan kami juga memproses dan mencanai sendiri untuk dijadikan batu permata. Bila siap kami juga jual sendiri. Dijamin 100 Peratus Fosil dari bukit.
DIKELUARKAN SEDIKIT DEMI SEDIKIT
SEDANGKAN KAWASAN SEKITAR PENUH DENGAN HUTAN BELANTARA
Posted by Muhammad at 2/19/2014 07:52:00 pm 0 comments
Labels: Koleksi Fosil
Permata Teras Kayu Istimewa
Posted by Muhammad at 2/19/2014 07:59:00 am 0 comments
Labels: Koleksi Permata Fosil
Tuesday, 18 February 2014
Kisah dan Tauladan 6
Begitulah rutin hidupnya sebaik sahaja menamatkan pengajian disalah satu pengajian pondok tahfiz di Kelantan. Berliau pernah bertanya kepada salah seorang guru pondoknya, ‘ada tak orang yang beramal ibadat didalam gua atau didalam hutan belantara..? Maka dijawab gurunya ‘pasti ada.. Cuma kita tidak tahu siapa ‘insan istimewa’ yang dipilih oleh ALLAH S.W.T. dan berliau pernah mengajak gurunya untuk sama-sama masuk kedalam hutan dan gua untuk beramal ibadat, tetapi gurunya memaklumkan berliau hanya boleh memberi panduan serta pedoman sahaja tetapi tiada cukup kekuatan dan keberanian untuk menempuhnya. Seingat berliau telah ramai orang yang bergelar guru dan ustaz telah berliau jumpa. Tiada seorang pun yang sanggup malahan ada yang melarang niatnya itu. Dan ketika itu berliau hanya berumur 15 tahun. Dan seingat berliau semasa berliau berumur 16 tahun berliau sudah mula masuk kedalam gua dan tinggal didalamnya seorang diri. Bukan sehari dua tetapi lebih dari 3 bulan sebelum berliau mula berkelana dari satu gua ke satu gua, dari satu gunung ke satu gunung, dari satu pulau ke satu pulau, dari satu negeri ke satu negeri, dari satu kawasan kubur ke satu kawasan kubur serta dari satu masjid ke satu masjid untuk beramal ibadat dan mengabdikan diri kepada ALLAH S.WT. Biasanya berliau tinggal disatu-satu tempat sehingga habis berliau khatam senaskah AL QUR’AN atau 30 juzuk baru berliau mula beralih tempat. Dan biasanya selepas dia mendapat arahan melalui pedoman tertentu atau melalui alamat mimpi. Kisah ini Ambo akan sambung sedikit demi sedikit ya.. atau mungkin juga Ambo akan cuba ringkaskan seberapa yang boleh.. atau mungkin juga Ambo buat secara bersiri..
Posted by Muhammad at 2/18/2014 03:04:00 pm 0 comments
Labels: Sekadar Renungan
Monday, 17 February 2014
Teras kayu 'Raja Penawar Bisa'
Posted by Muhammad at 2/17/2014 08:05:00 pm 5 comments
Labels: Koleksi Fosil
Wednesday, 12 February 2014
Kisah Dan Tauladan 5
Posted by Muhammad at 2/12/2014 02:54:00 pm 0 comments
Labels: Kisah Dan Tauladan
Teras Kemuning Hitam Dan Naga Sari Jadi Batu
Status : Permata kemuning hitam fosil telah ditempah oleh Tuan Muhamad Arief dari Changlun,Kedah untuk diikat cincin
Posted by Muhammad at 2/12/2014 11:09:00 am 0 comments
Labels: Koleksi Permata Fosil